Aku Yang Memilih Dia III

Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-yang-memilih-dia/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/aku-yang-memilih-dia-ii/).

Assalammualaikum semua. Ingat lagi tak confession “aku yang memilih dia” kisah aku, Alex dan Adelle tu.

Tahun ini, Alhamdulillah akhirnya aku mempunyai zuriat dari Alex. Aku baru sahaja melahirkan dan tengah berpantang sekarang ni. Syukur untuk rezeki itu.

Tapi.. ada tapi nya. Masa tu pukul 4 pagi, aku ni saja lah nak check handphone suami aku tu. Tak sangka, yang suami aku masih contact dengan ex dia iaitu Adelle.

Adelle sekarang dah jadi cikgu dah. Aku tak sangka yang aku masih dibodohkan. Selama setahun kami kahwin, selama tu juga la Alex masih tak dapat lupakan Adelle.

Memang aku tau, aku yang salah sebab aku yang nakkan suami aku dulu, dan masa aku dan suami kahwin, dia belum betul betul putus pun dengan Adelle.

Aku ingat, dengan cara aku mengandung, dia boleh sayang aku. Tapi ternyata salah. Walaupun aku mengandung, ternyata mereka masih rancak contact dan masih berjumpa. Kadang suamiku ambil dia dari sekolah yang dia kerja.

Jadi aku decide chat Adelle guna no handphone aku sendiri. Adelle pun ada reply. Mungkin aku terlebih emosi, aku cakap dia macam macam.

Aku cakap perempuan tak sedar diri, penyondol. Aku kata cari lah lelaki bujang lain. Aku suruh dia terima hakikat Alex bukan jodoh kau.

Adelle tu pun reply dia kata, “sebelum kau suruh aku terima hakikat, suruh laki kau terima hakikat perubahan status dia, aku tak ingin pun lah nak laki kau ni. Benda ni jadi sebab dia sendiri lah.

Kalau dia tak move on, kenapa dia nak kahwin. Salahkan laki kau. Jangan salahkan aku sendiri ye. Sekarang kau dah rasa apa yang aku rasa dulu kan?? Sakit kan rasanya. Semua jadi pun sebab kau sendiri lah.

Dah tahu Alex masih bersama dengan aku masa tu, kau tetap tergilakan dia, proceed kahwin. Aku nak kau rasa benda yang sama dengan aku. Sakit kan. Aku reply chat dia pun memang sengaja, aku nak kau tahu sendiri perangai laki kau macam mana”

Adelle sambung lagi, “dia yang selalu cari aku. Tak move on bagai. Kau memang macam ni kan, dah tahu dia tu boyfriend orang dulu, tapi kau buat tak tahu. Kau tahu dia tak ada perasaan dengan kau, kau buat tak tahu. Sebab itu kau pun dibodohkan oleh dia.

Aku tak tahulah, aku masih rasa sakit hati dengan apa yang kau buat. Aku masih tak dapat maafkan tapi bukan bermakna aku nak merampas ye. Aku masih waras”

Aku pun terkejut tak sangka Adelle berani menjawab. Aku pun terdiam. Entahlah. Tapi aku rasa Adelle pun mangsa keadaan.

Sebenarnya perkahwinan aku dan Alex ni masih tak bahagia walaupun aku mengandung. Tapi entahlah korang, aku memang ada nak cerai, aku dah tak nak dibodohkan tapi Alex tak nak. Apa yang dia mahukan sebenarnya?

Dia masih nakkan Adelle tapi tak nak cerai lagi. Aku bingung. Aku pun tak nak terjebak dalam perkahwinan yang sia sia, yang tak ada kejujuran. Lagi pun, aku bukan perempuan yang bergantung dengan lelaki pun.

Ok lah anak aku dah nak susu ni. Bye..

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Nur, tanya blk diri awak.., awk nk sedih (x bhagia) skrg je ke, atau selamanya..? Klaw benar suami xnk ceraikn awk, bole je tnya d pej. Agama, apa patut awk buat..? Klaw awk x sanggup berpisah dgn suami, demi krn ank yg dah lahir, cba bwak berbincang elok2 dgn suami, apa hala tujuan korang selepas ni.. klaw suami stuju utk bersama awk n ank, minta dia ‘berubah’ dan putuskn hubungan dgn adelle tu, nyatakn bhw adelle pon penah ckp yg dia xnakkn suami awk (skrg ni).., tunjukkn bukti yg dia tulis tu (klaw ada), biar dia timbangkn sendiri.. apa2 pon, mohonlah petunjuk dari Allah utk ‘memulihkan’ keadaan.. mohon ampun dgn Tuhan dan mintak maaf dari suami ats kesilapan awk dlu.. dan dipermudahkn jalan yg terbaik utk awk.. (w/pon pahit utk ditelan..) Wallahu a’lam bissawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *