Untung C Dapat A

Panggilku G. Ini kisah lama… Tapi agak menarik dan cemas lemas untuk dikongsi, buat tatapan pembaca yang mahu tahu. Terima kasih admin.

Masa kahwin dengan Z, aku terpaksa duduk di rumah mertua, sebab aku dah berhenti kerja dan Z kerja sendiri. Z ni luaran nampak macam warak sebab beserban jubah berjanggut…

Pada awal perkahwinan keluarganya terima aku dengan baik, sehinggalah adik ipar lelaki yang lama bekerja di kota Singa balik..

Sebelum tu rumah mertua memang dah meriah dengan adik ipar yang lain, tapi bila yang ni aku namakan A ada di rumah, aku rasa lain.

Walaupun dia tak nampak warak dia baik, dia rajin dan dia kacak…

Berlawanan dengan suamiku yang nampak warak tapi kuat marah, malas dan muka serabai sebab janggut bersepah tak kemas… Rambut pun jenis kembang, suka pakai kain pelekat walaupun berkebun.

Sakit hati tengok penampilan suami ni. Sebab tak kemas, orang lain berjubah janggut juga tapi kemas… Dia ni pemalas juga, tanggal baju letak merata kemudian tak ada hati nak bersihkan rumah.

Akulah yang dikerah kemas termasuk sapu laman. Waktu ni adik ipar ramai masih di asrama atau madrasah.

Bila ada A ni, kalau aku terpandang dia macam ada aura masuk ke hati, macam jatuh hati.. kalau dia tegur aku rasa berbunga je.. aku sedar dia adik ipar, aku jaga aurat tapi hati ni akan puji dia.

Dia rajin, bila dia ada dia bersihkan laman dan dapur, dia juga tolong masak. Dulu dia chef. Suami pula suka suruh kalau lambat marah, sakit hati kan. Tapi kelebihan suami pandai ngaji.

Sampai aku terfikir kalau cerai dengan Z kahwin dengan A kan best. Disebabkan A ni kacak aku terjumpa satu box di bilik lama, dalam tu banyak surat cinta zaman sekolah… Ramai peminat rupanya. Tak hairanlah…

Cuma aku tidaklah nak goda dia. Tapi pernah sekali tu, waktu aku mandi di bilik air rumah kampung ni, ada pintu yang menghala belakang rumah terlupa kunci.

Aku dah la berkemban sekali A masuk sebab pagi tu memang dia ke belakang rumah ikut tu… Terkejut aku dia pun terkejut minta maaf…

Sebenarnya aku terkilan, dia nampak auratku… Aku pun rasa tak sedap hati, lepas tu kami banyak berdiam.

Sehingga akhirnya dia kahwin. Isterinya diberi nama C. Tidaklah secantik aku, dah jodoh mereka…

Aku cemburu dengan C dapat A. Untunglah C. Sebab A menang layan dia macam puteri, makan pun bersuap, panggil manja sayang…

Disebabkan banyak lagi perkara tak sepatutnya berlaku antara aku dengan Z, kami bercerai.

Elok pula Z bila kami berpisah dia berpakaian kemas, pandai pula pakai seluar kasut… Mungkin dia baik tapi bukan yang terbaik untukku. Setakat itu sahaja jodoh kami.

Aku pula, makin malas nak bercantik sebab dah tawar hati nak ada suami… Melainkan kalau A lamar aku, sebab aku rasa A macam jatuh cinta juga dengan aku banding isterinya… Tapi sebab dia setia, tak mungkin la.

Sepupu dia pun ada yang tergilakan A. Sampai sanggup mak sedara pupu dia kata ambillah anak dia jadi isteri ke dua, sebab anak dara dia cantik dari C.

Korang janganlah keruhkan keadaan kacau kebahagiaan orang, tak kisahlah isteri dia tak cantik ada kelebihan lain..

Sekarang ni aku baik je dengan C. Tapi aku tak tahulah nak baik ke dengan Z.

Janda sendu..

– Gurun (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. kak kompident nya hg..hg ni pasai pa kak..kak kadang2 laki ni dia nk buat bini dia tgk perangai ..muka tolak tepi..tp xde la buruk sgt..sedap mata memandang tuk dia dh cukup..kalau muka lawa makeup kalah artis tp perangai terok nk buat apa

    • Biasa yang cakap perempuan cantik tapi….dan tak cakap lelaki handsome tapi….. memang ada insecurity pasal rupa paras. Perempuan je akan kena, lelaki tak kena.

      Jadi, mana-mana perempuan kalau ada di compare cantik sedikit berbanding diri dia (walaupun orang lain yang pandang dan berkata) memang siaplah.

      Sebab doubtful sangat cerita ni bab mak cadangkan anak dara kepada saudara sendiri yang dah berumahtangga. Selalunya kalau anak dara, mak-mak ni akan cadangkan pada orang bujang. Lebih kelakar confessor tahu perkara yang biasanya hanya isteri je yang tahu.

  2. Makcik mana lah nak pergi cadangkan anak dara dekat laki orang. Cantik pula tu. Anak dara je yang selalu buat keputusan sendiri. Mungkin ni confession nak cakap janganlah ada anak dara cantik mahupun janda sukakan si A. Cuba si A sendiri cakap, nampak poyo, kalau isterinya cakap, nampak cemburu. Tak dibuat orang siap tahu pula surat cinta dalam kotak biasanya bini je tahu surat cinta orang kasi laki dia semua ni. Eloklah awak dah cerai dengan Z sebab boleh pulak orang nampak isteri berkemban dalam rumah, patut tak payah la datang time ada lelaki lain. Orang lain bercerai tak ambil tahu sangat hal keluarga bekas suami yang awak siap nasihat orang macam awak bini dia.

  3. Ambil tahu hal peminat lama tu memang janda ke anak dara ke bini orang ke tak payah buat ye. None of your business.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *