REPLY: Sang Pencari

Reply, (https://iiumc.com/sang-pencari/).

Bila aku baca luahan yang bertajuk “sang pencari” ni, aku juga rasa janggal dengan penerimaan netizen.

Isu besar disebalik cult ini adalah isu akidah. Rata-rata netizen melihat kesalahan depa ni adalah isu perhambaan kanak2, dera, gengstersm, liwat yang didedahkan oleh page ngo dan pihak berkuasa.

Mereka tak ada isu ini pun, mereka WAJIB dibanteras!!!

Serpihan ini masih berakidah sesat dan perkara ini perlu diambil perhatian masyarakat.

Akidah mereka perlu didedahkan kepada umum agar para persimpati mereka tahu kita benci dan lawan mereka bukan disebabkan hanya isu pengabaian kanak2 tapi isu AKIDAH mereka yang menyimpang.

Mereka masih lagi percaya hidupnya ketua mereka, mengkultuskan ketua mereka hingga sanggup menggadaikan segalanya.

Kepercayaan mereka ini sangat berbahaya kepada mereka yang jahil agama. Umat islam yang tak tahu akan nampak sekadar pakaian islamic mereka, tanpa melihat sebenarnya mereka jauh daripada islam.

Para pensimpati mereka ini boleh terjebak menjadi pengikut atau penyumbang dana kepada mereka.

Ekonomi mereka pun tak lah kuat mana, semua akaun yang dibekukan kerajaan tak cecah pun sejuta. Mereka ini juga hidup dengan sumbangan derma awam.

Jangan dibutakan dengan pemakaian mereka hingga membela mereka kononnya teraniaya sedangkan mereka ini menjadi duri dalam daging kepada agama. Menjadi fitnah kepada islam. Memburukkan islam dimata non muslim.

Aku pernah berjiran dengan rumah “anak yatim” mereka ni. Apa yang aku perhati, mereka memang tak bercampur dengan orang lain. Bersikap dingin dan kau akan rasa mereka mengelak daripada orang ramai.

Janganlah percaya dengan mereka konon mereka simbol ekonomi islam. Konon usaha membanteras mereka sebenarnya memusuhi islam.

Kepercayaan mereka jauh menyimpang dengan ajaran islam! Akidah mereka masih seperti dulu. Ketika ada pemimpin mereka.

Mereka percaya boleh berhubung dengan Nabi saw secara yaqazah melalui ketua mereka. Ajaran ini sangat berbahaya.

Belajarlah untuk tahu bahawa sahabat Nabi saw yang di jamin syurga tidak pernah mengatakan mereka berjumpa Nabi saw secara yaqazah..

Aku teringat ada seorang ust. Pesan. Ilmu agama ni kita perlu upgrade sepanjang masa. Kalau dulu sekadar fardhu ain, sikit-sikit kita belajar lagi dan lagi.

Tambah ilmu agama yang sahih. Sampai kita tahu ludah tok guru tu jijik, bukannya sesuatu yang diajar islam untuk diminum kononnya sebagai berkat. Jangan kita dibodoh dengan perkara seumpama ini!!!

Upgrade ilmu agama sampai kita tahu menyanyi dimasjid itu bukan dari ajaran islam. Kita baca quran secara kuat ketika orang lain solat dimasjid pun Nabi saw larang, apetah lagi menyanyi sambil bergendang?

Upgrade ilmu agama sampai kita tahu, menyanyi dikubur bukan datang daripada islam. Nabi saw telah ajar adab ketika berziarah kubur.

Upgrade ilmu agama sampai kita tahu, jadikan simbol tertentu sebagai lambang cinta Nabi saw misalnya selipar, bukan datang daripada islam sebenar. Taksub tanpa ilmu.

Itu antara sebahagian contoh yang menjadi amalan yang ingin dipopularkan kononnya itu islam. Itu agama. Sedangkan tidak.

Semoga kita terhindar daripada fitnah sebegini..

– Pbt (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Saya sgt setuju pihak berwajib mengambil tindakan yg sewajarnya kpd golongan ini, tp secara peribadi sya rsa x perlu KPN memberi taklimat setiap hari mengenai perkara ini, cukup lah disiasat secara mnyeluruh dan diambil tindakan susulan kpd mereka.. ini adalah krn ‘persepsi’ golongan irg bkn islam terhadap agama atau pemantauan puhak berwajib yg spt tidak menyedari perkara ini sejsk sekian lama atau kelewatan utk mngambil tindakan, sehingga keguatan mereka telah berjembang di serata tempat, termasuk di luar negara.. ini boleh kita lihat dari soalan2 dari para wartawan yg menyoal semasa PC. dgn jbtn2 yg berkaitan.. bkn nya nk mnyokong kumpulan ini, tp tohmahan itu hingga sampai kpd ‘ketua2 agama’ dlm negara ini yg juga tidak dimaklumkan sejak awal lg.. seperkara lg, mmg mereka mngkin tersasar dari agama, tp bgmna pula golongan yg mmg sedia ‘jahil’ dan kdg2 membuat perkara yg bertentangan dgn agama, termasuk lah mmg x solat, terlibat dgn kegiatan yg x bermoral dan juga haram spt minum arak, dad*h, berzi*a, melacur, se*s bebas, LGBT dll.. klaw dibuat ‘operasi’ utk golongan ini pula, mngkin ramai juga (esp. ank2 muda) yg terlibat tu.. wallahu a’lam bissawab..

    • yang tak solat semua tu individu. yang ajaran sesat ni kumpulan yang membiak. so boleh faham tak beza dia. apa yang nak disamakan golongan cmtu dengan ajaran sesat. pelik kau ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *