Psycho or Songsang? Perangai Lecturer Pelik

Assalamualaikum, Nama aku Kerusi (bukan nama sebenar dan aku perempuan). Kenapa kerusi? Sebab aku sedang menulis sambil duduk di kerusi.

Fast forward, aku baru habis belajar. Sekarang alhamdulillah sudah dapat kerja. Aku belajar di university tapi aku tak nak mention full name.

Aku ada masalah dengan seorang lecturer perempuan ni. Aku bahasakan dia Puan Su (bukan nama real). Dia berumur lewat 30s maybe sebab nampak muda. Puan Su ni mengajar aku subject yang aku repeat.

Fast forward, jadual aku yang repeat ni clash dengan kelas aku another subject. Aku tiada choice sebab kelas full dan aku nak grad awal so aku decide untuk pergi jumpa dia dan bincang incase aku boleh masuk lewat sedikit. Aku clash satu jam dengan kelas satu lagi.

Awal nya, aku takut sebab aku dengar kawan- kawan beritahu dia seorang yang garang dan tegas (susah untuk discuss) Tapi aku berani kan diri sebab aku fikir mati aku kalau tak dapat bodek dia.

Awal tu aku wasap dia untuk set tarikh appointment dengan dia. Then dia inform aku pada lepas waktu belajar lepas jam 5. Then aku pergi tepat jam 5 depan bilik dia. Aku ketuk pintu tapi dia belum sampai. After that around 15 minutes, dia sampai dan dia pelawa aku masuk bilik dia.

Lepas itu kami discuss, tentang masalah jadual tu. Awal nya dia tak nak bekerjasama tapi disebabkan aku merayu aku cakap aku orang susah, aku ada banyak masalah dengan keluarga (aku tipu je sebenarnya haha) then dia lembut hati untuk benar kan aku tapi aku perlu bergilir dengan kelas yang satu lagi. Aku setuju.

Then macam biasa masuk kelas dia tapi dia bagi syarat, aku mesti stay sejam after kelas dia incase aku lewat sejam. Sebab dia nak make sure aku lulus dan tidak fail lagi. Subject tu boleh tahan susah jugak. Ramai student fail.

So pada second kelas dia, aku masuk lambat sejam so aku stay after kelas dan belajar dengan dia. Then begitu lah sampai hujung semester. Pada pertengahan minggu aku pelik dengan perangai dia. Dia selalu marah- marah aku kalau aku tak dapat tunaikan permintaan dia.

Aku turutkan saja semua benda yang dia suruh sebab aku hanya nak habiskan subject tu je. Tapi dia macam lain pengakhirannya. Kalau kelas yang aku perlu stay lepastu mesti aku perlu teman dia makan di kedai.

Bila hujung semester, aku busy. Busy siapkan project, presentation and test. Tapi dia marah aku. Siap ugut nak fail kan aku. Hanya sebab aku tak ikut kehendak pergi teman makan. Aku tak faham dia ni ada masalah apa. Then aku turut kan je keluar dengan dia sebab aku rimas, dia call, spam chats.

After tu rupanya dia baru lepas bercerai, dia perlukan someone then aku jadi lah peneman untuk dia bercerita. Dia bercerita la ex suami dia curang. Aku dengar2 macam tu je lah sebab dalam kepala aku memang fikir assessment je.

Then dia marah aku lagi katanya aku kayu. Habistu kau nak aku react apa??? Nak aku turut menangis bersama ke? Sudah la waktu dia menangis tu dia siap lap2 air mata guna lengan baju aku. Geli nak mampus.

Fast forward, aku perasan dia makin melebih. Maksudnya kalau aku tak update dia aktiviti aku, tak chat dia then dia marah. Dia call or block aku.

Aku risau sebab aku risau aku fail subject dia. Dia kalau boleh setiap hari ugut aku nak fail kan subject tu. Satu kerja aku nak pujuk orang tua tu. Aku ni tak pernah2 pujuk manusia, pernah la dulu ex bf itu pun waktu diploma dulu haha.

Okay then, makin lama makin pelik perangai dia. Dia control aku. Aku nak keluar dengan kawan2 tak boleh. Katanya bahaya perempuan keluar malam2. Keluar makan kedai siam je weh dia punya marah sampai maki2 aku.

Then suatu hari aku confront dia, aku tanya apa masalah dia kenapa jadi macam ni. Dia menangis minta maaf katanya, dia sunyi tiada anak, tiada suami. Dia perlu kan someone untuk lalui fasa broken dia.

Aku cakap la, aku boleh jadi tempat dia meluah tapi not more than that. Maksudnya, dia tak boleh nak control hidup aku. Aku ni student dia je. Dia cakap dia anggap aku macam anak dia. Dia sayang dan dia selesa dengan aku. Aku jadi agak risau plus sangsi sedikit, haha.

Aku cakap yang aku nak focus belajar dan lepas ni aku tak nak lagi keluar makan bersama, calling dan chatting sebagai tempat mengadu dia. Dia marah aku, dia tampar dan maki. First time aku tengok dia betul2 marah. Aku terkedu dan menangis. Menangis sebab sakit kena tampar.

Aku takut waktu tu rasa macam apa benda ni ya Allah macam hantu aku tengok dia. Dia dengan hantu pun lagi mengerikan dia. Dia cakap dia fail kan exam aku. Seminggu juga aku pujuk dia balik lepastu. Then aku penat nak hadap perangai gila dia tu, aku biarkan apa sahaja yang dia nak.

So aku jadi lah lembu cucuk hidung sepanjang semester tu. Aku tanya dia kenapa layan aku macam ni, katanya aku ni pandai comfort dia dan lucu. So dengan cara ni dia happy dapat lupakan ex dia yang problem dalam cerita dia tu tapi aku rasa dia yang problem hahahah.

Final chapter yang scary, suatu hari dia pelawa aku tidur rumah dia waktu week last sebelum study week. Aku okay je since dia nak ajar aku trick jawab exam bagai. Aku sudah cuba macam2 minta tips soalan exam sampai kesudah tak dapat tak guna betul.

Then waktu aku tengah study, dia buat air dan kami makan biskut. Aku dah pelik waktu dia bawa air keluar atas meja tu dia senyum2 pelik. Dalam hati aku, “apa benda lagi hantu gila ni nak buat perangai”. Oh rupanya nak ajak aku tengok movie sama2 tapi aku tolak sebab aku memang perlu study.

Aku rasa macam bodoh aku pergi ikut dia balik rumah elok nya aku study je di bilik. Then lepas aku reject, dia senyap dan tak bercakap. So aku ignore je sehingga jam hampir 2 pagi. Sebab aku penat so aku tertidur atas meja tu. Lepas tu ini paling setan sekali, dia datang kacau aku belai rambut dan gosok belakang aku.

Aku tersedar, then dia terkejut. Aku jenis senang terjaga kalau tidur. Aku tanya dia apa Puan buat ni, dia cakap, “oh ada semut belakang you so saya buang lah” kepala dia semut. Kau punya gosok lain macam.

Then dia pelawa aku tidur dengan dia tapi aku tolak aku cakap aku tidur di sofa aku nak bangun study lepas subuh. Then dia cakap okay dan dia sediakan bantal. So aku tidur lah di sofa tu dengan badan penat gila study.

Last sekali aku tak bangun subuh, dan aku tak sedar langsung. Aku sedar jam hampir 12 tengah hari. Aku pelik kenapa lama sangat aku tidur. Aku ni jenis senang je tersedar kalau tidur. And paling setan sekali, aku bangun je rasa berat kepala aku ingat aku mimpi rupanya betul aku bangun tidur di bilik dia.

Aku tanya dia apa dah jadi kenapa saya dalam bilik Puan. Dia jawab oh saya pimpin you masuk bilik sebab ada sedara dia datang rumah pagi tadi so tak elok lah aku tidur situ so aku percaya lah benda tu macam logic cuma aku pelik kenapa aku tidur lama sangat, aku positive maybe aku penat belajar.

Then aku mandi, dia sediakan tuala dan baju. Keluar daripada toilet tu dia senyum2 pelik lagi macam semalam. Aku tanya kenapa senyum, dia cakap aku meracau semalam so dia layan aku bercakap. Dia cakap kenapa la awak tidur semalam kalau tak mesti saya boleh…. aku diam, aku tanya boleh apa? Dia jawab boleh la apa2 then dia keluar sambil gelak2.

Aku dah tak sedap hati. Aku tukar baju aku, kemas barang sambil bergaduh dengan dia. Aku tanya dia apa dia buat semalam waktu aku tidur sampai kesudah dia gelak. Perempuan gila. Dia marah aku katanya kalau aku keluar rumah dia, sekarang itu juga aku fail subject dia. Aku menangis dan merayu pada dia tolong jangan buat aku macam ni.

Dia peluk aku dan dia bisik, “saya suka bila awak menangis macam ni is like you always need me”. Aku tolak dia. Aku marah dan aku maki. Aku cakap dia gila. Dia psycho. Time tu aku gaduh dalam bilik dia. Dia kunci pintu dan kami macam bergelut gaduh2. Sorang nak lari, sorang lagi tengah gila.

Finally aku boleh keluar bilik tapi tak boleh keluar rumah sebab pintu kunci and phone aku dia sorok. Aku pasrah aku tanya apa yang dia nak sebenarnya, dia cakap jadi anak dia dan jangan pergi pada orang lain. Gila. Aku layankan aja pada hari tu macam2 benda bodoh dia buat.

Aku pelik sometimes nak cakap dia songsang takda pula dia meraba aku ke apa. Sometimes ada juga nampak dia macam flirt pakai seksi, duduk dekat2, bisik2. Tapi sometimes dia macam nak control aku macam aku ni kepunyaan dia sorang. Dia ni memang totally psycho.

So itu lah first and last aku pergi rumah puaka tu. Then aku layan dia macam baisa je sampai lah tarikh keluar result. Alhamdulillah lulus dengan cemerlang then aku block semua social media dan number phone dia.

So sampai sekarang aku tak tahu dia tu gila ke apa. Tapi kawan2 aku tahu hal ni, kami tak expect beliau begitu ye sebab beliau sangat lah disegani dan seorang yang baik bila tengok dari luar.

So moral of the story yang aku dapat, belajar je betul2 tak usah harap ihsan orang dan yang penting jangan jadi baik sangat.

Kepada lecturer tu, semoga Puan sudah tidak pelik2 lagi. Berdosa la buat macam tu pada saya insan yang blur ni. Sampai kesudah aku tak dapat apa output dia jadi macamtu. Maybe aku jenis yang blur dan susah notice niat orang. Itu je lah, assalamualaikum.

– Kerusi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *