Doa Yang Baik-Baik Saja

Assalamualaikum readers. Ingat saya lagi tak?

Saya pernah hantar luahan masalah saya disini bertajuk Aku Cinta Dia Bukan Suamiku ini:
https://iiumc.com/aku-cinta-dia-bukan-suamiku/

Ramai yang bash saya sewaktu nukilan ini diterbitkan. Tapi alhamdulillah saya kuat harungi dugaan dan cabaran yang mendatang semasa dan selepas berpisah dengan B. Sebab saya tau saya akan menderita jika masih dengan B.

Bila isteri yang menginginkan perceraian semua pihak akan menuding jari pada si isteri walhal banyak kepincangan di pihak suami yang mengharuskan perpisahan itu.

Orang ketiga itu menguatkan lagi asbab perceraian tetapi bukan sebab utama. Biarlah sebab-sebab lain perpisahan dan keburukan B saya simpan sendiri. Hanya keluarga saya dan dia sahaja yang tahu.

Alhamdulillah saya selamat berkahwin dengan A. Kami telah dikurniakan seorang puteri syukur ya Allah.

B juga telah bernikah dengan orang lain. Semoga kami sama-sama bahagia dengan pernikahan kali ketiga ini. Terima kasih Allah. Hanya Dia tau apa yang terbaik untuk diri kita.

Boleh jadi apa yang kita sukai itu buruk pada pandangan Allah dan sebaliknya. In sha Allah kita sebut, doa dan pikir hanya yang baik-baik sahaja. Semoga yang jadi akan baik-baik sahaja.

Terima kasih pada yang sudi ikuti nukilan terakhir saya. Saya baca semua komen readers.

Untuk yang bagi sokongan terima kasih banyak saya ucapkan. Anda faham bahawa anda tidak duduk dalam kasut penulis dan tidak cuba menghakimi.

Pada yang hentam tak apalah saya tak marah pun sebab anda tidak duduk dalam posisi saya. Anda bercakap benda yang sepatutnya saya buat ikut pertimbangan akal tetapi saya buat keputusan berdasarkan hati.

Alhamdulillah percaturan saya tidak silap. Doakan saya kekal bahagia dan buka lembaran baru dengan jadi isteri solehah dan ibu mithali pada anak-anak saya. Semoga doa yang baik-baik juga berbalik kepada anda in sha Allah.

– Mawar Mekar Kembali (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *