Lahir, Hidup, Mati Yang Sia-Sia

Maaflah kalau bahasa aku kasar. Dari awal aku cakap. Aku nak luah semua yang terbuku dalam minda dan jiwa yang menggila aku ni.

Aku lahir kan. Adik beradik berderet dah atas aku. Maka apa guna aku hidup. Tak dapat kasih sayang pun. Makan minum tidur main. Begitulah aku membesar.

Mak ayah aku bagi orang. Aku ni menyusahkan sangat agaknya. Kenapa tak buang dekat tong sampah je senang. Sama je apa aku rasa.

Orang yang ambil aku ni pulak. Bukan bagi aku kasih sayang pun. Aku macam haiwan peliharaan je. Macam kucing tu. Asal ada. Buat teman. Buat syarat ada anak.

Aku buat apa semua salah semua tak kena. Apa diorang nak daripada aku sebenarnya. Aku bukan sempurna. Aku bukan robot. Aku bukan yang kau impikan atau harapkan.

Orang mengata tu biasa. Panas telinga. Bengkak hati. Kutuk keluarga sendiri. Cakap belakang. Aku faham. Aku macam semut yang terkorban bila gajah bergaduh. Aku diam. Aku pendam. Aku hadam. Aku mana mampu buat apa.

Gila. Bodoh. Hodoh. Lembap. Tu semua aku. Hidup yang tiada guna. Tak beri manfaat apa pun. Hanya sia-sia bukan?

Lepastu mati. Amal pun takde. Masa yang terbuang. Cukuplah catitan ini menjadi saksi bahawa tiada apa pun aku kat dunia ni. Tiada lebih baik.

Kerana aku hanya menyeksa diri aku. Suami aku. Anak2 aku. Jika aku terus hidup dalam kebencian terhadap semua benda dan semua orang.

Ya aku benci diri sendiri. Baik aku mati. Mungkin dah tertulis aku ahli neraka pun.

– Bubur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Subhanallah.. La ilaha ilallah Muhamadarasulullah.. jangan berputus asa dgn Allah.. Dia memciptakan manusia dari sebaik2 kejadian.. kalau pon semua org tidak menghendaki kamu, Allah tetap ada, dan Dia lbh dekat dgn kamu dari urat leher kamu sendiri.. Allah ‘sayang’ kamu, sbb tu kamu dpat ujian yg besar2.. sbb Dia nk dengar kamu ‘mengadu’ kepada-Nya.. bersyukur lah, yg kmu punya suami, punya anak2.., ada org lain yg hanya hidup sebatang kara, dan paling malang, ada org yg sejak dilahirkan, tidak pernah mendapat hidayah Islam pon.. bersyukur lah, kmu masih punya nyawa dan kudrat utk meneruskan hidup sbg hamba-Nya.. alhamdulillah.. Ya Allah, berilah hidayah dan taufiq kpd diriku, dan semua yg Engkau sayangi.. aamiin3 Ya Rabbal ‘alamiin.. 🤲🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *