Hidup Ini Untuk Apa?

Assalamualaikum semua, Salam Sayang dari saya.

Nama aku Harum. Aku berusia 30 tahun, ibu tunggal anak seorang dan sedang bekerja dalam sektor awam bidang pengurusan.

Aku sekarang sedang menunggu jam tepat pukul 2 petang untuk mengambil nombor giliran bertemu doktor. Aku ambil keputusan untuk berjumpa Dr. kerana rasa buntu bagaimana nak menenangkan hatiku.

Masuk bulan depan genaplah dua tahun aku bergelar ibu tunggal. Sejak akhir-akhir ni aku sangat tertekan & murung bagaimana nak rasa ‘gembira’ dan tenang.

Apa yang aku buat seakan-akan rasa tidak kena dan pasti ada masalah yang datang bertimpa-timpa dan menyesakkan.

Perjalanan hidupku tidak mudah, biarpun sekarang aku mempunyai pekerjaan walaupun berstatus kontrak sahaja tapi banyak peristiwa pahit yang aku telah lalui dan sehingga kini aku amat sakit untuk menempuhi hidup pada masa kini.

Cabaran utama aku sekarang ini adalah urusan pekerjaanku. Bertemu dengan pelbagai ragam manusia, dan masih baru dalam bidang yang aku jalani ditambah buruk lagi dengan bebanan kerja yang tidak sesuai dengan taraf jawatan aku.

Sebelum ini aku ada pengalaman kerja, kontrak juga dalam kerajaan cumanya paling teruk just kena hadap mulut² staff sahaja. Kali ini, main dgn perkara² berat, yang sulit, yang aku sendiri tak tahu nak selesaikan,

Ada pengaruh² luar yg menekan, bila nak rujuk semua atasan yang sibuk tak nak membantu. Akibatnya aku menjadi seorang yang penakut, low confident, dimarah tanpa didengar justifikasi.

Tempat kerja yang awalnya sangat mengembirakan dan sangat positif menjadi toksik setoksiknya apabila aku sedar masing² ada kepentingan, menjilat boss, menikam org dan juga manipulatif.

Setiap masalah yang timbul, pasti dipertanggungjawabkan walaupun aku ini pegawai kontrak yang masih baru. Dan mereka langsung tidak memberi ruang kepada pegawai baru belajar dan membuat kesalahan.

Aku yang memang penat dengan rutin setiap hujung minggu berulang ke kampung di daerah berlainan untuk melawat anak yang dijaga oleh ibuku.

Setiap minggu tanpa gagal dan juga tanpa alasan aku akan balik menjenguk anak walaupun aku sendiri umpama jasad yang tak punya jiwa.

Aku sangat2 kelelahan dgn bebanan kerja, waktu awal² balik lewat, boss suka campak kerja hampir semua kerja tanpa pertimbangan, bila aku melawan aku akan dikenakan pelbagai tindakan yang menyusahkan aku lagi.

Akhirnya aku akur, sehingga sekarang boss aku tu pun tak tahu la nasib dia akan disambung or tidak kontrak. Tapi bebanan kerja masih tak berhenti.

Hidup aku rasakan bagai tidak sempurna seperti orang lain. Perkahwinan gagal, menjadi ibu juga gagal, dan mencari nafkah juga terumbang ambing. Macam2 ujian aku hadap cuma yang bertuah keluarga masih bersama aku walau susah dan senang.

Cuma hati aku sakit sangat. Ex suami bagi nafkah 200 sebulan yang mana ikut mood dia untuk teruskan bayar atau tidak. Kekadang ada kekadang tiada.

Perkahwinan aku gagal pun banyak sangat faktor, campur tangan orang tua, ex suami tak bagi nafkah, ex suami tinggalkan aku terkontang kanting dengan ank. Sampai la aku decide utk teruskan hidup tanpa dia.

Kebetulan ketika itu kontrak kerja aku yang sebelum ini tidak disambung ats sebab² yang tak munasabah. Dan bila aku dah dapat pekerjaan aku sangat bersyukur namun bila aku hadap macam² ujian aku rasa aku dah tak kuat nak tempuh hidup ini.

Aku tiada simpanan, hanya cukup² makan utk bertahan sekiranya terpaksa guna itu lah yang ada. Tiada rumah, tiada kereta, anak & keluarga.

Aku rasa aku tiada kejayaan yang nak banggakan keluarga aku. Bebanan kerja yang aku hadap ni isu dia macam dah tiada harapan, setiap hari kena kejar dateline. Bukan hanya pada masa² tertentu yang sibuk. Kerja bertimbun² dan aku mula hilang fokus malah kendali diri.

Harap ada antara kalian yang kata² meresap di hati. Aku sangat lemah sekarang.

– Pencinta ketenangan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. cari la kerja yg tetap contohnya admin dekat ofis swasta. saya pun ibu tunggal anak 2 org tpai ex husband tak pernah sekali bagi nafkah. still saya boleh hidup bawak anak pergi bercuti. kereta pun tak ada sama mcm u, tapi ada motor. beli la motor bayar bulanan tak mahal. kereta tu nanti ada rezeki and masa yg sesuai, Allah mesti bagi. Jgn putus asa cari kerja yg boleh jamin kekal lama. happy ni kita kena cari sendiri, dia tak dtg bergolak. if takde kawan, go on jela sorang2 or anak2. we dont need anyone to be happy pun. yg penting kerja cari yg tetap and bukan kontrak. kita makin tua kerja skrg kalau over 32 ldg takde company nak hire. goodluck!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *