Mak Ayah Yang Tidak Dirindukan

Aku kerap nampak orang luahkan perasaan betapa rindunya mereka pada mak dan ayah masing – masing. Betapa sayangnya perasaan mereka. Lagi lagi jika yang sudah tiada.

Tapi aku tidak.

Ayah aku meninggal berbelas tahun yang lalu. Ketika aku sekolah. Mak aku masih ada sehingga kini.

Aku tak rindukan ayah aku. Sepanjang ayah aku hidup, ayah aku kerap melakukan perkara tak senonoh terhadap aku. Sexual assault, tapi belum tahap merogol.

Sejujurnya, makin aku tua. Makin aku benci dengan arwah bapa aku. Kadang kala aku rindu kewujudan seorang bapa. Tapi semestinya bukan ayah aku.

Orang selalu cakap, ayah adalah orang yang akan sentiasa berkorban untuk anak perempuannya. Haha. Tergelak kecil. Kelakar sungguh.

Aku tak dapat merasai mahupun memahami. Yang ada hanya benci. Tapi tak pernah dapat luahkan pada sesiapa, termasuk mak aku.

Mak aku masih hidup. Tetapi terlampau obses dengan adik beradik sulungku. Setiap kali berjumpa, memang nama adik beradik sulungku yang akan disebut sebut.

Konflik untuk diceritakan juga terlampau kusut, tak ada daya untuk aku huraikan.

Akhirnya aku bawa diri. Jumpa hanya sesekali. Untuk menjaga diri dan hati.

Terfikir juga. Adakah aku akan rindu mak aku jika dia tiada. Sejujurnya. Aku tidak rasa akan merindukannya.

Sama seperti ayah aku. Mungkin mak aku juga akan tidak dirindukan.

Rezeki aku, dapat mertua yang juga tidak sebulu denganku. Terlampau sayangkan suamiku, sehingga semua kesalahan akan diletakkan ke bahuku.

Isteri yang hasut

Isteri yang larang

Isteri yang suruh buat benda jahat

Sedangkan. Suami ku juga ada perasaan trauma terhadap maknya. Dikongkong terlampau dahsyat, diikat ketat ketat. Difitnah sehingga puas.

Cuma sakit suamiku tak diluahkan. Dari dulu sebelum sah bersama aku, dia asyik katakan nak larikan diri darinya. Namun, akhirnya aku juga yang dituduh menghasutnya.

Mak nya juga, mak yang tidak dirindukan

Orang yang ada rezeki memiliki mak ayah yang baik akan berkata dengan mudah. Walau apa pun, mereka tetap mak ayahmu. Jangan sombong.

Tapi aku faham. Mereka tak pernah rasa apa yang kami rasa. Berkata kata itu mudah. Tapi tak mudah pada orang yang sudah disahkan ada dipresi. Semoga kamu semua kekal dengan bahagia itu ya.

Wahai mak ayah.

Tidakkah kalian sedih. Menjadi mak ayah yang tidak dirindukan?

Tidakkah kalian malu. Anakmu datang berjumpa dengannmu bukan kerana rindu, tetapi hanya menghormati masa akhirmu.

Bukan kerana sayang. Tapi hanya kerana perasaan tanggungjawab, rasa sayang sudah hilang.

– Anak dewasa yang kecewa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Terima kasih bantu sy luahkan apa yg terpendam dlm hati sy..
    Sy juga di posisi yg hampir sama dgn penulis ..
    Maaf..jujur sy katakan sy benci kedua ibu bapa sy..
    Masa sy remaja, ayah sy pernah buat sesuatu kat sy..nasib baik sy sempat menjerit..
    Klu sy cerita kat mak, mak takkan percaya..dia yg pernah dipukul diceraikan pun patah balik kat ayah hanya kerana ayah sy tu berduit..
    Sy dihalau keluar dari rumah,dipanggil anak derhaka, jgn jejak kaki kat rumah dia,mereka tak mengakui sy anak lagi..siap bagitau nama sy dah dikeluarkan dari wasiat dia..
    Takpe..demi Allah sy terima ketentuan takdir ini..sy bawa diri pergi jauh dari mereka.hati sy sgt terluka dgn kata² hinaan mereka 😭🥹
    Yg ada parents dari syurga tu, beruntunglah korang ..tapi jgn la judge kami yg tak rasa kasih sayang dari parents kami ni penghuni neraka..kami dah sedaya upaya buat yg terbaik tp klu kejahatan juga yg mereka nampak, apa yg kami mampu lakukan lagi.. terpaksa la kami terima dgn hati terluka 😔

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *