Dark Side Cafe Islamik

Assalamualaikum. Aku ada kat sini sebab nak share pengalaman aku keje kat cafe islamik. Imej di mata orang luar sangat indah, tapi realiti hanya kami staff yang hadap.

First thing first, Cafe yang aku kerja ni terkenal dengan menu- menu yang sedap. Tapi di sebalik kesedapan menu tu, ada insan- insan yang dikerah tenaga sampai tak sempat solat. Kami terpaksa berebut- rebut cari waktu solat.

Yang lelaki pulak sampai takde masa nak pergi solat jumaat. Kalau pergi, bos akan marah besar. Yang kelakar dekat socmed dia seperti pesbuk, dan wasap penuh dengan story2 islamik, penuh story menghargai staff.

Sejak aku kerja sini, taktahu berapa ramai dah staff yang keluar masuk, maksudnya masuk kerja, tak tahan berhenti.

Aku masih di sini sebab aku tak kena kacau sangat, paling2 aku kena sound dengan boss “dah pandai masak macam2 nanti jangan berhenti pulak, pergi bukak kedai sendiri, orang sekarang boleh percaya”

Tapi sebabkan aku memang nak kerja, aku ignore je.

Sekarang ni, staff bahagian dapur aku seorang je perempuan, yang lain lelaki. Dahla 90% warga bangladesh. Tapi sebab di balik tabir, customer takkan nampak.

Motif dia senang je, bila ambik warga luar ni, diorang takleh demand lebih. Diorang jarang mintak cuti so, boleh la kerah tenaga sepenuhnya.

Yang kitaorang tak tahan, setiap kali bergaduh dengan isteri, dia datang mengamuk kat cafe, habis segala benda nak campak. Segala kata cacian keluar dari mulut dia yang “Alim” tu.

Baru-baru ni dia suruh kami semua staff ambik suntikan thypoid. Biasanya, tempat lama aku kerja, company yang akan tanggung kos suntikan tu, tapi kali ini tidak yaa .

Dia suruh guna duit kami sendiri dengan alasan “nanti saya dah bayarkan, korang resign, pergi kerja tempat lain pakai suntikan thypoid yang saya bayarkan tu pulak”

Tak ke samdol perangai bos aku.

Kwsp memang takde ya. Kalau kat iklan cari staff kemain masukkan ada epf bagai, sebab tu ramai yang apply.

Lepas tu, bila staff tanya, keluar la ayat dia “berkira dengan bos lah, tak bersyukur dapat bos baik la, kaduk naik junjung la”, macam2 lagi, at the end, sorang demi sorang berhenti.

Aku tunggu masa je ni, betul aku cakap. Once aku dapat kerja lain, memang aku cabut. Aku takleh berhenti tiba-tiba, banyak mulut yang perlu aku suap. Korang doakan aku ya.

– Spagetti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Memang tidak suka yang berislamic. Jenis-jenis ni tunggang agama, menipu. Lumrah kehidupan, yang nampak baik sebenarnya teramat buruk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *