Maafkan Aku

Assalamualaikum saya Kuri, aku adalah insan biasa yang inginkan kemaafan dari sesseorang yang sangat saya gelarkan sebagai Tuan Muda. 

Cerita nye bermula waktu aku masuk sebuah pasukan simpanan seragam kerja sambil belajar lah katakan. Saya namakan dia sebagai Tuan Muda sebab dia pegawai satu skod.

Tuan Muda ni kalau nampak dari luar macam “Mr arrogant “Gitu, sebab jarang senyum pastu nampak tegas. Mula nampak tu dalam hati aku dia ni sombong hahaha sebab tuan ni pernah marah aku tapi rupanya dia ni lah yang ada waktu aku memerlukan seseorang untuk meluah. 

Ya!! Dia ada disaat aku memerlukan seseorang untuk tenangkan aku. Dulu ramai orang tidak suka aku majority nya perempuan. Aku selalu dijadikan bahan gosip sebab kawan yang aku anggap sahabat rupanya tidak pernah anggap aku sebagai sahabat nya.

Rupanya dalam diam sahabat aku ni selalu gosip aku dengan senior aku lah. Setiap perkara yang aku cerita dia akan sampaikan. Pastu buruk kan aku, sampai aku bergaduh dengan senior aku ni. Mental aku koyak sebab banyak kritikan, kecaman yang aku terima, setiap malam aku menangis.

Adalah kawan aku sendiri yang upah bomoh untuk buruk kan muka aku ni sebab aku pelik muka ku dipenuhi jerawat dan sangat gatal. Orang yang ubat aku bagitau drong cemburu aku selalu jadi pusat perhatian. Alhmdulilah selepas berubat muka ku kembali pulih. 

Hari demi hari aku meratapi nasib ku. Sampailah aku meluah dengan Tuan Muda aku ni. Tuan aku ni sentiasa bagi aku kata semangat, paling aku suka dia selalu on time balas chat aku tak pernah lagi aku jumpa lelaki yang reply chat pun panjang lebar yah walaupun dia ni sangat sibuk. Aku rasa dihargai.

Biar pun ramai tak suka aku tapi tuan aku ni selalu ada untuk aku. Aku rindu dia. Hari berganti hari kami berchat. Dalam chat kami rancak sangat tapi bila berjumpa dua dua diam ahhaha. Aku rindu dia. 

Tapi dia dah block aku sebab aku buat perangai. Kawan aku nak berkenalan dengan tuan aku ni sebab dia kata dia minat dengan tuan aku. Soft spoken dan peramah kata nya senyum pun manis ahahha. 

Yess!! Tuan Muda ni memang manis orang nya. Tapi dia ni kalau nampak aku tak pernah lah dia senyum dengan aku, kami cuma berpandangan jee. Sampai aku kata dalam hati sombong jugak tuan ni. Tapi dengan girl lain pandai pulak dia senyum.

Berbalik pada kawan aku ni. Kwn aku pun nak berkenalan, aku bagi nombor phone tuan aku ni tapi kwn aku kata dia malu dan dia suruh aku kenalkan dorang dua.

Jadi aku ni pun sesuka hati jee tanpa bertanya buat group whatsapp dan masukkan tuan aku dan kwn aku dlm group tu. Aku ingatkan dorang dah berkenalan dlm group tu tapi kwn aku kata tuan aku keluar group. 

Tup tup.. Belum sempat aku send chat mintak maaf tuan aku dah blok aku. Hari demi hari rasa bersalah, rindu menghantui ku. Aku buntu macam mne nak mntk maaf dia dah blok aku. Tapi dia aktif dalam facebook.

Sejak hari tu aku tak pernah nampak kelibat Tuan Muda tu. Kali terakhir nampak pun waktu hiking tapi dia mengelak dengan aku. Jadi aku abaikan jak lah. Tapi aku selalu stalk fb dia. Setiap masa aku ternanti nanti statusnya. 

Sampilah pada tahun 2024 terdetik dalam hati untuk stalk instagram tuan aku ni.. Sebab facebook aku selalu stalk, sebab aku ni tak aktif insta. Aku buka insta pastu aku scroll post insta tuan aku dan aku ternampak gambar tuan aku pastu aku baca caption,

“Pernah rasa bodoh bila effort yang di tunjukkan dipermainkan”. Panjang lebar lah dia luah dicaption tu.. Terkedu aku yah, tuan aku ni suka aku kah? Bermain lah dalam kotak fikiran aku soalan tu. Kalau dia suka kenapa tak pernah luah dengan aku. 

Sekecewa itu kah aku buat tuan ku.. Aku pun chat tuan ku guna nombor phone lain. Aku hantar chat “Assalammualaikum” pastu dia reply lah dia kata walaikumsalam.

Aku punya lah happy. Pastu dia tanya siapa ni? Lama aku balas. Sebab aku takut dia akan blok aku sekali lagi, pastu aku reply lah. Aku ni Kuri.. Tup tup dia tak reply pun chat ku dia cuma baca jee.

Sekali lagi aku chat mintak maaf dia abaikan jak lah huhuhu. Pastu aku stalk lah fb tuan aku ni dia post status “Tuan jika yang datang cuma main main dan bukan jodohku tutup lah pintu hati ku serapat rapatnya, sungguh aku tak ingin rasa sakit yang dulu kembali lagi”. 

Tanpa sedar aku mengalirkan air mata, sekecewa itu aku buat dia. Tapi kenapa dari dulu tuan aku ni tak pernah nak luah perasaannya. Aku pun ada perasaan suka dengan dia tapi aku malu nak luah dulu sebab aku ni biasa je banding dia.

Bodohkan aku tak pernah sedar effort tuan aku. Padahal tuan aku ni sgt sibuk tapi dia selalu balas chat ku on time. Aku rindu dia. Aku rasa kehilangn dia.

Kepada tuan aku “Maafkan aku, dan terima kasih pernah hadir”.

“Andai benar engkau berubah hati, aku sedia untuk mundur diri, andai aku masih ada dihatimu aku menunggu walaupun lama”. 

– Kuri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *