Aku sangat buntu.. Aku perlukan pendapat korang, kalau aku ceritakan pada orang lain, aku seperti menyebarkan aib si dia. Hanya Allah sahaja tempat aku mengadu.
Aku gelar dia sebagai A, mula declare couple dulu dia pernah kantoi curang wasaap ramai perempuan, katanya.. Itu semua kenalan zaman single. Jadi aku ni pun percaya dan aku maafkan dengan syarat dia block semua kenalan zaman single dia tu.
Kantoi lagi kali kedua, masih chat dengan perempuan yang aku dah suruh block. Dan bukan itu je, untuk ketiga kali kantoi lagi yang A ni jenis kaki judi online, kaki perempuan, bukan jenis biasa, jenis kaki tidur sekatil dengan perempuan, termasuk lah, bini orang.
Ya Allah hati aku betul betul hancur masa ni. Aku memang dah nekat untuk tinggalkan A. Tapi, dia kata dia nak berubah, itu semua kisah silam dia nak bertaubat..
Aku maafkan dia.. dengan niat aku tak nak dia hidup hanyut dengan perbuatan terkutuk seperti itu, bukan aku nak mengubah dia, tapi aku nampak A yang mahukan perubahan pada dirinya. Takpe aku bagi peluang.
Masa peluang yang ketiga ini aku dah start insecure sangat dengan A semua benda aku kawal. Kepercayaan aku dekat A dah tiada. Walaupun seperti semua nampak baik baik. Rupanya belakang aku dia khianat aku lagi.
Suatu hari aku bergaduh dengan A aku rasa sesuatu ada yang dia sebunyikan dari aku. Aku rampas phone dia.. paksa dia untuk buka phone dia.
Aku terkejut terkedu, sangat yang ada dalam galleri dia.. gambar dan video wanita tanpa pakaian seurat benang, termasuk la seperti tajuk di atas, kantoi dia ini ada hubungan sesama jenis. Buat benda terkutuk luar tabiie..
Aku tengok video dirakam buat benda tuut sesama jenis, save nama perempuan yang bukan bukan, kenalan contact dia majority nama untuk kepuasan nafsu dia. Astaghfirullah hal azim. Aku masa ni terus aku cakap dekat dia aku nak putus.
Lepas putus A jadi teruk, dia dah start dadah, tak makan, tak tido, dia cakap itu hukuman untuk dia. Berlarutan sampai seminggu. Dia hukum diri macam tu sekali dan aku jadi risau.
Aku masih ada impati dalam diri aku. Yela sejahat dia dia pernah buat aku bahagia, dia masih orang yang aku pernah sayang. Aku takut dia lagi terjerumus ke arah itu sampai bila2.
Lagi pun masa tu dia, dapat panggilan untuk rekrut tentera laut. Dia cakap dekat aku. Dia tak nak pergi kalau aku tinggalkan dia.
Aku fikir ini peluang untuk dia berubah betul2. Selama ni dia masih dalam circle yang sama.. Mungkin sukar untuk dia berubah sebab dia masih tak keluar dari circle tu.
Jadi aku pun.. Atas rasa simpati aku bagitahu kat dia aku tak tinggalkan dia kita bersahabat kerana Allah SWT.
Mulakan hidup baru, alhamdullilah.. Aku nampak perubahan pada A, start jaga solat, selalu pesan dekat aku untuk perbanyakkan istighfar dan selawat. Katanya dia mahu kahwin dengan aku. Dia nak tebus balik kesalahan dia.
Aku sekarang ni buntu sangat boleh ke aku percayakan dia lagi yang dia memang dah tinggalkan semua kisah silam dia. Selama ni dia banyak putar belit cerita dan menipu aku.
Aku takut bila dah keluar rekrut A dah bebas A cari balik segala kisah silam dia. Yelah masa rekrut hidup dia di pantau untuk jadi disiplin. Aku takut kisah silam dia menghantui hidup aku.
Lagi pun aku pernah kena ugut santau dengan bapok yang dia buat hubungan sejenis. Aku buntu sangat. Patut ke aku teruskan. Setelah banyak kali hati aku di khianat, patut ke aku terima untuk berkahwin dengan dia..
Orang cakap kalau orang berubah jangan di ungkit ungkit. Aku kadang teringat segala benda yang dia khianat aku. Terus aku ungkit.. Aku buka balik cerita lama dia.. Aku masih dalam fasa move on untuk lupakan kisah silam dia.
Aku tuduh A buat itu ini belakang aku, aku tahu aku patut lupakan perbuatan dia. Tapi trauma ditipu, dikhianat masih ada, sukar untuk aku lupakan.
Dalam masa yang sama aku nak dia rasa hidup yang baru, aku nak dia rasa second life, hidup yang baik.. Aku harap sangat masa rekrut dia jumpa sahabat yang baik baik yang mengajak dia ke arah kebaikan..
Ya Allah makbulkan la doaku.. Seadaianya A benar benar bertaubat kerana Mu Ya Allah bimbing la dia Ya Allah untuk sentiasa istiqomah ke jalan yang Kau redhai.
Aku buntu patut ke aku terima lamaran A?
Boleh ke aku percayakan A lagi.. apa pendapat korang?
– Salwa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Tolong lari sis, tolong. Xde orang yang mampu mengubah perangai orang lain melainkan dirinya sendiri. Jangan mudah percaya jangan mudah kesian, fikirkan diri sendiri dulu. Tukar2 pasangan macam tu, sis ada fikir tak dia pembawa HIV? Fikir sis fikir lah demi masa depan. Takkan nak stuck dengan org macam tu seumur hidup sis
Tolong la dik. fikir la masa hadapan. cinta tak akan bawa kemana.
fikir pasal jangkitan HIV.
cari la Allah. minta pertolongan dia.
Tahajud, istikarah…kerana setiap jawapan dari persoalan kita tak pasti ada pada DIA.
tapi nak buat ni, kena betul betul yakin dengan Allah.
No, he will not change that easy. Semua alasan yang kau bagi untuk bagi peluang kedua tu semua bullsh*t, kalau sayang diri sendiri, sayang masa depan kau, run. Kau nak kahwin nanti ada anak, kau sedar tak semua tu? Kau sedar kau tak patut bagi dia peluang but you create a lot of alasan untuk stay. Deng. Kesian, yes. But selagi dia bergantung pada kau, bukan pada diri sendiri he will not change. Trust me. Run and watch, if dia nak berubah, tak kisah kau ada ke tak dengan dia he will change. Then after dia berubah, dia akan datang balik pada kau then he’s a good guy. But now, jangan jadi bodo untuk lelaki tak guna.
RED FLAG !!! u better run sis.. lantak lah dia nak jadi manusia atau apa lepas ni , cut off dan pergi jauh2..i berani ckp , dia takkan berubah , tapi if u nak stay , stay je lah..jangan u mental sudah..
pilihan atas tangan u sis , buatlah pilihan bijak.
he is not your responsibility…. As a fellow muslim, yes you can always support him on his journey to Allah.. But to keep him as part of your future marriage plan, im not sure…
Jauhkan diri dari masalah yang boleh dijangka.
Percaya lah orang jenis gini memang payah berubah.
Kau sendiri tulis dah banyak kali dikhianati.
Dia berubah sebab environment baru.
Kau pula masa lampau dan environment lama dia. Kau rasa dia akan jadi diri yang baru ka bila bersama kau yang part of masa silam dia??????????
Angkat kaki. Move on! Block! Babaiiiiiiiiiiiii
Kalo kau nak tunggu kena jangkit penyakit HIV HERPES PELBAGAI PENYAKIT KELAMIN lain. Tunggulah ambik semula jantan tuh.
Kau patut move new circle. Dia pon sama.
Dah kaki celup dan di celup demi chentaaaaaaa sanggup bengap terima?
Jantan kotor nak kahwin pon pandai select pompuan suci.
Kau dah tahu sejarah hitam lagi bodoh menadah diri?
Pikirlah deknon!