Bukan Pakar Kaunseling

Hai, aku Ellena. Aku lahir bulan September dan berbintang Virgo, tahun ayam. Girl, 25 tahun. Belum kahwin lagi rezeki takde. Noh, agak lengkap pulak intro aku bagi. Kalau aunty uncle ada anak bujang sorang, bolehlah suruh kenal-kenal dengan aku ni. Haha. Ok hambar.

Aku nak cerita pasal stranger. Orang yang kita tak kenal. Orang asing ye, bukan mahkluk asing. Kalau makhluk asing aku dah takde kat dunia ni lagi dah. Aku dah jadi permanent resident kat planet lain kot. Haha. Oklah hambar lagi.

Aku just straight to the pointlah. Nanti makin panjang aku taip makin banyak aku merapu.

Sejak dulu kan aku perasan satu benda. Setiap kali aku jumpa orang yang aku tak kenal, lepas tu kami berdua berkenalan. Aku nama ni, kau nama tu. Aku asal sini, kau asal situ. Aku perasan stranger selalu open nak share their secret dengan aku.

Pernah tak korang dengar kadang-kadang kan lebih selesa bertukar cerita dengan orang yang kita tak kenal, sebab stranger takkan judge cerita kita. Tak macam orang yang kita kenal. Pernah kan?

Tapi aku tak pernahlah jugak share story dengan stranger. Aku biasa pendam sendiri. Huhu. Lepas tu stress sensorang. Adan uke.

Kalau aku bukak aplikasi Messenger Facebook tu, setiap hari ada je mesej masuk. Kadang-kadang kan aku baru je approve friend request dorang, lepas tu mesej masuk. Dorang share masalah dengan aku. Minta pendapat.

Aku pun heranlah jugak sebab rasanya tak pernah pulak aku post dekat wall FB aku yang aku ni ada sediakan servis kaunseling ke apa. Tapi kebanyakan mesej yang masuk banyak bercerita tentang masalah rumahtangga. Dorang minta aku bagi pendapat, atau solusi.

Haduh, aku manalah ada pengalaman. Aku tak kahwin lagi. Tapi. Ada tapi. Aku ada seorang kakak. Tapi kakak aku tu dah takde.

Kakak selalu share masalah dengan aku. Even masalah dia tersalah sukatan garam dalam masakan pun dia mengadu kat aku. Manja betul. Kakak siapalah tu. Pampers anak dibeli tersalah saiz, dia cari aku jugak. Mengadu potpetpotpet.

Tapi hanya ada satu benda yang kakak aku tak pernah cerita. Kakak tak pernah mengadu pasal laki dia yang serupa biawak komodo zaman perang Jepun tu. Kakak tak pernah cerita pasal lebam-lebam seluruh badan dia laki tu pukul.

Tahu-tahu je suatu hari kakak tewas berperang dengan mental sendiri. Kau ni kenapa eh kak? Benda lain bukan main kau mengadu, kau cerita kat aku.

Kadang-kadang kalau kau tengok filem Tamil lepas tu kau sedih tengok ending dia tak happy, panjang berjela kau merepek membebel mengadu kat aku. Tapi pasal laki kau, sikit pun kau tak bercerita.

Mana taknya kami sekeluarga ingat hidup kakak bahagia takde masalah. Tahu-tahu je suatu hari dapat call dari hospital, kakak tewas sebab telan macam-macam pil banyak-banyak. Sampai je kat hospital kakak dah tak bernyawa. Sampai sekarang aku sakit hati tau tak kak.

Nasib baik jantan tu tak bawak anak-anak buah aku. Dia tinggal kat rumah mak bapak aku and terus blah macam tu je lepas siap urusan pengebumian kakak. Biarlah. Sekurang-kurangnya ada kenangan yang kakak tinggalkan untuk kami.

Sebab tu kalau ada orang minta pendapat aku pasal konflik rumahtangga ni, aku selalu cakap macam ni.

Selagi si suami tak naik tangan, si suami masih jalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik, si suami tak main benda terlarang, si suami masih cukupkan nafkah zahir dan batin, si suami masih mahu bekerja, aku nasihatkan bertahanlah.

Kalau masalah miskin ni susah sikit aku nak bagi pendapat sebab penerima individu tak sama. Tapi kalau suami kaki pukul, kaki perempuan, culas menjalankan tanggungjawab, ambik benda terlarang, pemalas, aku nasihatkan si isteri untuk angkat kaki.

Kau nak harapkan apa kat suami macam tu sis? Jangan sampai jadi macam kakak aku. Think positive sangat perangai laki iya akan berubah jadi baik, itulah jadinya. Mental tak kuat, tak pasal-pasal tukar alam.

Bukan tu je. Yang aku baru jumpa pun macam mudah sangat terbuka hati nak bercerita dengan aku tentang masalah mereka. Contoh, asalnya aku nak pergi tandas.

Lepas tu terserempak pulak dengan orang lain masa dalam tandas atau otw nak masuk tandas. Aku ada satu habit kalau tengok muka orang tu sedih, tak bersemangat, aku akan tanya “Are you okay?”. Lepas tu stranger tu akan peluk aku, menangis, and tell me their story. Macam tulah.

Keluarga aku suka panggil aku pakar kaunseling. Kalau tengok muka aku keruh semacam lepas balik jalan-jalan dari sesuatu tempat, mereka dah tahu aku baru lepas menenangkan stranger. Mana tak keruh muka, otak aku ulang tayang cerita mereka tak henti-henti.

Bukan aku tak suka tapi entahlah nak kata aku ni jenis overthinker, taklah juga. Tapi aku suka fikirkan satu perkara sampai banyak kesimpulan aku buat sendiri dalam otak aku.

Ahli keluarga aku yang lain pun sama jugak. Asal ada masalah je, cari aku. Sebab mereka tahu aku bukan jenis bukak mulut pasal mereka kat orang lain. Cerita situ habis situ. Cerita sini habis sini. Biar pecah di perut jangan pecah di mulut. Itu prinsip aku.

Satu lagi. Haiwan pun suka sangat mengendeng kat aku. Jumpa kucing, jumpa anjing, dorang boleh mengendeng macam aku ni mak dorang. Lupa nak cakap aku non muslim sebab tu aku boleh sentuh anjing, sorry.

Anjing kucing yang terkenal garang pun kalau jumpa aku memang meleleh jadinya. Ada satu masa dulu time aku kecik lagi, kat sekolah aku ada anjing betina tengah bunting. Puas pihak sekolah halau tapi anjing tu berdegil jugak taknak keluar tinggalkan kawasan sekolah.

Anjing tu garang tau. Sesiapa lalu dekat ia memang ia kejar nak gigit. Lepas tu kalau takde apa-apa anjing tu akan naik satu bukit kecik belakang blok pentadbiran sekolah. Kat situlah anjing tu lahirkan anak-anak anjing tu.

Suatu hari aku terdengar pihak sekolah nak suruh orang tempatan tembak anjing tu sebab anjing tu membahayakan keselamatan warga sekolah. Aku tak sampai hati so aku tawarkan diri berdiplomasi dengan anjing. Hambik kau nyah, berdiplomasi bagai. Hahahaha!

Semua orang larang aku dekat dengan anjing tapi tulah aku dengan anjing tu sama-sama degil. Aku cakap dengan anjing tu, “Kau kena bawak anak-anak kau pergi dari sini. Kalau tak dorang tembak kau. Sini aku tolong pindahkan anak-anak kau. Kau jangan risau aku tak berniat jahat.”

Kau semua tahu tak anjing tu buat apa? Anjing tu jilat tangan aku sambil goyangkan ekornya. Jadi manjalah pulak. Aku pun angkut anak-anak anjing tu, dan anjing tu ikut dari belakang. Pendek cerita anjing tu aku bela sekali dengan anak-anak dia. Ye, aku bawak anjing tu balik kuarters.

Mak bapak aku jadi guru kat sekolah tu. Lepas bapak pencen, anjing tu ikut kami pindah ke rumah yang bapak dan mak buat. Sekarang dah generasi ke enam dah anjing tu aku bela. Dari seekor anjing yang liar dan ganas, menjadi seekor anjing yang manja, jinak dan nakal.

Sekarang dah tua dah anjing tu, gigi banyak takde. Mak aku kasi makan bubur daging je sekarang ni.

Banyak jasa anjing ni tau. Termasuk selamatkan mak aku daripada serangan perompak yang nak rompak rumah kami. Perompak sempat hayun parang terkena kat belakang anjing tu. Meraung aku suruh mak bapak aku bawak anjing tu pergi vet. Nasiblah dapat diselamatkan.

Selain tu kerja tangkap ular yang sesat masuk rumah tu semua serah aje kat anjing ni. Memang keselamatan kami sekeluarga terjaga betul.

Setakat ni ajelah cerita aku. Apa pendapat kau semua eh?

– Ellena (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *