Kenapa ye, setiap kali ada masalah berkaitan suami orang, perempuan yang tak tahu apa2 jugak jadi mangsa?
Lepas tu lelaki tu lepas macam tu ja.. Laki tu tak merana apa2 pun. Elok ja hidup bahagia. Tapi yang perempuan sengsara sampai mati.
Saya betul2 rasa apa yang berlaku pada saya sangat tidak adil !!!!
Takdir apa la yang bermain ni. Ya Allah saya betul2 stress la.
Saya ni seorang perempuan berbadan besar. Senang kata tak de rupa. Tak de apa yang menarik pun.
Dan tak pernah pun la berada di fasa2 bercinta.. Umur pun dah 30 lebih..
Namun fitrah manusia perlu berumahtangga. Saya iktiar la masuk baitulJ. Mana saya tahu suami orang pun bersepah dalam tu.
Saya ingat semua bujang yang serius nak cari jodoh macam saya. Bodohnya saya percaya orang dalam tu.
Tapi saya tak de apa2 tarikan pun,so tak de pun orang mesej saya kecuali seorang lelaki ni. Dia tua saya 2 tahun ja.
Awal2 tu biasa2 ja, di mata saya dia ok. Dia good looking ja. Lama2 saya makin selesa sebab saya jenis introvert. Saya tak pandai sangat bersembang.
Tapi dia pandai buat saya bercakap akhirnya saya jadi sangat selesa, sampai terlalu depends pada dia.
He is my first love.
Saya dan dia di negeri yang sama. Cuma saya kerja cikgu di negeri lain. Dia ada bercakap2 pasal kahwin. Dia tanya tak nak tukar sini ke.
Saya cuma cakap susah nak tukar tambah2 saya bujang. Orang yang lama2 pun tak dapat tukar.
Dia cuma cakap buat la permohonan. Entah kenapa tahun tu saya buat permohonan. Ni la benda saya paling menyesal.
Dan masa tu dia cakap nak pergi umrah. Bawak mak dia.
2 minggu dia pergi umrah. Masa tu dia cakap, dia doakan saya dapat balik sini lepas tu dapat sekolah dekat dengan rumah.
Tak tahu la berkat doa dia kot, tahun tu pertukaran saya berjaya. Masa tu cuti sekolah. Saya dah balik kampung.
Kami pernah beberapa kali jumpa. Kalau la saya tak mintak tukar, mungkin saya kurang berjumpa dia. Kurang sikit kesakitan nak ingat kenangan kami yang banyak kat sini.
Sebenarnya saya tak pernah bercakp atau berkawan dengan lelaki serapat ini kecuali dengan dia.
Dia memang sangat baik, hormat saya, soft spoken. Saya pun setiap masa mesti cari dia nak luah masalah saya pasal krja. Dia pun sama. Tapi lebih kepada mendengar dan bagi nasihat dan jalan keluar.
Dia memang sangat pandai ambik hati saya. Sampai saya rasa tak boleh hilang dia dah. Celik2 mata ja mesti dah rindu dia.
Setiap malam kami on call. Tapi saya jenis tidur awal sebab pagi saya bangun awal. Dia ok ja saya tidur lepas isyak. Dia selalu suruh saya rehat, jaga kesihatan.
Dan tak de satu pun ciri2 dia suami orang. Sebab setiap masa dia dengan saya. Tak miss walau sehari. Even hari cuti.
Saya tak tahu la macam mana dia spend time dengan keluarga. Macam mana dia buat saya tak tahu la.
Tapi dia tak de media sosial nak stalk apa2. Katanya dulu ada lepas tu dah tak de. Yang masih ada ig ja. Tapi dalam ig pun tak de apa sangat. Dia pun kurang kawan2 macam saya.
Oh ya, macam saya kata berkat doa dia kot. Saya dapat sekolah dekat dengan rumah. Dan sekolah tu dekat dengan tempat kerja dia.
Dia la paling happy bila tahu saya dapat dekat dengan tempat kerja dia.. Ibarat macam 10 minit ja.
Dia keja macam kat safe guard tu. Tapi ketua la. So selalu boleh keluar2.. Bila dah dekat dengan dia, dia selalu belikan makanan kat saya. Tingal dekat guard. Suruh saya makan.
Sebab kadang2 saya sibuk tak sempat makan. Tapi dia sangat care pasal diri saya. Selalu nasihat suruh jaga kesihatan.
Sumpah, hati saya dah terjatuh pada dia. Layanan dia sangat caring dan baik. Dia pun cakap, dia suka saya.. Nak kahwin dengan saya. Nak jaga saya.
Kata2 harapan dia tak sangka penuh dengan penipuan.
Family saya pun dia dah jumpa. Cuma sorang ja. Dia tak pernah bawak family dia. Saya tau mak dia dari gambar ja. Depan2 tak pernah jumpa. Dia kata dia dengan mak dia ja. Tapi mak dia selalu kat tempat lain. Jarang datang sini.
Mula2 dia datang nak kenal2 dengan family saya. Kadang2 nak jumpa saya, dia datang rumah terus. Makan kat sini. Kadang mak ayah pun ajak kemana2 dia ikut ja. Lama2 dia dah kerap datang rumah saya.
Saya suka hiking, dia akan sentiasa ikut jugak.. Kami beramai2 dengan family.. Dia dah macam menantu rumah tu walaupun belum ada ikatan sah.
Nak kata betapa rapatnya kami. Ibarat tunggu tarikh nak kahwin ja. Tapi masa cakap pasal kahwin, dia mintak masa sikit. Dia cakap dia tengah siapkan rumah.
Dan rumah tu kontraktor asyik lari ja. Dia setiap masa stress pasal tu.. Saya pun tak nak serabutkan dia.
Saya pernah pergi tengok rumah tu sekali dengan dia.. Lepas tu dengan family. Ada la ayah saya rekomen tukang, tapi dia cakap nanti dia kumpul duit.
Punya la kami percaya dia, sampai saya sanggup ja pinjamkan duit.. Tapi dia tak nak.. Ayah pun nak bagi, tapi dia tak nak.
Makin la kami sayang dia.
Sedar tak sedar 3 tahun jugak la kami berkawan. Setiap masa berhubung melalui text atau call.. Setiap hari dia akan datang rumah saya makan nasi kat sini.
Kadang2 saya tak de pun kat rumah. Tapi dia datang ja makan dengan mak abah atau abang saya.
Macam ni ke cara suami orang? Dia memang pandai ambik hati semua orang. Anak2 sedara saya semua dah mula rapat dengan dia. Dia kerap bawak budak2 ni ke kedai belikan itu ini.
Apa motif dia pun saya tak tahu la.. Kerap jugak dia bawak kami makan. Memang selalunya dia yang bayar.
Sampai la satu hari saya dapat call dari number tak kenal.. Saya memang tak jawab number tak kenal.
Beberapa kali orang tu call. Saya fikir scamer. Saya abaikan ja la.. Lepas tu dia wasap. Dia tanya ni nama saya ke.
Saya dah macam pelik siapa ni. Lepas tu fikir parents budak ke.. So saya balas la. Orang tu bagitau dia isteri lelaki tu.
Ya Allah, surprise apa pulak ni. Saya memang blur masa tu. Perempuan tu ajak jumpa.
Dia send gambar family diaorg. Ada anak dua orang ya. Gambar dekat zoo taiping masa tu.
Sumpah, saya betul2 kosong rasa. Saya terus blok dia. Sebab saya sangat blur. Saya fikir macam2. Fikir scamer ke, orang nak peras ugut ke. Fikir tak mungkin dia dah kahwin. Orang nak main2 ke. Macam2 saya fikir.
Saya tak tahu nak buat apa. Saya mengigil2. Masa tu saya kat sekolah buat kerja dengan kawan. Kawan perasan tanya kenapa. Saya tak mampu nak bercakap.
Saya call laki tu. Dia tak jawab.. Peliknya, untuk first time dia tak jawab.. Sedangkan pagi tadi elok ja dia call bagitau dia dah sampai.
Dekat kawan tu saya cerita semua.. Kawan tu cakap jom la jumpa perempuan tu. Mintak penjelasan. Ajak laki tu sekali.
Masa tu saya dah start menangis. Kawan pujuk2. Saya tak kuat sebenarnya. Saya jenis yang lembut. Bukan kuat sangat pun.
Saya perlukan masa bertenang. Lelaki tu ada call balik. Tapi entah kenapa saya pulak tak jawab. Saya tak tahu apa berlaku masa tu.
Perasaan saya betul2 kosong. Lelaki tu pun terus senyap. Cuma ada mesej tnya ok ke tak.. Tapi saya tak balas.
Tapi boleh rasa character laki tu pun dah berubah sekelip mata.. Macam tak nak contact saya dah. Mungkin dia baru dapat tahu kot isteri dia dah tahu kecurangan dia.
Apa yang berlaku pada dia masa tu saya pun tak tahu la kan. Saya dan diam terus senyap macam tu ja. Saya balik sekolah terus tidur. Saya jenis kalau ada masalah saya akan tidur. Tidur tak bangun2 dah. Bangun untuk solat ja.
Saya fikir nanti lelaki tu akan datang. Sebab dia ada text saya nanti dia datang rumah explain. Dia mintak masa.. Saya baca mesej tu hambar ja. Sebab betul la kan dia suami orang.
Oleh kerana saya blok isteri dia , agaknya menimbulkan kemarahan isteri dia kot. Dia datang serang saya kat sekolah.
Dia pergi pejabat cakap nak jmpa saya. Masa tu agaknya ada pk saya ja. Dia cerita semua benda kat pk. Pk saya perempuan.
Pk pangil saya datang ke pejabat. Tingalkan class macam tu ja.
Lepas tu bila jumpa saya, dia hamburkan kata2 kesat kat saya. Dia cakap nak lapor itu ini kata saya gangu rumahtangga dia.
Masa tu saya pun marah jugak. Saya kata sumpah saya tak tahu laki tu dah kahwin. Saya tak de niat nak gangu rumahtangga orang. Dia mengaku dia bujang ja.
Saya ni jenis pakai tudung labuh. Dia hina2 pulak pakaian saya. Dia kata penampilan macam usazah tapi buat kerja jijik.
Ya Allah kerja jijiik apa? Saya kawan dengan dia sebab ingat nak kahwin. Sumpah saya baru tahu.
Dia kata semalam dah tahu, kenapa masih call suami dia.. Saya kata mesti la.. Saya nak penjelasan dia.
Saya tanya kenapa puan tak bawak dia sekali. Sekurang2nya jumpa semua depan2. Dia kata untuk apa. Sah2 saya yang ganggu suami dia.
Dia kata suami dia dah bagitau saya kononnya dia dah kahwin. Tapi saya yang masih nak kawan.. Ya Allah, menipunya..
Mujur la masa tu pk saya supportive sangat. Mungkin baya2 mak kita. Dia pun ada jugaj bertegas dengan isteri orang tu.
Saya masa tu hanya menangis saja la. Tak mampu nak pertahankan apa2. Hanya dia dan pk saja bercakap. Sebab saya bukan jenis kasar atau pandai berlawan. Saya agak pendiam sebenarnya.
Tapi kemudian dia macam dah slow la. Dia kata lepas ni jangan gangu suami dia lagi. Perempuan tu kata suami dia baru beberapa tahun duduk sini. Sebab urusan kerja.
Ni dia dah buat persiapan nak balik negeri mereka. Rupanya bukan di sini.
Semua benda dia tipu saya. Rumah tengah bina pun bukan rumah dia.. Tapi rumah bos dia yang di serahkan untuk dia jaga.
Ya Allah, kenapa saya bodoh sangat. Satu family kami ditipu dia. Saya cakap kat isteri dia, tolong la.. Bagi saya jumpa dia sekali.
Saya betul2 nak tahu, kenapa dia mainkan hati saya macam ni.. Bukan sebulan dua..
Tiga tahun kot. Saya dah sayang dia gila2. Family saya dah percaya dia sangat2. Sampai family saya pun dia tipu.
Tapi perempuan tu tanya, awak ada tidur dengan dia ke. Ya Allah, kalau lah benda tu pernah berlaku , saya dah bunuh diri dah rasanya.
Mujur Allah pelihara dari hilang maruah dan duit sebab laki tu tak macam tu.. Sangat2 hormat saya. Sekali pun tak pernah melucah dengan saya.
Sebab tu saya tak faham apa motif dia kawan dengan saya.
Sebab tu la saya rasa sangat sakit. Sebab dia layan saya sangat baik. Saya tak boleh terima dia suami orang. Saya menghitung hari nak jadi yang sah untuk dia. Tiba2 di sambar halintar macam ni.
Tapi perempuan tu tak bagi saya jumpa suami dia. Katanya stop kat sini ja.
Pk suruh saya ambik cuti 2 hari sambung dengan cuti sabtu ahad prgi tenangkan diri.
Family dapat tahu. Abang saya mengamuk. Tapi laki bachul tu dah larikan diri dah.
Dah ikut isteri dia kot. Number fon pun dah tukar. Tapi rupanya dia dah lama berhenti kerja. Dah 3 bulan dah. Tapi depan saya masih pura2 kerja.
Tapi abang saya usaha cari dia. Sebab nampak saya la yang jahat kat sini.
Dia tu macam tak salah apa2. Mak dengan abah saya sampai terduduk terdiam. Tak sangka kot benda macam ni menimpa keluarga.
Saya memang dah anxiety terus masa tu. Sampai sekarang saya berulang alik ke klinik mentari.
Tapi dia, hidup bahagia tanpa apa2 masalah.. Elok ja hidup dengan anak bini dia berjalan sana sini. Sunguh bahagia..
Macam mana saya tahu? Sebab saya terjumpa fb isteri dia. Search nama isteri dia, terus keluar gambar family dia.
Nama pun nama dia dan belakang tu nama suami dia. Sweet couple kan.
Oh ya, lepas sebulan dua.. Dia ada datang jumpa saya lepas abang saya cari dia. Abang saya ada bantai dia cukup2. Tapi mak dengan abah halang.
Dia menangis depan mak abah mintak ampun. Dia cakap dengan saya, sumpah dia cintakan saya.. Nak kahwin dengan saya.
Cuma dia tak berani nak terus terang status dia sebab dia takut saya tak nak. Lagipun dia memang nak cerai dengan isteri dia. Dia tunggu masa tapi isteri terlebih dahulu dapat tahu.
Tapi isteri dia tak nak cerai.. Dia kata isteri dia ugut nak bunuh diri kalau bercerai.. Ugut nak bunuh anak. Jadi dia terpaksa hidup dengan isteri demi anak2.
Entah la.. Saya tak tahu nak percaya apa lagi.. Hati saya kosong sangat. Dia cuma minak maaf, mintak saya lupakan dia la. Dia kata dia jugak sengsara sekarang ni.
Saya diam.. Sepatah tak cakap. Dan terus masuk bilik. Saya tak nak tengok muka dia lagi.
Bukan sikit luka dia tingal kat hati saya. Dah 7 bulan kejadian tu berlaku. Tapi saya masih tak pulih dari trauma. Setiap masa saya menangis.
Tipu la kalau tak rindu dia. Saya sayang dia ikhlas. Tapi kenapa ini yang dia balas. Ya Allah sunguhnya tak adil langsung untuk saya.
Elok2 saya normal, sampai ke psychiatry dia dia tingalkan saya. Sumpah saya menyesal sangat kenal dia.
Lebih baik saya hidup sunyi tanpa pasangan, dari dapat pasangan yang akhirnya menderita selamanya.
Apa la salah dan dosa saya Allah kenalkan orang macam ni. Ya Allah, sunguh aku tak kuat sebenarnya.
– Amy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit