Tahun depan umur aku dah 30, jadi tahun ni aku cuba cari jodoh dekat Facebook Dating..
Nama aku Sarah, (bukan nama sebenar). Nak dijadikan cerita aku ada kenal seorang lelaki dalam Facebook Dating, aku namakan dia T. T ni asal Selangor, kerja Wireman PW4 katanya dekat area Petaling Jaya.
First aku kenal dia bulan Julai hari tu, dah rasa selesa dekat Facebook, dia minta nombor, jadi aku bagi sebab aku tengok muka dia nampak jenis baik dan dia pun tak ada nak mesej aku yang pelik-pelik..
Jadi, kami pun start laa mesej dekat whatsapp, tapi dah hari kedua mesej ckap nak panggil aku sayang. Ehhh,, baru je kenal kot.. so aku pun mcam palau laa…
Lepas dua bulan, dia chat aku balik, masa tu aku dah tak ingat dah rupa dia macam mana, so aku aku minta gambar.. Dia bagi.. dan aku pun ada hantar gambar aku, sebb dia minta nak tengok (mungkin dia pun tak ingat aku ni yang mana,, hahaha)
Aku tanya dia kenapa chatkan? dia cakap saja.. tak boleh ke? pastu aku tanya lah kenapa menghilang? Pastu dia cakap sebab aku palau dia dulu.. haha.. lepas tu aku cakaplah aku tak selesa sebab kenal 2 hari nak panggil sayang. Hotak diee..
Lepas tu chat macam biasa lah kan, tanya itu tanya ini.. lepas dah lama tu mula cakap aku nampak aku cantik comel, pastu aku cakap aku ni jenis gemuk sikit.. sebab memang aku jenis besar.. aku tinggi 165, pastu berat dalam 90 lebih macam tu, so besarlah.. Dia boleh pulak cakap, tak apa bestkan peluk.
Aku pun macam dah start rasa macam annoying dan aku cakap dekat dia yang aku tak suka dia mesej aku macam tu, nampak tak senonoh.
Aku tak tahu lah kan ini memang standard gaya orang lelaki mesej ke? Sebab aku memang jarang mesej dengan lelaki sangat.. Kalau mesej pun dengan rakan sekerja je. Yang lain tak..
Dekat apps Facebook pun aku mesej gitu2 je sebab aku akan start palau bila lelaki dah start cakap bukan2 dan kearah kegatalan.
Aku dah nak start palau dia balik, tapi dia minta maaf.. So aku pun macam okey lah kan, cuba kenal lagi.. Aku tanya dia awak nak kenal saya ni kenapa? Lepas tu dia cakap kahwin.
Lepas tu dia cakap yang aku lama senyap dan tak balas chat dia dan aku je yang ada dalam contact dia??? Boleh percaya ke? Hahaha.. Lelaki.
Fast forward dah dua minggu kenal so aku decidelah nak jumpa sebab aku nak tengok orangnya macam mana sebab katanya introvert tapi cara mesejnya macam tak introvert..
Sehari sebelum tarikh jumpa tu, aku bagitau yang aku tak jadi nak jumpa dia sebab tiba-tiba sepupu aku tak jadi teman. Tak kan aku nak pergi jumpa sorang? Segan aku, tempat yang aku nak pergi jumpa dia dalam 40 minit macam tu laah dari rumah aku..
Lepas tu dia macam merajuk laa duk perli-perli aku cakap tak nak jumpa dia sorang semua. Lepas tu aku macam malas nak layan, pulak tu dia mesej lambat-lambat padahal hari Ahad..
Aku pun tuduh dia macam-macam cakap yang dia tengah try kenal perempuan lain, mungkin dia sakit hari kot dengan aku, lepas tu diaa hantar mesej-mesej kerja dekat telegram. Dia cakap dia busy semua..
Kerja wireman memang busy ke? Sebab aku tak tahu.. tapi kalau mesej dengan dia, memang dia lambat balas dalam 30 minit macam tu, tapi dia still balas laa.. Sebelum-sebelum ni pun dia akan cakap awal-awal dekat aku yang dia busy, dia akan balas tapi lambat..
Tiba-tiba aku rasa bersalah tuduh-tuduh dia macam tu, lepas tu entah apa merasuk fikiran aku, aku pergi drive sorang-sorang nak pergi jumpa dia tanpa bagitau dia… Dah nak sampai tu baru aku bagitau yang aku nak jumpa…
Dia cakap aku game dia, aku cakaplah aku tunggu dia dekat Mall yang kita janji sebelum ni.. Lepas tu dia minta jumpa dekat lain sebab parking kena bayar dalam Mall.. Parkingnya RM3 je pun.. So aku macam cakap tak payah lah jumpakan, aku nak balik.
Dia marah aku cakap aku game dia laa apalah, dia cakap dia sampai berpeluh2 bersiap nak jumpa aku, datang hadap jem semua, dahlah kerja dia banyak… kalau tak dia tak keluar dan siapkan kerja dia..
Aku cakap je macam tu, tapi aku tak balik pun aku ada je tunggu dia, lepas tu aku pun minta dia jumpa dekat tasik area situ, sebab dia tak nak bayar parking kan. Dekat lake tu pun kita gaduh, sebabnya masa tu dah maghrib dan hari dah gelap.
Aku segan nak turun dari kereta sebab area tu ramai lelaki tengah main bola tampar. Dia pun tak ada datang dekat aku sebab dia ckap dia pemalu semua.. Jadi aku macam sakit hati aku pun nak balik..
Dia cakap lah dia teman je aku balik dan dia kat sebelah tapi aku tak nampak, lahh.. memang aku tak nampak laa sebab aku tak tahu pun dia naik apa, pakai kereta apa, dia je yang tau aku pakai kereta aku..
Sampai aku u-turn sebab aku nak pergi beli roti, aku lapar sebab tak makan apa pun lagi. Pastu dia kelam kabut lah balik sebab nak solat maghrib, kan waktunya kejap je..
Aku pun cakap kat dia aku tak balik lagi sebab beli roti, aku cakap aku nak jumpa jugak sebab aku dah datang dari jauh.
So, lepas isyak tu dia datang balik dan kami akhirnya jumpa jugak dekat satu kedai TomYam. Sampai tu aku boleh perasan laaa tangan dia terketar-ketar., lepas tu senyum-senyum malu, muka nampak baik.. Dua2 tak bercakap, main phone je..
Aku pun malu dan dia pun tak ada nak cakap apa so aku senyap jelah.. Dan makan dia belanja, aku nak QR balik apa yang aku makan sebab aku tak naklah dia bising2, sebab parking RM3 pun dia bising-bising nak kena bayar.
Dia lepas tu ada chat aku cakap yang dia minta maaf sebab tak tahu nak sembang apa dan dia jenis pemalu introvert semua,.. halah, masa call boleh je borak.. pastu dia cakap aku cantik je macam dalam gambar lepas tu duk call-call aku.
Dahlah aku tengah drive kan.. Memang tak angkat lahh, aku guna kereta biasa je, tak dak bluetooth bagai.. Lepas tu dia cakap yang tu aku ni tak suka dia sebab dia hitam semua.. Lahhh…. pastu cakap tu first & last dia dating dengan perempuan..
Aku pun macam, lahhh.. aku tengah drive, dahlah masa tu malam.. bahaya main phone sambil drive..
Persoalan dia kat sini, aku tak berapa pandai sangat pasal lelaki ni, dia cakap dia introvert, pemalu semua, tapi bila duk chat, call semua macam okey je.. ada ke lelaki macam ni?
Kawan sekerja aku cakap, lepas dah tengok muka laki ni.. Jenis lelaki kaki perempuan acah suci… Maksudnya dia kaki perempuan dalam socmed, tapi kat luar tak.. Aku tak tahu laa kan…
Tapi sekarang aku dah tak chat sebab aku cakap aku lepas kahwin tak nak kerja nak jadi suri rumah sebab dia nak cari isteri yang kerja jugak, katanya sekarang kalau seorang je kerja tak mampu nak tanggung semua..
Lepas tu aku cakaplah kalau cari yang kerja bukan aku laa jawabnya sebab aku saja nak test (padahal aku ni jenis yang kerja sebab aku jenis yang suka kerja, orang lain cuti sem, aku kerja, habis belajar pun aku terus kerja). Lepas tu perkenalan kami terputus macam tu je…..
Sekian cerita aku.. Aku just nak cerita pengalamn aku… Bekenalan dengan lelaki online.. Maaf dah buang masa anda semua.. Sila komen adakah aku redflag.. Sebab aku rasa macam orang laki susah nak lekat dengan aku…
– Sarah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
playboy tu, run sis run…
dah la kedekut, gatal, suka desak, suka merajuk. tak payah buang masa dengan lelaki tu
Dia nak cari hamba abdi penyedap untuk bela biawak seperti dia.
3 ringgek pon bising kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah
Awal kenalan lagi dia banyak alasan buat susah!
Jantan hitam kepam tak guna sebegitu selayaknya di biarkan mereput tak laku selamanya
Jangan risau perempuan baik untuk lelaki yang baik.
Ajal maut jodoh dah tertulis.
Pi mampos jantan misekinn nak cari bini tapi 3 ringgek pon bising. Sampah!