Assalammualaikum semua, nama saya Dahlea (bukan nama sebenar). Saya telah berkahwin dengan Rian (bukan nama sebenar) hampir 2 tahun.
Disini saya ingin bertanya kan pendapat kepada semua, adakah saya seorang isteri yang jahat? Sebab saya dianggap jahat oleh keluarga suami saya.
Saya dan suami bekerja satu tempat, bahagian construction tetapi berlainan department. Dia sebagai operator dan saya site supervisor.
Kami berkenalan di tempat kerja sehinggalah berkahwin, sudah 4 tahun usia perkenalan kami tapi baru setahun lima bulan menjalinkan hubungan sebagai suami isteri. Pada mulanya saya dan keluarga suami sangat lah rapat, sehingga kami bercuti dan selalu melakukan aktiviti bersama keluarga nya. Tapi semua berubah selepas 5 bulan selepas saya berkahwin.
Saya sebagai site supervisor, tetapi terpaksa menjadi seorang yang multitasking kerana urusan di office sehingga di site saya lah yang take over dari a to z.
Sehingga kalau perlukan saya untuk membuka jawatan kosong kepada orang awam, saya terpaksa war war kan iklan tersebut dan jikalau boss saya tidak mempunyai kesempatan untuk berjumpa dengan candidates untuk di interview, saya yang akan mengambil alih position boss untuk interview semua candidates.
Saya dan boss sangat rapat, banyak kerja boss atau berjumpa dengan client saya yang akan wakil kan bagi pihak boss, jadi banyak kepercayaan yang diberikan kepada saya. Alhamdulillah untuk rezeki ini.
Mungkin rezeki di tempat kerja selalu berpihak kepada saya, maka dengan itu, Allah swt datangkan ujian dari pihak keluarga suami. Sedih, rasa serba salah, rasa diri ni jahat dan perasaan bercampur baur bila fikirkan masalah bersama keluarga suami.
Sebelum berkahwin suami memang pernah bercerita yang keluarga suami ni sering bergaduh sesama mereka, ipar duai selalu bergaduh dan bermasam muka. Tapi, sebagai orang luar dan belum cukup mengenali mereka, saya abaikan dek kerana saya ingin membaca kehidupan mereka dengan sendiri tanpa dengar dari mulut mulut orang lain biar pun suami.
Sebelum itu, lupa untuk saya bercerita kan sedikit mengenai suami saya. Rian (bukan nama sebenar) adalah anak yatim piatu, ibunya meninggal semasa umur nya 3 tahun. Dan ayah nya meninggal semasa umur 8 tahun. Selepas bapa meninggal, Rian tinggal bersama ibu tirinya. Tetapi ibu tirinya ingin pulang ke kampung halaman iaitu di sabah.
Maka dengan itu, Rian dan adik beradik nya tinggal bersama bapa saudara nya sebelah ayah. Dek kerana kos kehidupan mereka tidak membaik dan cukup untuk menampung 3 beradik tersebut, bapa saudara Rian menghantar Rian ke pusat kebajikan anak-anak yatim di melaka. Hiduplah mereka disana sehingga Rian tingkatan 4.
Bermula lah episod Rian dan adik beradik nya di keluarkan dari pusat kebajikan itu dan dijaga oleh ibu saudara sebelah ibu Rian, yang saya gelarkan dia sebagai mak cik Mihun. Makcik Mihun menjaga Rian dan adik beradik nya sehingga Rian berkahwin dengan saya.
Selepas berkahwin berpindahlah Rian ke rumah saya. Atas ingin membalas jasa kerana telah menjaga dan merawat Rian dan adik beadik nya, saya pernah menyuruh Rian untuk membelikan sebentuk cincin emas untuk makcik Mihun atas penghargaan selama ini membesarkan mereka 3 beradik,
Dalam masa yang sama saya ingin mengambil hati nya walaupun hanya sekadar ibu saudara, tapi saya juga menganggapnya seorang ibu yang telah membesarkan Rian 3 beradik. Terima kasih makcik Mihun. Tapi, hubungan kami tidak selamanya baik dek kerana…
Boss saya ingin membuka jawatan kosong untuk krew tapak & driver. Salah seorang sepupu Rian yang diberi nama ijat juga ingin menghantar borang jawatan kosong tersebut. Saya juga diberitahu oleh makcik Mihun yang ijat pernah bekerja di tempat saya bekerja ini 6 ke 7 tahun lepas.
Tetapi ijat pernah buat perangai “Mogok” dan berhenti secara mengejut tanpa notis berhenti. Dek kerana ijat membuat onar seperti itu, boss telah menyekat gaji ijat akibat perlakuan itu. Ijat tidak berpuas hati dan membawa keluarganya termasuk makcik Mihun untuk menyerang boss dan beberapa orang ahli keluarga boss juga terkena tempias.
Sebelum tu, lupa untuk saya katakan, syarikat yang saya bekerja ini dalam lingkungan keluarga iaitu manager adalah bapa mertua boss, hr adalah isteri boss, pengurus projek adalah boss dan site supervisor adalah saya, tapi saya bukan dari keluarga mereka.
Setibanya tarikh untuk semua candidates, untuk di interview oleh boss sendiri, dek kerana jumlah candidates agak ramai. Boss ditemani oleh saya di dalam bilik meeting tersebut untuk sesi interview. Semua borang jawatan kosong telah pun boss “Belek” kalau orang johor “Belek” tu macam check satu per satu. Kot korang tak faham. Hehe.
Saya perasan, boss meletakkan borang ijat di bahagian bawah sekali, saya tak tanya sebab harini mood boss macam teging, selalu kalau boss sampai dari jauh soalan pertama yang diajukan ke saya “Any problem Dahlea?” “Everything okay on site and staff?” tapi harini sunyi dan sepi.
Saya memahami mood boss, hanya diam dan menjalankan tugas sebagai pembantu interview. Sorang demi sorang candidates telah di interview sehingga tinggal seorang iaitu ijat. Masuk sahaja ijat ke ruang interview itu, saya hanya pandang senyum sebab saya tak pernah bercakap dengan ijat, lagipun ijat adalah suami orang, tidak gemar untuk saya bercakap dengan nya.
Setelah ijat menghulurkan kepala untuk masuk ke ruangan interview tersebut, nada dan intonasi boss berubah agak keras, “Ha ijat duduk depan aku ni” I was like, omaigod kenapa layanannya terhadap ijat tak sama macam candidates lain ye? Adakah kes dulu masih bermain di dalam benak otak boss? Bercakap sendiri dalam diri ku.
“Sekarang kalau kau nak kerja untuk area sini tak ada kosong, kalau kau nak kerja aku bagi kau kerja dkt company satu lagi” (boss ada 3 company, jadi siapa yang bermasalah boss memang akan transfer pergi company lain, tapi mengikut kesalahan, kalau salah kecik boss hanya pejam mata)
“Boss, saya nak kerja area sini, sebab anak dan isteri saya ada dikawasan sini, susah kalau saya kerja di luar”
“Sekarang ada 2 pilihan, kau nak kerja, kau duduk company satu lagi, kalau kau tak nak kerja sana aku tak terima kau bekerja”
“Takpelah boss, saya balik fikir dulu, nanti saya contact Dahlea untuk keputusan”
“Aku bagi kau masa berfikir 3 hari, lepas 3 hari kalau masih tak ada jawapan, aku anggap kau tak berminat”
“Ok boss, terima kasih” dan ijat pun mengangkat punggung nya dari kerusi dan keluar dari bilik interview.
Maka tamat lah sesi interview nya. Boss memilih beberapa orang yang diterima untuk bekerja dan meminta saya untuk menghubungi beberapa orang candidates tersebut untuk masuk kerja pada awal bulan untuk bulan baru.
