Terpaling Berguna

Di luah mati mak, ditelan mati bapak.

Begini kisahnya, aku ada seorang kawan. Biar aku nama kan ‘S’

Secara luarannya S seorang yang gila-gila sentiasa memeriahkan suasana, jarang sekali dia merungut atau bermasam muka dengan rakan sekerja.

Apa2 masalah dapat diatasi dengan professional dan sikapnya dengan tenang seolah2 tiada apa yang berlaku.

Sejak kebelakangan ini, aku nampak S kerap termenung, puas ku pujuk baru lah dia ceriakan.

Tersepit dengan perkahwinan dan sikap ahli keluarga mertua nya yang NPD.

Beliau cukup kesian dengan bakal ahli keluarga yang bakal melangkah masuk ke dalam keluarga mertuanya.

Cukup dinamakan W, seorang wanita lewat 30an. Seorang yang bekerjaya tinggi dalam bidang professional sedangkan pasangannya seorang penjenayah dan pesakit mental.

Dia cukup risau sekiranya tiada kejujuran dari pihak lelaki mengenai kehidupan lampau nya. Yelah, penagih dan pesakit mental ni bila-bila masa boleh relapse. Lagi-lagi sebab penyalahgunaan dadah.

Mengenang nasib yang bakal W lalui, S serba Salah. Berdoa W akan melalui hari mendatang dengan Indah dan tanpa masalah.

Dalam masa yang sama dia rasa serba salah dan kasihan terhadap W serta keluarganya. Tak silap, W merupakan anak bongsu perempuan keluarga.

S bukan nak masuk campur, dia sedar dia orang luar. Tapi S Sangat takut nasib yang bakal dilalui sekiranya penyakit lama adiknya berulang kembali.

Jadi apa S perlu lakukan?

– Mr Bean (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *