Assalamualaikum semua, nama saya Momochi. Tahun ni umur saya genap 34 tahun. Saya dah berkahwin 4 tahun.
Confession saya kali ini adalah saya cemburu dengan insan lain yang dapat menjadi ibu or dapat mengandung. Saya belum dikurniakan zuriat lagi.
Untuk pengetahuan readers, saya menghidap penyakit diabetis type 2 masa saya umur 27 tahun, saya ada darah tinggi (punca kerja dulu) dan baru² ni saya kena prolapse tahap 2 iaitu rahim saya jatuh.
Dan saya sangat down bila fikirkan semua ni, memandangkan umur saya makin meningkat, kahwin pon lambat.
Disebabkan anak saya menghadapi stress, bila saya terlampau stress saya akan makan tak henti dan saya tak boleh kawal gula dalam darah menyebabkan saya lagi sukar untuk mendapatkan anak. Dan saya seorang obesiti juga.
Baru² ni suami asyik pegang je perut saya cakap bila lah nak ada anak. Perkara itu membuatkan saya lagi sedih, saya takda sapa nak luah even saya ada keluarga, ada ibu dan adik.
Saya jugak tak boleh nak luahkan apa saya rasa sebab saya suka pendam perasaan saya. Diluaran saya happy, saya suka bersembang tapi bila saya duduk seorang diri saya akan menangis.
Saya pernah cakap dengan suami macam mana kalau kita tak ada anak? Suami hanya cakap kita serahkan urusan kepada Allah tapi saya tahu dalam hati dia, dia juga mahukan anak.
Baru² ini kami pulang ke kampung sebelah suami, akak ipar saya baru melahirkan anak perempuan. Comel sangat.
Saya nampak suami gembira betul pegang anak kakak dia dan cakap dekat kakak dia seronok kalau aku pon ada anak. Saya terus jadi murung.
Dalam hati saya, apa perlu saya buat? Saya pon nak anak jugak, saya pon nak pegang anak saya sendiri jugak.
Adek saya beberapa bulan kahwin Allah bagi dia rezeki zuriat, tapi saya? Saya selalu salahkan diri saya, kenapa aku tak jaga makan dulu? Kenapa aku kerja berat dulu? Kenapa? Kalau aku tak buat semua ni mesti aku tak sakit.
Sesungguhnya hati saya ni sedih sangat. Dalam solat saya selalu mintak “Ya allah kurniakan aku zuriat ya Allah”.
Saya selalu belajar positifkan diri saya, tapi sekarang positif tu jadi negetif. Saya sampai fikir untuk bercerai, saya rasa suami saya layak untuk dapat perempuan lain yang boleh bagi dia anak.
Saya tahu ramai jugak yang ttc dalam ni. Mungkin masalah kalian lebih teruk dari saya. Tapi tahla kenapa bila saya flashback balik apa suami saya cakap dekat kakak dia buatkan saya jadi terlampau sedih.
Sampaikan saya jadi seseorang yang mempertikaikan kewujudan saya. Saya cakap kenapa aku hidup eh? Kenapa aku kahwin? Kalau aku tahu aku takboleh ada anak kenapa aku kahwin?
Doctor cakap dekat saya prolapse ni boleh jadi saya susah mengandung tambah saya sakit diabetis.
Saya dah cuba kawal gula, kawal berat badan untuk dapat anak. Tapi masih susah. Doctor ada suggest saya untuk buat bariatric tapi saya tak mampu. Suami saya bukan orang senang jugak.
Entahlah, doctor juga suruh saya refer psikiatri tapi saya taknak. Sebab saya takut orang sekeliling saya cop saya tak waras dan saya jugak tak nak tambah ubat yang sedia ada.
Sekarang saya tak boleh tengok pisau, seterika or apa² tajam sebab saya bayangkan saya tekap /tikam diri saya dengan benda tu. Setiap kali masak saya akan istigfar banyak² dan masak.
Saya tak tahu dah apa saya fikir sebab saya jadi kesian tengok suami saya yang nak kan anak. Saya sedih bila tengok orang lain dapat dukung anak sendiri sampai ada satu hari tu saya berangan saya mengandung, hahahaha.. gile kan?
Saya pernah dengar ceramah ustaz di tiktok yang mengatakan anak itu satu rezeki dan juga amanah. Kalau Allah tak bagi means hati kita belum mampu untuk menaggung amanah itu. Dan kita jugak boleh masuk neraka disebabkan anak itu. Jangan lah bersedih jika tiada anak.
Rasa macam lega dengar tapi sekejap jela lepastu sedih balik. Ini belum masuk raya tahun lepas kena soalan cepu emas dari mak sedara sebelah suami. “Dah 3 tahun kahwin takkan takda anak? Awak tu bukan makin muda. Takkan taknak bagi suami tu jadi bapak kot.”
Soalan itu ibarat ditikam pisau, sakit sangat rasa. Bukan taknak usaha, tapi tak ada rezeki, bila balas cakap takda rezeki, dipersoal pulak sembahyang la mintak dengan Allah.
Habis tu selama ni saya tak sembahyang ke? Saya tak mintak ke? Sebab tu saya taknak balik tahun ni. Saya ajak suami balik rumah mak saya atleast saya tak sakit hati.
Banyak lagi saya nak cerita, tapi panjanglah sangat pulak. Saya cuma minta kalian doakan saya cepat sembuh dari sakit saya. Kalau ada tips tentang diabetis bolehlah beri. Terima kasih sudi baca.
– Momochi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Tengok orang kahwin kamu mahu kahwin.
Tengok orang ada anak kamu mahu anak.
Tapi perancangan dan aturan Tuhan yang terbaik.
Tak perlu cemburu.
Zaman Media So sial dan Fake semua yang terpaling tunjuk bahagia tuh la menderita.
Laki tak nak tolong jaga anak
Laki kedekut
Mertua macam neraka
Tapi tunjuk dalam Gambar Senyum bahagia kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah
Kenalan acik yang diam diam ja elok bahagia tak cerai berai
Tapi kenalan acik hat tayang terpaling itulah paling merana TIPU DIRI SENDIRI NAK TAYANG PADAM MASYARAKAT HAKIKATNYA DERITA.
Bersyukur apa yang ada.
Tak perlu tengok apa orang ada.
Perkahwinan yang bahagia bila laki bini cari rezeki halal.
Tak culas dan jam kerja cukup
Tak manipulasi ambil kesempatan maka berkat rezeki halal keluarga bahagia
Kalo sejenis kerja tak cukup jam, kaki burukkan rakan sekerja padahal sendiri TIPU JAM KERJA SAMPAI MAMPOS TAK BAHAGIA KENA PURA PURA DALAM GAMBAR
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
Nak Momochi Fazura terpaling cantik dah ada anak bijak comel pown nak bercerai.
Anak bukan sumber kebahagiaan nak Momochi.
Auntie ada anak perempuan 5 orang ada dah kahwin dan ada belom.
Tak semua yang ada anak bahagia.
Fokus kesihatan diri dulu.
Fikiran pon kena bersihkan dari tekanan anak zuriat semua
Dah sihat nanti pasti mudah dapat zuriat.
Suami nak Momochi dah tahu nak sakit apa pasal beri tekanan lagi?
Tak perlu sebut fikir pasal anak.
Kesihatan itu perlu diutamakan.
Mulut orang sedap mengata biarkan sahaja
Orang yang suka perli bab zuriat bab jodoh sebenarnya orang terpaling palsu.
Kalau benar mereka bahagia kenapa cari point kekurangan orang lain?
Itu tandanya mereka nak tutup derita sendiri.
Dalam gambar hantaran Instagram tiktok WhatsApp konon terpaling serba serbi.
Tapi aunties yang lebih makan garam ini tahu sangat jenis orang begitu. Terpaksa tunjuk pada semua untuk yakinkan diri mereka itu bahagia dah cukup serba serbi.
Jangan tertipu yang gigih tunjuk ada segalanya itu yang tak bahagia. Lagi lagi yang jenis mulut dan bicara dalam tepon dan berdepan nak cari point kurang apa hidup orang lain. Mereka itu yang kurang bahagia kasian
Kuatkan semangat sis.Ini adalah ujian untuk sis dan suami.Allah uji sebab tahu sis mampu terima ujian ni.
Cuba sis cuba cara tradisional dengan pergi berurut cara kampung.Ataupun ikhtiar minum jus mamariam.
Kurangkan berat badan dengan bersenam atau hobi yang sis suka.Banyakkan makanan berkhasiat.
Sis jangan sendiri,sebab sedihkan teringat pasal anak.Jadi luangakan masa tngok drama2 korea or whatever sis suka.
Terima ujian Allah dengan seikhlasnya,
Cepat atau lambat Allah akan bagi tepat pada waktunya.
Terima takdir Allah,lepas turunnya hujan pasti ada pelangi indah begitu juga dengan ujian.
Sis, sy rasa mmg sis patut jumpa kauselor untuk dapatkan khimat psikologi
You really need that seriously. Sis rasa kalau dapat pregnant pun sis akan mentally stable ke utk hadapi semua ni? Ujian mengandung tu tak mudah. Lepas dah dapat anak pun tak mudah ya. Ramai orang perempuan dekat luar sana end up dapat postpartum depression.
Tbh, you should focus in making yourself better mentally and physically better. Saya percaya ada sbb baik kenapa Allah tak beri anak lagi pada sis. Even dalam Quran pun ada tulis:
Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui – Baqarah : 216
Hikmah kejadian/ujian daripada Allah memang kita tak nmpk masa sdg diuji, tp jgn putus asa dengan rahmat Allah. Bincang baik2 dengan suami, tny dia apa yg ptt sis buat utk improve both mental/physical health. Pendam sorg2 manalah tak sakit dalam kepala tu..
Apapun, sy doakan Allah beri kelapangan hati dan kekuatan pada sis untuk tempuh dugaan ni.