Bantu Dia Sebelum Kahwin

Begini, aku mulakan cerita ya. Nasihat ni adalah random.

At the same time, aku rasa sangat berguna untuk permulaan kehidupan berumahtangga. Aku tak tahu kamu tahu atau tidak siapa pasangan yang bakal kau akan jadikan pasangan serumah, seumur hidup kamu.

Pilihlah pasangan yang sekufu, bukan kau terburu² nak kahwin sebab usia kau da melangkau 30 lebih, perkahwinan satu perjudian.

Tolong lah wahai bakal pengantin, periksa latar belakang hidupnya sedalamnya, bukan apa yang kau nampak dengan mata kasar sahaja, periksa lah rekod jenayah, rekod kesihatan mental sekali,

Kau tanya lah pasangan atau ahli keluarga dan minta mereka berterus terang dan jujur.

Jika perempuan, kau kena ingat kau akan melahirkan zuriat daripada suami kau. Jika kau lelaki, kau akan memikul tanggungjawab yang amat berat sekiranya kau tidak tahu latarbelakang betul isteri kau.

Sekiranya dia bekas penagih yang sememangnya kau tidak tahu, pernah melakukan hubungan orang lain sebelum kau, berbagai masalah dan penyakit akan menimpa kelak.

Perlu di ingat, penyakit mental merupakan salah satu penyakit keturunan.

Tak salah memilih, asal tidak merana kemudian hari. Jika sebelum kahwin, pasangan dan ahli keluarga tidak boleh jujur.

Kau fikir masa kau susah mereka akan bantu? Terlajak perahu boleh di undur, terlajak pilih pasangan merana hati.

Tolong lah share banyak² supaya ramai lagi pasangan alert dan tidak terburu-buru untuk berkahwin. Dan sekiranya cinta itu buta, kau kena celik sekejap untuk satu hari.

Berbincanglah dengan ahli keluarga kau juga penerimaan mereka jika mereka mempunyai masalah yang aku sebutkan kat atas.

Pasangan dan ahli keluarga yang baik adalah mereka yang berterus terang keadaan diri dan anak mereka di masa lampau,

Contohnya pernah melakukan perkara jenayah atau dituduh melakukan jenayah, pernah menghisap rokok, vape dan sebagainya.

Menghidap penyakit berjangkit, penyakit mental atau penyakit keturunan serta penyakit yang memerlukan tempoh rawatan jangka masa panjang.

Tak salah select asalkan diri kita tak merana kemudian hari.

Aku harap korang semua boleh lah share sebagai awareness lah juga..

Jika tiada masalah seperti yang diatas, barulah kita serahkan kepada Allah nasib dan takdir kehidupan kita.

Bukan sesekali aku menafikan hak penjenayah atau pesakit mental untuk berumahtangga tapi bakal pasangan dan keluarga perlu tahu.

Sekian, terima kasih.

– Mr No Right (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Betul sangat saya setuju, ingat ye seumur hidup tu lama. Satu lagi nak bagitahu tolong planning semua benda sebelum kahwin, contoh :
    1. Nak tinggal mana nanti?
    2. Boleh kerja tak lepas kahwin?
    3. Nafkah nanti dia nak bagi macam mana?
    4. Kalau ada anak nak kerja ke resign ke macam mana
    5. Dia banyak hutang tak? Komitmen dia apa je?

    Banyak lagi ye, masa bercinta tu bukan duk tanya awak suka makan apa ke apa. Pleaseee tolong jadi cerdik. Dari perbincangan ni kita dah boleh nampak masa depan kita dengan dia nanti macam mana!! Dan tolong jangan harapkan seseorang tu akan berubah lepas kahwin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *