Derhakakah Aku?

Salam warga pembaca IIUM Confession, berminggu aku berbolak balik untuk membuat luahan ini.

Aku si bongsu yang sedang merajuk dengan mak aku, bermula kejadian bulan lepas apabila mak aku minta duit belanja daripada aku untuk buat belanja sarapan pagi.

Tapi cara mak aku mahukan duit tu dalam keadaan tergesa gesa, kemudian aku call adik beradik aku untuk check bila kali terakhir mak aku dapat duit belanja. Rupanya hari yang sama salah seorang abang aku telah beri RM100 untuk beliau belanja.

Mak aku tinggal dirumah yang disewa oleh anak sulung, dan ditemani oleh cucu cucu. Mak aku punya duit belanja akan diberi oleh kami selang beberapa hari, yang paling banyak memberi adalah anak sulung dalam 200 atau 300 selang beberapa hari.

Duit belanja tu tak termasuk untuk beli barang barang rumah ya, itu akan dibeli asing oleh kami. Kami dibesarkan dalam keadaan orang susah dulu, Alhamdulillah sekarang rezeki kami cukup dengan perniagaan yang arwah ayah tinggalkan.

Okay balik kepada cerita awal mak aku minta duit belanja daripada aku, aku mula syak mak aku ulang balik perangai nya melayan scammer di media sosial.

Jadi hari itu aku merancang dengan adik beradik untuk curi telefon mak aku untuk di spot check (telefon itu juga pemberian kami).

Dan ya memang tepat jangkaan kami mak aku melayan scammer di TT, pada hari yang sama beliau baru lepas bankin duit untuk scammer tersebut. Dan merancang untuk bankin lebih mengikut kehendak mereka.

Aku jugak turut terjumpa mesej mak aku dengan kawannya, dia turut meminjam duit dari kawannya. Padahal duit belanja yang kami bagi selama ni sepatutnya lebih dari cukup,

Ini jugak membuatkan imej kami sebagai anak nampak buruk ibarat tak pernah bagi mak kami duit sampai kena meminjam. Sedihnya rasa, komen komen mak aku dimedia sosial tersebut jugak buat aku terasa hati.

Beliau seolah olah bersungguh sungguh mahukan duit berpuluh ribu yang ditayang didalam video. Untuk apa? Turut komen beria untuk menang pakej umrah, tahu tak sebenarnya kami adik beradik mampu untuk menghantar beliau menunaikan umrah.

Cuma kami mahu beliau mula menunaikan solat siapkan diri dan fokus akhirat dihujung usia. Umur mak aku sudah hampir 70 tahun tapi benda yang buat aku bersedih dan merajuk mak aku masih gilakan dunia, tak mahu solat tak mahu ke masjid yang cuma sekangkang kera dari rumah.

Tapi untuk hal yang tak berfaedah mak aku boleh tunggang motor lebih jauh jarak dari ke masjid.

Bila ditegur beliau cuma diam membisu tak ada kerjasama. Demi Allah aku sedih, aku pernah persoal kenapa mak aku tak macam mak orang lain yang selalu ingatkan anak anak untuk solat?

Ini membuatkan rasa rinduku untuk arwah ayah lebih kuat, ada nya beliau ada orang untuk suruh anak menantu menunaikan solat.

Beberapa tahun lepas aku pernah terdengar yang mak aku ada hasrat untuk mengaji di pondok, bagi aku itu berita baik.

Bila aku suarakan secara serius untuk hantar beliau ke pondok, beliau tak beri jawapan balas malah ubah topik tanya tentang hal perniagaan. Hati aku sakit dan sedih kenapa belum habis fikirkan duniawi?

Sudahlah, wang ringgit anak anak boleh usahakan kenapa masih risau. Aku teringin mak aku macam orang tua tua lain suka berjemaah dimasjid, bau wangi berbedak.

Sampai satu tahap aku berfikir untuk tegas dan hantar mak aku terus kepondok pengajian tanpa minta persetujuan beliau.

Tapi adik beradik aku kurang setuju sebab seeloknya beliau pergi atas kehendak sendiri. Aku rasa aku dah malas berdoa untuk beliau, ada hari aku rasa kalau beliau pergi dulu pun aku dah tak kisah. Derhaka kah aku?

Aku sekarang sedang sarat mengandung anak kedua, selalunya orang cakap bila nak bersalin kena minta maaf kepada ibu sendiri.

Tapi entah lah, kalini aku tak rasa nak berbaik sebab aku kecewa aku sedih. Andai aku meninggal ketika melahirkan aku sudah tak peduli.

Derhaka kah aku?

Terima kasih pembaca,

Luahan anak bongsu.

– Si bongsu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Cuba ‘masukkn’ diri anda dlm ‘kasut’ mak anda, agak2 mcmne yg dia rasa.. mngkin jugak dia sunyi, atau pon ‘bosan’, dlm mse yg sama tiada lg pasangan yg bole memberi nasihat atau paling tidak mendengar ceritanya.. mngkin sbb tu dia hanya ‘melayan’ hp yg mmg kdg2 kandungan nya sgt tidak berfaedah, malah kdg2 semakin ‘mengarut’.. sbg ank bongsu, semestinya anda yg paling hampir dan ‘manja’ dgn ibu.. tp nmpak gaya si ‘bongsu’ pon dah x ‘berkenan’ dgn sikap ibunya, apatah lg yg lain2 kan..? Kita selalu dengar ungkapan : “berlemah lembutlah dgn ibubapa, walau pon mereka itu ‘penjenayah’ atau ‘kafir’ sekali pon.. klaw ingin mnegur atau pon memberi ‘nasihat’, pastikan hatinya tidak terguris, umpama ‘menarik rambut dlm tepung’, teopung x berserak, dan rambut pon kluar dgn licin, tanpa melekat debu tepung..” ..begitulah umpama nya, dan bayangkn bila ank awak besar nt, dia pon mngkin akan berperasaan dan melakukan sama atau lebih ‘teruk’ dari apa yg anda buat kpd ibu anda.. generasi skrg slalu berfikir mngikut aqal shj.. tapi klaw generasi yg terdidik dgn teras agama yg kuat, pasti mengutamakan apa yg Allah dan Rasul-Nya ungkapkn dlm qur’an dan hadis Rasulullah.. hormat baginda kpd ‘ibu susuan’ baginda : Hslimatun Sa’diah, sehingga baginda menghamparkn ‘selindang’ (kain serban) baginda utk diduduki oleh ibu susuan baginda.. betapa lemah lembutnya Rasulullah terhadap org tua.. mngkin sedari kecil baginda x sempat bermanja lama dgn ibunya, Siti Aminah, sebab itu baginda menghormati org2 tua, walau pon kafir, berbangsa Yahudi dsb.., klaw dgn ibu sendiri, apatah lg.. bgi awk yg sedang sarat mngandung, mohon lah ibu tu doakn agar awak selamat melahirkan, dpt snk yg sempurna sifat dan sihat.. kuasa Allah mngatasi segalanya, dan jika Dia menghendaki sesuatu, maka jadilah ia dgn semerta.., kita mngkin x tahu hikmah di sebalik semua perkara, ingatlah bhw ibu kmu tetap ibu yg pernah melahirkan kamu, maka santunilah dgn baik, walau apa shj ‘jenayah’ yg xkena di mata & hati kmu.., jgn putus dari mendoakn dia, krn suatu hari nt, kmu juga berharap agar ank2 kmu mendoakn yg baik2 utk kmu, mahukah kmu, jika ank2 berkata bhw mereka lbh suka atau x kisah kmu ‘mati’, krn itu adalah satu ‘kelegaan’ bgi ank2 yg dah kmu besarkan dgn titik peluh, darah & airmata seorang ibu.. fikir2kanlah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *