Berdosakah Jika Berdoa Mati Syahid Ketika Melahirkan

Assalamualaikum semua yang sudi baca luahan saya, dan sudi memberi pendapat.

Semasa saya menulis confession ini, saya sedang meniti hari untuk melahirkan anak ketiga dan dalam kesedihan. Saya tiada tempat untuk meluah melainkan pada Allah s.w.t. Tapi saya juga perlukan kata-kata semangat dan sokongan.

Saya seorang ibu yang bekerjaya, ada PhD dan bekerja sebagai pensyarah di luar negara. Ada dua anak masih kecil, 8 tahun dan 2 tahun, dan ada baby yang sedang menunggu untuk dilahirkan. Saya seorang pensyarah yang amat disayangi oleh student2 degree.

Kedatangan saya ke luar negara dan peluang mengajar di university ini amatlah dihargai oleh anak2 murid dan mereka mengatakan “You are from heaven and you are life saver”.

Sungguh saya sebenarnye seorang yang penenang je orangnya, tak banyak bercakap dan bersosial, tapi soal kerja saya ambik berat dan bersungguh-sungguh. Sehinggakan Dean dan HOD kagum dengan cara kerja saya. Alhamdulillah Syukur, jika kita dapat kerja dalam bidang yang kita suka.

Walaupun begitu, I have too much too handle… luaran orang akan nampak semuanya indah2. Tapi dalam hati siapa tahu kan. Walaupun di sini disayangi anak2 murid, tapi saya sebenarnya anak terbiar or terbuang.

Keluarga sendiri, ibu bapa sendiri di tanah air tak pernah ambik tahu, ambik berat, malah ketika saya pulang semasa musim summer, keluarga acah tak acah melayan walaupun setahun dah tak balik, dan duduk jauh. Sebabnya, ibu bapa saya memandang harta, dan ahli keluarga yang lain turut sama.

Mereka hanya mengagung-agungkan orang yang mereka sayang (favorotism), dan mengetepikan yang lain. Walaupun saya duduk di luar negara, sebenarnya saya masih miskin tegar dimata diorang dan memang saya masih tak mampu nak tanggung mereka.

Mungkin sebab itulah parents saya pandang sebelah mata saja. Mungkin orang kata benda ni perasaan saya je, tapi benda ni (favoritism) dah berlaku sejak saja belajar lagi.

Parents jenis tak ambik kisah, biarkan saja saya terkontang-konting dari zaman belajar (pegi mana bergaul dengan siapa tak pernah ambik peduli), malah jika saya berkongsi masalah pun, respon nye mcm takde pape je.

Tapi jika melibatkan anak kesayangan nya tu, kemain laju runsing. Tapi takpalah, saya dah terima hakikat ni dah lama dah, cumanya sekali sekala, amek la tahu keadaan saya. Masa saya balik Malaysia, saya sangat rindukan mereka. Tapi atas alasan sakit mengandung, saya hanya dapat melawat skali mereka, dan duduk di rumah sendiri.

Saya berharap mereka datang melawat saya yang sedang sakit, tapi harapan tinggal harapan, sampai saya pulang ke luar negara pun tak tengok saya langsung. Takpela ya Allah saya redha, saya bukan anak pilihan….

Itu satu hal…

Hal lain.. saya sekarang utamakan keluarga kecik saya. Dua orang anak yang kecik ni sangat2 manja dan rapat dengan saya. Terutama yang kedua, pantang saya bersiap nak pegi keje, dia akan bersiap dulu nak ikut.. macam mana lah kalau saya takda..

Tapi saya dalam keadaan tertekan, sebabnya saya seorang yang bekerja, husband pula house husband sejak berhijrah ke luar negara. Sebab tulah kewangan sangat sempit. Duduk luar negara, taraf hidup sangat tinggi, gaji pula kalau seorang kerja memang tak cukup.

Kenapa saya stay oversea kalau macam ni? Sebab nya tak dapat kerja di Malaysia lah. Niat kerja di oversea boleh settle hutang, tapi rupanya bertambah hutang. Bila ada mana2 peluang saya terus grab. Alhamdulillah kerja saya flexible dan seronok, tapi masalahnye husband pula tak bekerja.

Pada awal tahun pertama, alasannye die jaga anak kedua yang masih kecik. Dan dia amat2 membantu time tu. Lepas anak kedua dh besar, saya dah ingatkan die keep applying job here. And he did so. Lama-lama, bila takde pun respon die jadi give up dan terus tak apply sampailah sekarang.

Banyak kali saya ingatkan die, mengamuk pun banyak kali. Cuma respon dia, “ok2, nanti apply la balik.” Pastu takde pun. Husband saya seorang yang quiet person, menurut, tak tegas dan jenis takde effort. Tu yang buat saya stress.

Cuba lah cari effort cari work-from home job ke, delivery ke, belajar skills baru kat youtube ke, masak & delivery (since die pndai masak), or buat pape yang boleh menjana income. Ni langsung takde effort.

Bila dan terlalu selesa, die just kerap main hp, laying on couch, hisap vape and rileks2. Kerja yang dia buat di rumah just masak for us. Itu yang buat saya makin tertekan.

Kalau awak nak jadi househusband sementara ni, jadi lah betul2. Uruskan rumah, uruskan homework anak, keep house clean. Sebab saya jugak yang uruskan semua while I’m working, and pregnant. Bila saya balik dari kerja tengahari, tengok anak kedua saya masih tak mandi, tak makan. Pastu dia pun baru bangun baru siap2 nak masak.

Anak yang balik sekolah dah lapar. Saya penat. Saya balik saya jugak kena mandikan uruskan anak2, petang tengok homework anak2 lagi, bersih rumah, vacuum (saya pulak sejenis takleh kotor rumah), dan hampir sume benda saya kena uruskan. Bukan tak pernah cakap or mengamuk, banyak kali dah. Tapi die macam tak ambik port tekanan saya ni…

Tu belum die pakai duit saya senyap2 beli liquid vape. Saya tahu semua tapi saya diam kan je. Cuma senyap2 saya buang liquid tu dalam sink. Saya dah educate die jangan vape sebab nanti kalau awak vape depan anak2, diorang boleh brain impairment, jadi slow. Tapi saya tau die vape jugak kalau saya tak nampak.

Nampak macam masalah saya ni tak seberapa kan, mungkin Allah nak uji kesabaran saya. Tapi saya rasa saya hampir gila setiap hari bila dalam kepenatan. Dan hari2 fikir sampai bila saya nak bela dia ni. Banyak kali dah terlintas nak minta fasakh sebab dia gagal tunaikan nafkah.

Even dulu die bekerja tak pernah sesen pun die bagi. Kalau dua-dua kerja, dua-dua kena share komitmen. Tapi since now saya seorang bekerja, saya lah yang byar semua komitmen termasuk rumah die (yang bukan atas nama saya pun). So sampai sekarang saya sangatlah fed up.

Even you work, or you don’t work, you never release my burden, or make my life better. Mungkin bagi dia, saya ni berpelajaran tinggi, kerjaya tinggi, so anything tanggung jela sendiri. Tak tahu ke die dosa tak beri nafkah? Kalau nafkah kelaut, macam mana Allah nak lapangkan rezeki awak?

Pernah dulu masa di Malaysia & die kerja, dia rasa sempit, pastu die banyak kali minta maaf kat mak dia kalau ade salah. Tapi tak pernah pun die fikir nafkah2 wife ni ade tak pernah die beri? Baju pernah beli tak? Pakaian dalam pernah beli tak? Anak2 punya pakaian pernah beli tak? Never happened.

Sebenarnye perkara ni dah lama berlarutan. Sebelum terpregnant anak ketiga, saya dah warning dia. Kalau saya terpregnant lagi, memang we are finished. Tapi macam mana we avoid pun, dah rancang abis2, Allah tetap bagi rezeki baby lagi. Saya berdosa sebab saya mengeluh dengan rezeki ni.

Bukan tak bersyukur, tapi saya tak tahu sampai bila saya akan waras.. sebab saya penat. Dia akan guna alasan jaga anak ketiga, dan tak perlu kerja. Macam mana saya nak tanggung semua ni kalau saya seorang kerja. Sekolah anak pertama je dah 9 ribu per semester. Saya give up..

Dan atas semua tekanan ni, hari2 saya berdoa agar saya dapat mati syahid ketika melahirkan anak ketiga ni.. berdosakah saya? Saya mati, keluarga sendiri pun tak kisah, dan baru husband boleh sedar sIkit tanggungjawab dia.

Tapi dalam masa yang sama, siapa akan jaga anak2 saya? Sebab saya tahu, takkan ada orang lain yang boleh jaga anak2 mcm anak sendiri. Tapi jika saya masih hidup, sampai bila husband akan ambik kesempatan atas saya? Ya Allah tunjukkan aku jalanMu yang Kau redha.. terima kasih mendengar luahan..

– Medina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Sis, hug for you. Please seek for professional help sis. Biasa di university ada counsellor yang handle counselling session for students & staff for free. Jangan risau mereka terlatih & terikat dgn professional ethics. Mendapatkan bantuan apabila perlu adalah bukti anda tunaikan hak kepada diri sendiri. Bukan isu buka aib atau kita lemah. Kita hanya nak bantu diri uruskan emosi & segalanya dengan lebih baik. You did well sis & never lose hope.

  2. Pernah Rasa mcm ni.. tp mslh Kita berlainan.. Rasa xmahu hidup Dah.. Rasa nk mati tp Xmau suicide sbb tahu ianya berdosa besar tp doa mntk Allah ambil nyawa ni cpt kan.. tp otak running fikir kalau kt mati nnt siapa nk Jaga itu ini.. sbb kt tahu Xde sesiapa sekeliling yg kt boleh hrpkn & Akan Jaga/bt yg trbaik mcm mana kt bt.. sakit sgt Rasa mcm ni.. mmg rse longlai jiwa & raga.. berharap hanya pada Allah.. moga ada bantuan dari Allah..

  3. Seek professional help please. Apa yg awak rasa tu valid. My experience, sy solat tahajjud dia minta Allah ambil nyawa. Lepastu bru terfikir doa sy ni dah lain. Alhamdulillah under psychiatric treatment since 2017, bnyak kali jugak attempt tp Allah sayang, Allah x bgi.

    Klau awak xnak diambil kesempatan lg minta je fasakh. Awak ada ground yg kukuh. Kuatkan hati je. Klau awak yg pergi, awak rasa apa nasib anak2 awak dgn suami yg x bekerja, semasa kerja pun x pernah menyumbang. Suami awak xkan mampu jaga anak2 tanpa awak, sedangkan jd house husband pun sekadar masak je. Xperlu nak bayarkan rumah suami awak tu, biar je kene lelong. Tolonglah buang suami awak yg membebankan tu.

    Pasal family awak tu, boleh let go perlahan2. Org dah x sudi nak ambil tahu, x guna pun kita terhegeh2. Awak boleh doa dgn Allah minta lembutkan hati mereka tp jgn mengharap sangat mereka akan terima awak.

  4. Setuju dengan pandangan di atas. Dr….please seek help. Jangan malu. Pasti ada jalan keluar. Allah ada! Jangan pernah putus asa dari rahmatNya!

    Kalau Dr. perlu berdoa begitu, jangan minta mati. Minta pada Allah, jika mati lebih baik bg Dr, kurniakanlah itu dan jika terus hidup berjuang di dunia yang sementara ini lebih baik bagi Dr, kurniakanlah peluang itu.

    Stay strong Dr! You can do it!

  5. Dear Dr, tolong jangan giveup ya. Kesian anak2 kalau dr doa macamtu. mesti mereka lagi terseksa kalau ibu dia takde lagi2 baby tu. Stay strong, fight. Dr ibu yang hebat jangan pernah mengalah. Ada anak2 yang perlukan ibu mereka. Lepas bersalin dr boleh decide masalah husband tu utk tuntut fasakh if dr nak. Allah takkan bebankan hamba nya lebih dari kemampuannya. Yakin mesti ada jalan keluarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *