Assalamualaikum semua pembaca, hari ini, hari ke 4 aku food poisoning. Dan pada hari ke 3 mertua aku datang ke rumah aku.
Kenapa datang? Bukan untuk melawat tapi untuk memasak untuk jamuan hari jadi anak buah yang duduk di tahfiz berdekatan dengan rumah.
Hari ni mereka mula memasak lauk-lauk dan lepas zohor mereka sudah pun selesai.
Sepanjang mereka di sini aku rasa dipergunakan. Langsung mereka tak tanya khabar apatah lagi jika aku dah makan ke belum.
Dah selesai masak, langsung tak ada common sense untuk tinggalkan sikit pun untuk aku. Memang aku sedih.
Suami aku pula kerja lepastu terus ke tahfiz. Suami pun satu hal. Langsung dia tak terfikir bab ni sebab mertua asyik pressure dia untuk ke tahfiz cepat lepas kerja. Memang aku jadi mental lepas tu.
Tahfiz tu sejam dari rumah aku. Aku cakap dekat suami aku rasa sedih sebab langsung tak dikisahkan aku. Makanan pun sikit gak ditinggalkan untuk aku.
Lepas tu suami aku yang dah tiba di tahfiz pun mesej dia akan balik cepat. Waktu dia mesej tu dia dah selesai dengan jamuan makan anak buah tu.
Selepas dua jam batang hidung masih belum ada. Aku dah mula penat masa ni. Mana taknya kehulu kehilir ke tandas.
Makan pula hanyalah popia ihsan kawan dan maggie yang aku gagahkan diri untuk masak untuk makan malam.
Aku mesej lagi sekali. Rupanya mertua aku ni suruh suami tunggu. Nak beli barang itu ini lagi. Sumpah aku kesal. Padahal boleh je beli bila sampai sini kan!
Lagi aku kesal sebab ada je anak lain di sisi tapi laki aku yang dikerahnya.
Laki aku pun entahlah kenapa tak reti langsung nak bagitahu isteri sakit kat rumah.
Sudah lah rumah ditinggalkan macam kandang kambing. Kain bersepah! Pinggan mangkuk tak dibasuh!
Aku benci! Aku rasa macam kuli! Langsung tiada ihsan mereka terhadap aku yang sakit.
Tiada makanan pun dibelikan malah sempat lagi mereka berhenti makan di luar sebelum balik rumah.
Akhir sekali lepas 4 jam lebih baru suami aku balik. Aku takkan lupakan perbuatan mereka ni. Betul-betul membuka mata yang mertua aku memang bukan orang yang baik.
Maaf aku tak tahu nak bercerita dekat siapa. Aku tak nak mak ayah aku tahu.
Aku sedih sangat dengan nasib aku dan aku sangat hampa dengan sikap suami dan mertua aku. Agaknya mati pun dorang tak kisah!
– Nurul (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Dari situ tak kan diri sendiri tak sedar TT bukan menantu pilihan.. cerita apanya…
Salam Nurul, expectation jgn tgi. Xsmua akn jd mcm Nurul pikir/nak.
So Nurul, husband dh tjuk sikap & pilihan dia. Nurul blh agk sndiri lps 4/5thn jd mcmn. Sy nk OFER diri Sy je. Expectation tada tgi tp mengharap :) klu ad rezeki (“,)
aku paham..lepas ni jgn buat baik dah gn keluarga mertua..baik berpada..jaga jarak..jgn selalu balik..aku pernah keluarga buat xtahu kt aku masa kenduri aku gn suami kt rumah mertua..satu habuk x tanya kabar x pelawa makan x pelawa buat keje sebelum kenduri tu..aku balik rumah mertua konon nk tolong apa yg patot..sekali buat aku macam batu semua adik beradik & sedara mara suami aku..since tu aku dh nmpk perangai depa mcm mana… aku mmg jarang balik r, kenduri sedara mara mertua mmg aku x pergi r..aku mengelak r dari jumpa diorang.. balik rumah diorg semua ipar aku, aku x tegur n pelawa makan pn..aku buat bodoh xnmpk je diorg.. aku hanya hormat mak mertua gn ayah mertua shja.
Story bagus ckup sifat & keadaan jd Kes. Rumus : lbh mnunjuj kn sifat diri kau yg mcmn sbnar nya… Bkn psl fmly husband kau. Kenduri kau je diorg xlyn…bkn mcm kau makan tahun kau ULANG buat bnda sama mcm ko cerita. KAU pikir sdri mksud aku. Sb sblm2 ni kau malas nk pikir, kau je betul. SAMPAI mati pn kau xkn bljr. Sila belajar berfikir *”Mak Mander”!!