Salam sejahtera.
Saya A, dah berkahwin. Baru setahun.
Saya bekerja sebagai penjawat awam dan buat kerja sambilan.
Suami bekerja dalam sektor swasta.
Pendapatan saya lebih besar 5 kali ganda berbanding suami.
Perkara inilah yang membuatkan saya selalu rimas.
Kenapa rimas?
1) Suami akan tanya setiap sen duit saya yang keluar. Sangat terperinci ya persoalannya. Dia ingat setiap amaun yang saya sebut.
2) Suami akan buat kira-kira terperinci untuk perbelanjaan saya.
3) Suami akan tanya dengan terperinci berapa duit saya bagi kepada ibu bapa dan adik saya.
4) Sebelum nak beli apa-apa barang hatta barang kecil sekalipun, dia mesti nak tahu. Kalau tak, akan jadi gaduh. Saya sangat rimas dengan hal remeh begini.
5) Setiap kali ke rumah saudara maranya atau saya, dia akan suruh bagi duit kepada anak-anak buah yang kecil-kecil.
Saya ingat nak bagi RM10 macam tu tapi akhirnya dia persoalkan kenapa bagi begitu sedikit. Saya jadi tak ikhlas. Apabila nampak muka saya berubah, suami akan cakap, “Kau tu gaji besar, janganlah kedekut sangat.”
6) Saya dah lama nak beli kereta tapi suami belum bagi sebab katanya konon nak kurangkan dulu hutang sedangkan saya tahu kemampuan kewangan saya.
Saya akui kesilapan saya tak beli kereta sebelum berkahwin. Sepatutnya saya ada harta sendiri sebelum berkahwin.
7) Setiap kali gaji, mesti bagitau suami. Gaji freelance, mesti bagitau amaun yang diperoleh dgn tepat. Saya sangat rimas.
Banyak lagi perkara lain melibatkan duit saya yang membuat saya rimas.
Sebelum berkahwin, saya independent. Setelah berkahwin, suami sangat memantau aliran duit saya. Dia selalu cakap, “Susah kalau takde duit kecemasan, kereta rosak dan macam-macam lagi.”
Sambungnya lagi, “Aku ni tak pandai simpan duit, harap kau je la.” Saya tak suka dengar ayat ini.
Dia memantau kewangan saya dan berharap saya menjadi tabung kecemasannya sedangkan ini tanggungjawab bersama.
Saya harap saya bertahan dengan cara suami. Perkara sebegini kerap membuat hubungan kami tegang.
Semoga nanti suami dah rimas nak tanya hal-hal kewangan saya. Sekian…
– A (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
dah kenapa tanggungjawab sis pulak nak jadi breadwinner keluarga? kereta benda basic kot kena ada, lain la sis nak beli merc ke ferrari ke wajarlah dia campur tangan. kalau saya jadi dah lama saya sembur si suami, kalau insecure tengok bini gaji tinggi, dia kena upgrade la diri dia, work 10x harder. ni dah terbalik patutnya isteri yg suka kawal2 aliran duit suami ni. tapi nak buat mcm mana, baru setahun jagung perkahwinan kan, banyak lagi nak kena belajar pasal each other kot. sis boleh dah kot slowtalk elok2 dgn husband sebelum benda ni jadi barah and lead to divorce.
akhir kata, islam sendiri tekankan pasal sekufu ni. so saya rasa sis dgn husband mmg tak sekufu dari awal but im sure youre well aware of his financial status before you even married him. so, what you can do now is just slowtalk dgn each other jgn marah2, you explain ur side, and dgr jugak what he explains on his pov. semoga yg baik2 utk ur marriage.
Orang lelaki memang suka cari perempuan yang gajinya besar. Mudah dia nak menarah. Elok la angkat kaki sebelum TT pregnant. Pergi pejabat agama kerjanya nak suruh berbaik je. Bukannya pejabat agama jaga mental you TT.
Setuju dgn u. Ex suami kaki segala maksiat pun..dah berbelas tahun bertahan pun…bila sampai ms kita nak cerai..suami xnak..boleh pulak hakim kata masih ada jalan perdamaian….kepala hangguk dia.
Tt tak sekufu dgn suami. Gaji TT hak TT. Suami x perlu ambil tahu. Bincang dengan baik sebelum parah.
Dah kenapa sibuk gaji orang, kalau saya, sikit pun sy tak bagitahu, suami saya tak pernah tahu gaji saya berapa apa semua. Tengok la bila dah tahu sibuk nak kawal suruh bagi anak buah la apa, sibuknya la. Beli je kereta sis, dia takut duit sis jadi sikit la tu,payah dia nak paw. Beli kereta and jangan nak jadi baik sangat. Jujur je bagitahu tak suka dia sibuk gaji awak. harta isteri adalah harta isteri selagi kita taat. Baik settle benda ni cepat gaduh pun gaduh la sebab baru lagi, takkan nak tunggu 10 tahun baru nak gaduh
itu namanya biawak hidup tak sedar diri. sanggup ke nak bela lama-lama?
Sebelum kawin dah tau ke income hubby tu camana, sikapnya camana? Awal² dah tak happy ni. Selagi boleh dibetulkan, ajak bincang elok². Tak boleh, selesai baik².
Cara dua ‘address’ awk pon “kau”, mcm x hormat langsung kat isteri, dah la sruh isteri blanja n ‘mnyimpan’ bgi pihak dia lagi.. to be ‘fair’, ln kli, klaw dia nk kawal perbelanjaan awk, awk mintak plak ‘perbelanjaan’ dia, walau pon gaji dia x bnyak, agak2 dia rimas x..? Mcm la org nk tengok hp kita, w/pon xde apa2 nk rahsiakn, tp kita ‘rimas’ kan.. itu baru setahun kawen, bole imagine x klaw dah 10 thn nt.. or sis rse boleh tahan ke selama tu.. (sorry), tp klaw rse2 x bule thn, better buat sesuatu.., x bole semata2 mengharapkn sstu yg “miracle” akn berlaku antara u all.., so sama ada dia yg tetiba berubah (which is quite impossible), atau pon sis yg kna buat sesuatu, at least bgitau yg mmg sis ‘rimas’ dgn cara dia.. better ‘berterus-terang’ skrg, dpd mnyimpan ‘dendam’ dan akhirnya akn ‘meletop’ mcm gunung berapi, sis pikirla sendiri.. wslm
larikkk dik sebelum terlambat. lariiiiiii
Ko ni mak bapak da bg belajar pandai keje beso, gajo beso kenapa nk jd bodo kat laki ko? Ko takde hak ke ngan income ko? Cuba jerkah dia sekali kuat2 ckp tu duit ko bukan duit dia. Buat garang sket. Tak puas hati ajak dia gi pej agama. Ko nk beli ferrari pon itu duit ko bukan duit dia. Kalau ko tggu laki mcm ni tanpa bertindak 5th lagi ko wat confession letih semua nk kena tanggung
Gaji laki awak tu dia perabih kot mana? Sis pernah ambik tau tak? Cerita tak habis sini. Kalau gaji dia perabih cukup kan nafkah awak.. Bayar sewa Bil itu ini.. mkn minum.. boleh terima la. Cuma remind dia tak payah nak paksa2 nk ‘menderma’ kt anak2 buah tu la. Dah la demand tak nak bg sikit. Nak demand pakai duit dia la.
At the same time suami tu kena la jgk figure/usaha nak tambah income. Dia sendiri ckp dia sendiri susah nak saving kan?? Bukannya kena berharap pakai income bini untuk backup sampai ke tua. Ni korang belum ada anak. Kau tunggu sakit kepala ada anak nnt. Fee taska saja dah riban.
Kau pun sis. Come on guna otak geliga tu sikit. Kau income ribu riban buat senyap je lah. Dapat bonus buat senyap jgk. Naik gaji pun buat senyap jgk. Ke kau shopping tak ketahuan jgk. Tu yg laki bising. Hat ni sekali sekali boleh la buat.. duit sendiri kan. Kau bnyk kan portion saving kau tu. Aku smpai convert beli gold bar 1g. Kumpul la tiap2 bulan. Puas hati. Dah jd emas susah nak pakai sbb kena cair dulu. Elok jgk boleh jd investment. Lepastu kau ambik jgk lah hibah. Tapi kau yg byr. Ni protection untuk kau jgk kalau laki tu pergi dulu. Tak kan benda2 mcm ni dia nk pertikaikan.
Part nak beli kereta tu.. kau beli je lah. Bukan pakai duit dia pun. Yg nak pakai tu kau. Yg nak byr duit minyak servis roadtax semua tu kau jgk. Sound dia jgn pakai kereta tu kalau dia nak bunyi2 sgt. Bagitau ni keperluan kau nk pergi balik kerja. Tgok lepas dah beli dia boleh tahan ke tak guna kereta bini. Aku gerenti dia akan guna jgk 🤣🤣spesis mcm ni sembang kuat~~ tgok perangai paksa2 derma ni, 🤭🤭 incase kalau dia pun lenjan pakai jgk.. Haa smbung la gadoh balik untuk tong2 maintenance kereta tu🤣🤣 and ofkos kau la tanggung jgk sbb gaji laki ciput kalau smpai kesudah gaji dia takat tu..
Last sekali, LEARN TO SAY NO
Bahaya laki camni nak control duit bini dah kenapa over pulak tu
1. Ubah panggilan kepada yang lebih mesra. Macam ‘abang, sayang’. Semoga boleh perkuatkan hubungan kasih sayang.
2. Gunakan duit puan untuk selesaikan hutang2 puan yang ada. Mcm PTPTN atau personal loan. Cakap dgn suami, puan tak nak ada hutang, jadi dia tahu duit puan habis untuk bayar hutang.
3. Tabung haji. Beritahu suami, puan nak daftar haji dan mula kumpul untuk haji. Daftarkan sekali suami, tapi simpan duit dalam tabung haji puan bukan tabung haji suami. Yang suami punya asalkan cukup untuk daftar haji je.
3. Beritahu suami yang puan nak ambil setahun cuti tanpa gaji tahun depan. Boleh beri alasan sebab nk fokus nk dapatkan anak, stress dengan bos kat tempat kerja, nak sambung belajar, nak cuba jd suri rumah, dan macam2 lg alasan yg logik. Sama ada puan betul2 ambil cuti tanpa gaji tu terpulang pada puan. Cuma sementara ni boleh lah tengok reaksi suami tu macam mana.
4. Jadi wanita bijak. Tukar duit puan kepada barang kemas. Dan pakai barang kemas tu. Bagi alasan harga emas sentiasa naik. Emas boleh ditukar kepada duit bila kita sesak nanti.
5. Hadkan perbelanjaan bulanan. Pulangkan tugas membayar bil kepada suami.
Harap dapat membantu.