Selepas boss keluar dari office, baru sempat saya untuk memegang telepon bimbit dan makcik Mihun whatsapp saya “Cakap dengan boss ijat tak nak kerja sana, tadi boss nak keputusan kan” dan saya membalas “Okay baik makcik Mihun”
Selepas pulang dari office saya membuka status whatsapp dan nampak makcik Mihun telah mengupdate satu status berbunyi “Aku nak tengok jauh mana permainan kau”
Mula mula aku hanya baca sekali imbas, tiba tiba terdekat di hati yang “Dia cakap dekat aku ke?” “Mungkin orang lain kot” “What if kalau dia cakap aku” “Tapi untuk apa dia cakap dekat aku?” dan saya abaikan sebab saya tak tahu tujuan status whatsapp itu untuk siapa.
Hari demi hari berlalu, dan saya terserempak mak cik Mihun di bandar sewaktu membeli barang di sebuah pasaraya, makcik Mihun bersama isteri ijat, saya ingin menegur dan menyapa tapi tidak dilayan, saya seolah-olah malu sebab menegur tanpa balasan, seolah-olah mereka tidak mengenali saya.
Dalam hatiku “Asudah kenapa pula diaorang macam tu? , ntah ntah status whatsapp haritu ditulis untuk aku” bisik hatiku. Balik kerumah menunggu Rian pulang dan saya pun terus menceritakan kepada suami,
Setelah saya cerita, Rian terus menjawab “Makcik Mihun tak puas hati dengan sayang, diaorang kata sayang hasut boss supaya tak terima ijat untuk bekerja dekat tempat kita” dan saya juga berceritakan tentang status whatsapp makcik Mihun beberapa hari yang lepas,
Rian terkejut sebab Rian tak simpan no tel makcik Mihun dekat contact nya, ingat tak saya pernah cerita dekat atas yang keluarga Rian ni selalu dan sering bergaduh sesama mereka, oleh kerana itu, Rian tidak pernah menyimpan no tel mak cik Mihun dan mana mana ibu saudara, bapa saudara dan sepupu dia. Rian hanya menyimpan no tel abang nya dan adik nya sahaja.
Selepas perbincangan bersama Rian, Rian telah menyuruh saya untuk tidak lagi menghubungi mereka dan meminta saya untuk delete no tel makcik Mihun serta merta sebelum keadaan ini semakin teruk, Rian seperti sudah agak apa yang akan jadi pada masa akan datang.
Dengan senang hati saya mendelete no tel makcik Mihun sebab saya tak suka serabutkan kepala saya untuk hal hal yang remeh. Lagi satu, kenapa makcik Mihun nak bersangka buruk kepada saya, walhal dia sendiri yang mencerita kan apa yang di lakukan oleh ijat terhadap syarikat, boss dan keluarga boss. Sepatutnya mereka sedar kenapa tindakkan dari boss begitu.
Dan yang lagi pelik, macam mana mereka boleh berfikiran yang saya punca ijat tak dapat kerja, sedangkan saya baru bekerja di syarikat ini selama 4 tahun, dan ijat pernah bekerja dulu 6 ke 7 tahun sebelum, saya tak pernah mengenali ijat, bekerjasama dengan ijat pun tak pernah, bercakap pun tak pernah (walaupun ijat sepupu dengan Rian) dan saya tak pernah berniat atau terdetik untuk tidak membenarkan ijat bekerja di tempat saya bekerja sekarang.
Tidak terhenti disitu, mak cik Mihun memulakan “Drama” nya dengan menggunkan no tel yang saya tidak kenali dengan menghantar gambar ex Rian beserta text “Rian Shahira kiring salam kat mung”
Saya hanya baca dan menghantarkan screen shot tersebut ke suami, suami cuba menenangkan saya, tapi saya tidak pernah cemburu disebabkan ex Rian hanyalah seorang budak yang tidak tahu menahu, saua juga tidak jealous sebab sebelum berkahwin dengan Rian, Rian memang single lebih dari 2 tahun.
Jadi Shahira hanya lah kekasih lama Rian yang tidak perlu saya cemburukan. Makcik Mihun menggunakan tektik itu mungkin ingin menyuruh saya dan Rian bertengkar atau bergaduh, dalam erti kata jahat yang lain, ingin memporak perandakan majlis perkahwinan kami. Rian hanya suruh mendiam kan diri dan abaikan kiriman whatsapp tersebut. Licik bukan makcik Mihun ni.
Setelah beberapa hari dari kes itu, mungkin disebabkan saya tidak melayan “Drama” mereka dan tidak berpuas hati, makcik Mihun menghantar video ceramah dari tiktok yang bertajuk “Anatara ibu mertua & ibu saudara mana yang perlu dahulukan” dalam video tersebut mengatakan bahawa anak saudara (Rian) perlu mendahulukan ibu saudara dari mertua iaitu ibu saya. Walhal, ibu saya tidak pernah menyusahkan Rian langsung.
Jikalau ibu saya perlukan bantuan, tidak pernah dia berhubung dengan Rian semua nya memang dari saya. Ibu agak segan untuk meminta pertolongan dari orang lain, ibu lebih selesa meminta bantuan dari saya. Jadi kenapa mak cik Mihun ingin mengatakan seperti itu kepada Rian? Setelah membuka link yang di hantar oleh makcik Mihun kepada Rian tadi,
Rian membalas “Okay makcik Mihun, apa pula hukum ibu saudara ingin memecah belahkan perkahwinan anak sedara sendiri? Tak berdosa ke?” makcik Mihun terus membalas dengan menggunakan voice “Woi nate babi, tu bukan no tel aku, mu jangan nak tuduh tuduh aku nate babi”
Rian membalas “Makcik Mihun jangan nak menipu lah, siapa je lagi tahu pasal Shahira kalau bukan makcik Mihun sorang” makcik Mihun membalas “Mu kalau tak de bukti jangan tuduh, tu buke no tel aku, tu no tel ludin (bapa saudara Rian yang adik beradik dengan makcik Mihun dan ibu Rian)”
Rian membalas “Haa molek lah korang berdua dah korang berdua memang jahat nak meruntuhkan rumah tangga orang kan?” makcik Mihun membalas lagi “Lebihkan lah bini mung tu, bini mu tu jahat” Rian membalas “Macam gini lah makcik Mihun, apa pa hal umah tangga Rian jangan masuk campur. Sebab Rian tak pernah ambik tahu masalah korang.
Rian masih hormat dekat makcik Mihun dan suami sebab ada jasa yang perlu Rian kenang, tapi kalau korang cuba melaga kan perkahwinan Rian, siapa boleh diam? Korang main main lah dengan doa anak yatim piatu”
Makcik Mihun membalas “Anak yatim tak berguna!” “Tak kenang budi!” “Tak kenang jasa orang” Rian membalas “Dah banyak aku kenangkan budi korang sampai selama ni aku diam dan suruh Dahlea diam, masih tak cukup? Korang yang buat onar, orang tak layan, makin menjadi jadi”.
Sampai situ jela aku ingat conversation Rian bersama makcik Mihun. Sebenarnya panjang lagi penuh dengan cacian dan makian dari makcik Mihun terhadap Rian, saya kesian kan Rian oleh kerana saya dia bergaduh dengan keluarga nya, tapi semua tuduhan kepada saya juga tak betul. Kenapa perlu menuduh saya untuk benda yang saya tak buat.
Dah settlekan hal pertama buat status whatsapp, kedua berjumpa di pasaraya tapi tidak dilayan, ketiga whatsapp saya menggunakan no yang tidak dikenali dan keempat dan bukan juga yang terakhir atau berakhir drama mereka, iaitu menghantar video ceramah kepada Rian. Sekarang saya nak cerita kan yang ke lima iaitu mental abuse dari keluarga konoha Rian opss melalui media sosial.
Disetiap hari akan ada satu atau dua atau tiga acc facebook dari keluarga Rian yang add saya difacebook, tapi Rian tidak benarkan saya untuk “Confirm” request mereka.
Since dari sebelum saya berkahwin, Rian pernah menghalang tegas untuk ber “Friends” dengan keluarga nya, hanya membenarkan untuk berkawan dengan abang dan adik Rian sahaja di media sosial, selain dari tu no way! Tegas Rian dulu.
Sekarang saya faham dan mengerti halangan Rian tersebut. Okay sambung semula pasal “Request” dari akaun facebook keluarga konoha tu. Mereka update macam macam di status facebook mengenai saya. Marah? Kecewa? Emosi? Pasti ! Tapi saya fikir hanya satu, selagi suami saya menyebelahi saya, hidup saya akan baik baik sahaja.
Tapi dalam masa yang sama perasaan bercampur baur, tapi saya abaikan, untuk menjaga mental health saya. Rian menyuruh saya untuk block kesemua acc facebook tersebut. Done block all the keluarga konoha tu.
Ohh sebelum block, saya ada lah buat status di facebook dan buka kan untuk public tengok, semestinya untuk keluarga konoha tersebut dengan ayat “Buah yang busuk akan jatuh dengan sendirinya” dan yeahhh isteri kepada ijat membaca status tersebut dan semakin ramai keluarga Rian yang sent a request untuk jadi friends di facebook saya.
Ibu ibu saudara Rian semua nya hantarkan request kepada saya, nak kata provo saya tak, cuma saya tak pasti apa motif semua add saya. Mungkin menggunakan konsep “Sek kito jange pecoh?” entah lah. Tapi dah lah saya malas nak layan sangat, sebab saya penat kerja, nak layan keluarga konoha ni tak kuasa aku. Dah lah busuk opsss.
Maaf saya pun manusia biasa kadang nak hina nak keji tapi tak sampai hati sebab memang busuk betul, opss terhina lagi. Hmm maaf semua.
Buat masa sekarang ni dulu lah saya cerita, ada lagi banyak part, tapi korang tak bosan ke baca cerita saya? Perlu ke saya sambung hingga part yang Rian mengamuk dekat rumah makcik Mihun sampaikan makcik Mihun membuat report polis dan Rian di panggil untuk siasatan.
Tapi part tu macam tak best sangatlah sebab diaorang menang sebab salahnya Rian yang menyerang rumah mereka walaupun mereka dah mental abuse saya tapi dari sisi undang undang tetaplah lah salah ye semua. Jangan ikut kami tau, kami hanya lah insan biasa yang telah lama bersabar, tapi tindakkan kami agak bodoh. Kami tak bijak masatu.
Jadi sampai sini sahaja lah dulu cerita saya. Terima kasih korang yang membaca. Korang doakan saya ye berjodoh dengan Rian sampai syurga allah swt.
Semoga Allah swt panjangkan umur suami saya, murahkan rezeki suami saya sebab dia selalu dahulukan saya, dia suami yang sangat baik tak pernah berkira dengan saya,
Rian selalu cakap yang dia tak pernah dapat kasih sayang dari ibu bapa dia dan dia lupa macam mana dia dikasihi, jadi dia nak menumpang kasih sayang dan jalinkan hubungan silaturahim yang baik dan harmoni dalam keluarga saya, sebab keluarga dia pun huru hara seperti dalam cerita diatas. Jadi korang doakan kami ye.
Terima kasih semua assalammualaikum dari Dahlea isteri serba salah.
– DAHLEA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Panjang sangat…malas nak baca
Org jenis yg suka pecah belah kan keluarga,memang tak kan pernah nak hidup tenang.. selagi hidup memang selalu akan cari salah org.!. bagus suami sis abaikan saudara yang jahat dan berhati busuk tu… Yg penting suami sis selalu ada dengan sis. Insyallah pasti yg baik² aje utk sis suami isteri.