Kay. 45. Male. Married for 20 years. 4 kids. Working with private sector. Breadwinner
Isteri saya ni sebelum kawin jenis seksi. Lepas graduate isteri bekerja dalam sektor perbankan. Pergi kerja pakai skirt pendek. Seksi tetapi tak sosial.
Balik kerja terus balik rumah sebab bapa isteri garang. Tidak benarkan keluar rumah waktu malam.
Selepas berkahwin, isteri saya mula memakai hijab. Isteri letak jawatan kerana mengikut saya bertugas ke luar negara. Kini kami telah pulang ke Malaysia.
Isteri saya jaga rumah tip top. Rumah bersih. Saya dan anak-anak akan bawa bekal ke pejabat/sekolah. Makan pakai kami terjaga. Makanan yang dimasak isteri seperti chef hotel 5 bintang.
Anak-anak cemerlang. Kami tidak hantar ke kelas tuition kerana isteri saya graduate kelas pertama BBA dan merupakan bekas pelajar cemerlang sekolah berasrama penuh. Isteri yang jadi tutor anak-anak.
Anak sulung baru terbang ke US dengan biasiswa JPA. Anak kedua bakal mengikut jejak langkah kakaknya. Anak ketiga berada di MRSM Bitara.
Ketiga-tiga anak merupakan tokoh pelajar cemerlang sekolah rendah. Malah ketiga mereka pernah merangkul johan perbahasan, debat bahasa inggeris dan public speaking peringkat negeri dan kebangsaan.
Ini kerana isteri saya merupakan bekas pendebat terbaik ketika di sekolah/IPT. Jadi banyak bakat isteri ditimba oleh anak-anak.
Ketiga-tiga anak dididik dengan displin. Kecuali yang bongsu. Disinilah titik tolak masalah. Yang bongsu ini berpisah tidur agak lewat dari isteri. Masuk umur 7 tahun.
Malah sehingga kini kadang-kadang isteri lebih suka tidur dengan anak bongsu. Alasannya tak boleh tidur tanpa bau anak.
Isteri saya ni jika tidur menjadi kebiasaan memakai baju yang tidak proper. Suka juga tidur tanpa memakai seurat benang.
3 anak yang di atas tiada masalah sebab berpisah tempat tidur seawal 2 tahun. Jadi isteri bebas memakai pakaian yang dia selesa di dalam bilik kami.
Cuma masalah dengan anak bongsu ini. Kurang displin kerana mungkin isteri kehilangan momentum mendidik. Atau mungkin tidak dapat menerima kenyataan anak lain telah besar dan dia tidak sibuk macam dulu mengurus anak.
Pakaian isteri di depan anak bongsu juga tidak begitu sopan. Alasan dia sebab itukan anak. Sedangkan dia tidak berbuat demikian ketika ada anak yang lain.
Fizikal isteri saya ni masih cantik walaupun telah melepasi umur 40 tahun. Hanya dengan solekan nipis dan pemakaian sederhana tetapi personaliti isteri ada “spark”. Yang buat semua orang suka.
Jadi kadang kala ada kawan kawan lelaki mengusik saya beritahu isteri saya masih cantik macam dulu. Masih seksi pada mata lelaki walaupun telah berhijab.
Malah pernah terserempak dengan kawan pejabat lelaki isteri yang lama lost contact. Selamba dia mengatakan isteri saya dulu rambutnya panjang paras bawah bahu dan selalu menjadi perhatian lelaki.
Isteri saya low maintenance. Pencuci muka murah. Alat soleknya murah. Pakaiannya sederhana. Tidak gilakan handbag. Sentiasa berasa cukup. Atau mungkin keperluan yang saya beri memang cukup.
Tidak meminta nafkah bulanan tetapi memang simpanan isteri ada lebih ratusan ribu yang saya berikan untuknya. Disamping kereta yang baik dan rumah yang selesa. Jadi sama win win situation.
Yang jadi masalah isteri saya masih selesa seksi. Walaupun berhijab bahasa tubuhnya seksi. Saya kurang gemar isteri agak seksi dihadapan anak bongsu.
Dan kurang gemar ada antara rakan saya sendiri yang menjadikan isteri saya simbol keseksian walaupun memakai pakaian longgar dan berhijab.
– Kay (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sempurna nya hidup,,Jauh beza dengan majoriti netizen kat luar ni. Syukur Alhamdulilah.
tegurlah bini tu.. anak tu laki ke perempuan? anak dgn ibu tetap kena ada batas walaupun sesama jantina.. tegur bilhikmah
Macam mimpi pun ade ni.. rekaan semata².. hahahaha
Bukan semua benda org nak reka. Realitinya ada je yg hidup mcm ni. Just not in ur circle. U tak pernah jumpa bukan bermakna takde ye 😐😐. Mmg ada pompuan mcm ni. Luar rumah tutup aurat pakai longgar. Kat rumah suka pakai seksi. Bukan semua suka pakai tshirt kain batik. Salah seorangnya adalah saya. Bila di rumah yg ada suami shj..pakaian mmg minimal.
Tiada yg ‘sempurna’ melainkan Allah SWT.. bila rasa ada ‘kekurangan’, itulah ke’tidaksempurnaan’nya.. seksi utk suami xpe lagi, tp bla org lain pon ‘perasan’ akn perkara itu, (tambah pulak boleh ‘komen’ secara trbuka), ini tandanya ramai yg dah ‘tertarik’.. mujurlah dia x cepat berhenti kerja dan juga menutup aurat.. dgn ank sendiri juga perlu jaga aurat dan kesopanan, demi maruah seorang ibu.. esp. klaw ank tu berlainan jantina.. dah bnyak kita dengar ‘hubungan terlarang’ d kalangan ahli keluarga, krn nafsu kdg2 tidak mengenal itu semua.. klaw ada masa lapang, bwa or bgi isteri tu dengar ceramah2 agama yg memberi pengajaran & manfaat, hidup kita ni pon semakin ‘tua’.. umor 40-an mngkinla masih ‘tegang’, x lma dah umur akn mningkat ke 50 dan 60 thn.. mse tu cucu pon mngkin dah ada, kulit pon dan ‘kendur’, ada ke hati nk pkai seksi2 lg, untuk apa, utk cucu ‘tengok’ plak ke.. bawak2la ‘insaf’ dgn kehendak alamiah.. maaf, tp sya mengingatkn diri sya jugak.. lbh baik contohi keluarga Nabi : Siti Khadijah, Siti Aisyah, Siti Fatimah dan lain2 wAnita spt Siti Asiah (isteri Firaun yg beriman), waliyullah Rabi’atul Adawiyah, Sumayyah dan bnyak lg yg boleh dijadikan contoh tauladan.. wallahu a’lam bissawab..