Good Father, Bad Husband

Assalammualaikum warga IIUM Confession dan para admin.

Saya baru masuk fasa awal 30an dan mak saya dah bising untuk saya berumahtangga sedangkan saya masih trauma dengan lelaki yang bergelar “ayah”..

Saya tahu tak semua lelaki macam ayah saya, tapi saya takut apa yang saya takutkan tu jadi penarik untuk saya salah pilih suami.

“You attract what you fear…” gitu…

Ceritanya ayah saya seorang suami yang buruk untuk mak saya tapi seorang ayah yang baik untuk saya.

Memori pertama saya tentang ayah dan mak saya adalah, ayah saya meludah ke muka mak saya sebab mak tersalah masukkan cili potong berwarna hijau ke dalam masakan kacang panjang goreng.

Kata ayah, orang masak kacang panjang pakai cili merah supaya senang orang nak asingkan dan tak tergigit. Ayah tergigit cili hijau tu dan meludah ke muka mak. Masa tu aku berusia 5-6 tahun.

Masa saya di pra-sekolah, ayah saya akan tarik rambut mak saya kalau saya terlambat bangun, terlambat mandi, terlambat breakfast dan terlambat ke pra tapi ayah tak pernah marah saya secara direct.

Semua amarah di tuju kepada mak saya kalau saya tak disiplin.

Ada sekali tu, saya jatuh kelas. Saya dari kelas pertama jatuh ke kelas kedua, mak saya kena tendang dengan ayah.

Ayah kata, salah mak saya sebab dulu2 mak saya memang b*doh di zaman sekolah sampai menurun ke anak keb*dohan tu.

Banyak sangat kejadian macam tu terjadi, sampaikan saya nak buat apa2 akan rasa sesak nafas. Masa nak exam tiba2 sesak nafas, takut gagal nanti mak saya yang kena.

Nak makan nasi pun takut kalau sebiji nasi terjatuh, mak saya yang kena. Nak tidur malam pun takut, takut terlewat bangun nanti mak saya yang kena.

Hidup dalam ketakutan buatkan akademik saya cemerlang. 5A UPSR, 8A PMR, 10A+ SPM, 4.0 asasi, dan 4.0 ijazah sarjana muda.

Lepas konvo, ayah saya meninggal dan semua tanah, rumah dan kereta atas nama saya. Tiada satu pun atas nama mak saya. Sekarang ni saya dah berkerja & tinggal bersama mak. Saya akan jaga mak saya sampai hujung nyawa saya.

Sepanjang arwah ayah hidup, ayah layan saya dengan baik, selalu peluk saya, bagi hadiah, bagi kata2 semangat, bagi duit belanja lebih, hantar & ambil saya di sekolah sampai universiti, takde yang kurang kasih sayang seorang ayah kepada anak.

Yang kurang hanya la teladan seorang suami kepada isteri di depan anak.

Saya pernah tanya mak kenapa arwah ayah layan mak macam tu, mak hanya senyum dan kata arwah ayah “mungkin stress sahaja tu”…

Dan mak saya cakap arwah ayah berubah lepas kena serangan strok ringan masa saya berumur 4 tahun.

Saya ada google, memang ada beberapa kes lepas strok ringan pesakit berubah perangai jadi baran. Betapa kuatnya mak saya. Semoga syurga buat mak. Aamiin.

– Adelia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. semoga syurga buat mak TT. Jaga mak baik2. Diakhir usia dia ni, makes her memory with you, the best of her memory before her departure of this life.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *