Nak Kerja

Hi semua. Aku Tulip, dah 36 tahun. Aku dah 10 tahun jadi suri rumah, dengan Ijazah Kejuruteraan Kimia. Alhamdulillah anak- anak aku bijak dan comel. Yang sulung dah 9 tahun, yang bongsu 6 tahun.

Sebelum aku kahwin, aku merasa lah jadi engineer dekat 3 tahun, last gaji aku RM4k.

Aku kenal dengan husband masa aku kerja lah, masa tu dia tak kerja lagi. Tapi aku tau macam mana pun dia akan kerja juga, sebab dia antara penerima scholarship kerajaan.

Long story short dia pun bekerja sebagai Pegawai Kerajaan dengan gred yang baik. Manakala aku resigned.

After 10 years of marriage aku dapati kitorang semakin menjauh. Dan untuk pengetahuan kami masih dalam sesi kaunseling rumahtangga. Aku pernah tanya husband aku, kita macam mana, dia just replied “Entahlah, this thing, uncertainty”.

Untuk pengetahuan juga, aku pesakit mental. Yang telah didiagnos Dr. Aku depending dengan ubatlah senang cerita. Aku dapat sakit ni pun after married. Sakit yang orang tak nampak, kan? Orang ingat aku baik² je,tapi dalam otak ni kusut.

Bila marriage dah macam ni, aku fikir aku kena kerja semula. Aku nak join industry semula. Tapi tu lah, dah lebih 10 years experience tu terperam. Teringin nak bekerja dan sambung master.

Psychiatrist dan kaunselor juga nasihatkan aku fokus diri sendiri je dulu. Tapi kerapkan juga bonding dengan anak- anak.

Husband aku after kitorang makin genting ni, dia pun dah mula lepak dengan kawan² sibuk main bola.

Dalam hati aku “untunglah dia ada kawan²”. Aku lepas kahwin husband tu je lah satu²nya kawan aku. Lepas kahwin aku ikut dia pindah jauh dari family, kawan².

Kitorang tak pernah bertekak pun. Sebab masing² bukan jenis macam tu. Tapi riak muka dia, kita boleh tau emosi dia macam mana.

Jujurnya aku tau je apa punca masalah kitorang. And pernah je dah bincang. Recommendations semua dah aku bentangkan. End up, nah, takde apa. Lama² aku fed up. Dah lah malas nak cerita lebih². Boleh kena anxiety attack aku nanti.

Oh ya, husband aku dengan anak² okay je. Anak² pun rapat dengan dia. Nafkah semua bagi aku cukup je. Tapi entahlah. Jenis bukan reti bertekak pun dan cukup serba serbi pun, boleh jumpa jalan buntu after 10 years of marriage.

So, aku nak minta cadangan korang, apa aku perlu buat untuk join industry semula? Courses, trainings yang aku perlu attend. Aku okay untuk mula dengan gaji basic.

Hm, kadang² jealous dengan husband, aku susah senang dengan dia sampai dia senang, gred bagus, 7k per month. Last² kitorang macam ni jugak.

Korang kalau nasihat untuk berkomunikasi, dah lah, aku dah buat semua tu. Kaunselor tu pun cakap aku dah buat benda betul selama ni. Dia minta aku fokus kan diri sendiri je sekarang ni.

And again, what courses/ trainings I should attend? Untuk join semula industry. Dengan Ijazah sarjana muda Kejuruteraan Kimia, at the age of 37yo next year.

– Tulip (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. ada sesetengah lelaki tak peduli pun siapa yg ada dgn dia time susah sampai senang. dah senang dia lupa la semua. try la apply kat indeed or jobstreet. mana tahu dapat. if tak dapat, kerja ja biasa2. admin, retail, cashier kedai. as long as ada gaji sendiri.

  2. Salam sis, boleh cuba mengajar tuition BM, English & Maths dari rumah. Ataupun sis boleh apply kerja jadi Technical Writer, Content Writer, Translator etc. Cuba join Jobstreet. Maybe sis boleh try update resume dari sekarang. Boleh juga start slow2 polish Conversational English…

  3. Hi…sis….. Boleh join kursus jgka pendek kat kolej komuniti Serendah 100 mcm2 kursus ada sbg starter plan jumpa kawan baru… Ada kursus kat Google yg free boleh cari ‘threads'(@) byk org share….Dan kalau boleh ada lesen untuk kemudahan sis…. Ok ya kat my future job PERKESO pun ada….ada traning dan juga vacancy kosong…. Jobstreet, LinkedIn, indeed pun byk… Kalau ada event contoh PERKESO selalu ada buat, mict, MyStar job, Jawatan My step kalau kt Putrajaya paling byk jawatan KKM, Perangkaan DOSM…Ataupun boleh aply guru ganti sek boleh ke PPD dan Mara skrg pun byk jawatan guru ganti… Semoga sis dipermudahkan…sy harap sis baca

  4. Apply ja sis memana jawatan berkaitan pengalaman yang 3tahun tu..Moga Allah lorongkan rezki kerjaya untuk sis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *