Dugaan Terberat

Assalamualaikum, saya nak minta pendapat adakah tindakan saya ini salah ataupun betul.

Kadang kadang saya masih menyalahkan diri sendiri kerana benda ni terjadi di luar kawalan saya.

Suami saya selalu memarahi saya sampaikan saya kadang-kadang berasa takut untuk menyuarakan pandapat dan pandangan saya. Jika saya nak pertahankan diri saya dia cakap saya biadap, kurang ajar padanya.

Kalau dia marah dan saya memilih diam bukanlah tanda saya tidak menghormatinya tetapi saya takmau kalau saya cakap nanti lagi teruk keadaan.

Kadang kalau berlaku pergaduhan, dia cuba untuk mencederakan saya seperti cubit hingga meninggalkan bekas lebam. Saya selama tempoh perkahwinan yang masih baru ni dah beberapa kali dah kena makan penampar.

Tapi baru baru ni berlaku pergaduhan yang tegang sehingga dia melarang saya untuk balik ke rumah ibu bapa saya selama tempoh yang dia tetapkan dan perlu duduk dengannya,

Dan dia juga menampar muka saya dan mencubit lengan saya sehingga lebam. Kerja pun saya tak boleh pergi.

Pada keesokan paginya, dia melarang saya untuk ke tempat kerja dan mengambil kunci kereta.

Dan pagi tersebut saya mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tu, dengan erti kata lain saya lari rumah lah dan balik ke rumah ibu bapa.

Dengan nasihat yang saya terima, mereka suruh saya melaporkan kepada polis dan membuat medical checkup.

Jadi saya terpaksa melakukan walaupun dalam hati saya masih lagi kesian, takut kalau dia hilang perkerjaan.

Bila benda ni terjadi ahli keluarganya mengatakan kepada saya, saya tidak taat dan menghormati dia sebagai seorang suami.

Selama tempoh beberapa hari saya berada di rumah saya, tiada seorang pun wakil mereka yang datang untuk meminta maaf, ayah saya pulak yang kena ke rumah mereka untuk selesaikan semua ni.

Saya memang dah nekad dah takmau dekat dia, atas apa yang dia buat dekat saya. Saya dah kecewa.

Tapi family dia masih katakan saya isteri nusyus, tak hormat suami tak paham agama.

Agama melarang jauh dari suami, suruh taat tapi saya tak taat. Sedangkan anak dia yang pukul saya.

Jadi wajarkah tindakan saya, adakah saya masih digelar nusyus.

– Faa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Teruskan buat laporan ke pejabat agama berserta laporan polis yang kamu buat, klu benar seperti yg diceritakan, ada keganasan rumahtangga yan membolehkan isteri mohon fasakh

  2. Bodohnya.. kenapa pula kesian suami akan hilang pekerjaan jika buat laporan? Dah la bodoh ditambah bongok pula. Suami itu ada kesian kat TT ke dip ukulele, sakit dan jika hilang pekerjaan kerana dilarang pergi kerja. Stupidity to the max. Ikut agama itu berpada2 la. Berfikir. Jangan membuta tuli sampai diri merana.

  3. Awak takyah fikir la diorang duk kata awak nusyuz ke apa, cuba kalau benda ni jadi kat anak perempuan diorang, takdenya kata anak dia nusyuz derhaka apa. Mesti duk suruh anak diorang cerai. Awak nak hidup lagi ke dengan family toxic macam ni? Boleh hadap lagi suami awak tu?? Teruskan dengan report, takyah kesian dia takde cari awak langsung pun. Move on jela. Ramai lagi jantan berguna kat bumi ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *