Salahkah Study PJJ

Saat aku menulis ni, aku betul2 dalam keadaan down. 

Aku letih dengan kecaman dan condemn orang pada aku. 

Bukan semua orang bernasib baik yang tahu hala tuju kehidupan dari mula. 

Bukan semua orang ada family yang pandai2 untuk nasihat itu ini. 

Aku bukan bertuah macam orang2 tu. Lepas spm sambung study. Umur 23 24 dah ada degree.. Lepas tu dapat kerja gred tinggi. Dan kemudian beli rumah keta kahwin, hidup pun settle. 

Unfortunately, aku tak setuah itu. Hidup aku bukan semudah itu pun. Sampai sekarang masih struggle. 

Dulu habis spm aku pi kerja setahun. Lepas tu sambung belajar buat sijil 2 tahun. ( kolej swasta) result spm aku teruk sebenarnya. 

Orang pertikai, kenapa tak apply poli la itu la ini la. Pendek kata kenapa tak apply institute kerajaan. 

Lepas tu aku apply diploma dari institute kerajaan. Tapi tak dapat. Lepas tu aku bermula dari sijil ikm 2 tahun lagi. Sebab tu ja dapat dari kerajaan. Masa ni umur dah 22. 

Masa kat situ, staf2 ada jugak condemn, kenapa dah tua2 baru mai belajar. Rugi masa banyak. Dan macam2 lagi tomohan. Aku habis sijil umur dah 24. 

Ya aku tahu semua tu. Tapi aku gagahkan diri habis belajar bersaing dengan adik2 muda. 

Lepas tu aku kerja beberapa tahun. Aku tak sambung full time sebab takut dengan kata2 orang, umur dah berapa nak sambung dip pulak. 

Bazir lagi 3 4 tahun. Kata2 orang bazir bazir bazir.. Umur dah berapa umur dah berapa bagaikan satu2 kata yang membunuh hidup aku. 

Aku dah banyak kali kena panic attack dengan kata2 orang. Aku tak kuat pun sebenarnya. Aku ja faham apa yang berlaku pada aku. 

Dan aku jugak tak tahu kenapa aku masih sambung belajar walaupun orang kecam2. 

Tapi aku buat keputusan nak buat pjj kononnya ingat orang tak akan kecam dah. 

So aku buat dip pjj kat open u. Tapi orang kecam lagi.. Katanya u tu tak berkualiti itu dan ini. 

Ibarat sijil boleh beli.. Aku pekakkan telinga, continues ja. 

Then orang mengutuk lagi. Apa point buat dip apabila bidang kerja aku tak de masa depan katanya. 

Lepas tu lama aku kerja. Ya aku akui, aku tak dapat kerja yang setaraf pun dengan pendikan aku. Aka sijil beli kata orang. 

So aku kerja biasa2 ja.. Macam kat supermarket, restoren2. Yang last ni aku kerja kerani ja. Kat syarikat biasa ja. 

Lepas tu aku buat degree pulak. Lepas tu orang2 tu tanya, kenapa sambung degree. Dah tua2 ni. 

Ya la, aku dah 4 series. Aku dapat degree dari utm space ketika masuk 40 dah. 

Orang masih berkata2, aku ni bodoh. Zaman sekarang dengan umur macam ni ingat degree aku laku ke. 

Sebenarnya point orang2 tu nak sampaikan aku faham ja. Sijil2 dari partime ni tak laku. 

Dia berguna untuk orang yang dah ada dalam bidang tu. Baru boleh apply untuk naik pangkat. 

Kalau setakat aku yang kerja speed mart, kedai 7e. Nak buat apa degree tu.. Orang tak pandang. 

Aku kata aku nak guna untuk mohon kerja kerajaan. Orang2 tu gelak terbahak2 kat aku. 

Katanya kesian dengan life aku. Kesian tengok hidup aku tak de arah tuju. Aku bazir duit bazir masa untuk benda yang nothing. 

Orang lain umur macam aku dah capai banyak benda. Tapi aku masih terumbang ambing. 

Orang2 tu kata, kerajaan hanya ambik sijil2 dari university yang di ikiraf ja. Aku kata tapi u ni semua ada mqa. Kira di iktiraf la kan. 

Sekali lagi aku di ketawakan.. Katanya kesian buat degree pun tak cerdik.. Tu la dah tua2 baru nak belajar, belajar pun bukan sama macam yang buat full time. 

Kelas sabtu ahad ja, leps tu dapat degree seperti tidak belajar. Lepas tu mohon kerajaan dengan harapan kerajaan akan ambik orang macam aku. 

Katanya yang buat full time pun tak dapat2.. Inikan pulak aku yang datang kelas beberapa kali ja. Tu pun kelas on9. Lepas tu harap nak dapat kerja kerajaan. 

Aku tak peduli, aku just apply ja. Ya betul sehinga ke hari ini, satu pun tak pernah lepas tapisan. Exam pun tak pernah pangil. 

Harapan aku pun makin menipis. Aku masih berkerja dengan gaji 1500. Masih apply sana sini dengan kelayakan yang aku ada. 

Tapi rupanya betul kata2 orang2 tu.. Aku tak capai apa pun dalam hidup sebenarnya. Walaupun umur dah sangat tua. 

Satu benda paling penting pada semua orang adalah rumah. Nampaknya sampai kiamat pun tk akan dapa beli rumah sendiri. 

Untuk apa aku belajar pun tak tahu la. Kalau lepas spm aku pergi kerja kilang pun, mungkin starting sebagai operator pun tapi dengan pengalaman berpuluh tahun, pasti ada masa depan untuk aku. 

Tapi sekarang kilang pun tak ambik aku jugak. Akhirnya semuanya macam sia2 ja. 

Aku tak menyesal, tapi lebih kepada mengeluh nasib diri. Aku down dengan kata2 orang. Down pada diri sendiri. 

Sekarang ni orang2 tu makin galak memerli aku. Tak nak sambung master pulak ke.. Phd ke. Boleh jadi doktor terus. 

Entah la.. Kadang rasa mcam ja balas sindirian mereka, cakap ya. Saya sedang buat phd. 

Tapi apa guna.. Macam kata mereka, umur dah tua.. Sijil partime2 ni tak de sapa pandang. Akhirnya saya seperti membuang duit dan tenaga ja.. 

– Nas (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Life kita bukan start dgn achievement collection, dan bukan berakhir dengan keberjayaan ada rumah, kereta. Stop dgr cakap org. Stop kejar benda yg semakin jauh bila dikejar. Live in present. Semua org tak tahu pun apa masa depan diaorang. Sama dgn masa lalu, xda siapa pun yg boleh putarkan balit. Yang kita ada cumalah yg sekarang. yg cakap2 yg buat awak down tu pun bukan dia yg atur hidup awak. Tanya diri sendiri, apa yg sebenarnya awak nak achieve, berbaloi tak umur awak nak digunakan utk ke arah itu? Semoga mendapat jawapan dan menemui jalan kebahagiaan dunia akhirat. Aamiinn…Jazakallahu khair

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *