Si Toyol Kecil

Salam. Baru2 ni kerap berlaku kejadian duit hilang dalam rumah kami.

Mula2 duit ayah aku. Ayah aku meniaga. So balik meniaga dia akan letak benda2 dalam poket dia atas meja. Macam jam, duit syiling semua la.

Kami pun tak tahu la dah lama mana duit dia hilang. Sebab ayah jenis pendiam sikit. Sebelum ni dia tak cakap apa2.

Tapi agaknya dah tak tahan sangat kot, satu hari dia bagitau kat mak, duit2 dia yang tingal atas meja semua hilang.

Kami fikir ayah salah letak ke. Dia kata memang letak atas meja. Dia ingat. Tapi lepas tu bila tengok duit tak de.

Ibarat satu sen pun tak tingal. Lepas tu abang ipar pun ada cakap, duit tingal dalam bilik, atas meja hilang jugak.

Lama jugak la kejadian ni berlaku. Sampai satu hari, duit meniaga ayah 500 hilang macam tu ja.. Memang ayah tinggal sekejap ja. Dia keluar toilet tengok dah tak de.

Nampak ayah stress jugak la. Ye la duit modal meniaga kan. Merata cari tanya semua orang memang sapa pun tak tahu pergi mana duit tu.

Kami ni tak percaya sangat bomoh2 ni semua.. Cuma ada la kawan2 ayah cakap ada toyol kot.

Ayah kan meniaga.. So orang hantar curi duit agaknya.. So kawan dia macam ambik air dari darul shifa.

Kononnya buat pagar semua. Tapi yang peliknya, duit dalam beg ke apa tak hilang.

Yang tingal secara open ja hilang. Macam letak atas meja, mesti hilang. Tak kira berapa pun amount duit tu.. Walaupun 50sen.

So kami pun macam hati2 la kan. Sebab benda tak nampak kan.

Dalam rumah ni ada 7 orang penghuni. Mak ayah, kakak, abang ipar, anak dia nama Upi, umur setahun setengah, saya dengan adik laki kami.

So satu hari, gas habis. Mak pulak nak pergi surau. So dia pesan kat saya kalau orang gas datang bagi duit. Duit tu dia tingal atas meja dekat dapur.

Actually sejak kami hati2 tu, tak de dah duit hilang. Sebab kami pun tak letak secara terang.

Ayah pun letak dalam beg. Tu yang pelik, bila letak dalam beg duit tu ada ja. Tak hilang pulak.

So saya tengok duit gas tu memang ada atas meja masa mak cakap tu.

Lepas tu kita pun tak paid attention sangat la.. Duit tu 22 ringgit lebih. Mak memang bagi cukup2.

Elok orang gas sampai, saya nak bayar tengok2 duit tu tak de.

Terus aku panic.. Kakak aku ada masa tu. Blur la kami. Call mak nak tanya kot2 mak salah letak.

Tapi mak pergi surau memang tak bawak fon.. So bayar duit kami dulu la.

Balik tu mak cakap mana ada mak usik apa2. Kan lepas letak duit atas meja mak terus pergi surau.

Jem terus kami.. Adik laki aku cakap, yang lawak nya.Dia tak cakap depan2 tapi dia type dalam wasap group.

Kononnya kalau cakap takut toyol tu terdengar. Nanti pecah rahsia katanya.

Dia kata nanti aku beli cctv dari shopee. So cctv pun sampai. Tapi tak de la kejadian duit hilang sebab duit tak letak open kan.

Adik aku pun macam musykil la. Dia sengaja letak duit syiling 20sen atas meja. Sehari berlalu. Duit tu ada ja.

Abang ipar kata, toyol zaman milinium. Lagi cerdik dari manusia. Tahu orang nak rakam dia, terus insaf mencuri.

Lama2 kami pun macam lupa la pasal tu. Hilang2 ni pun dah tak de dah.

So satu hari macam tu la.. Ayah pun dah lama2 buat tabiat lama balik.

Tinggal segala benda atas meja nak pergi mandi. Nah, sekali duit dia hilang lagi.

Adik aku excited nak tengok sang pencuri.. Sebenarnya dia kata macam ni..

Mesti duit tu tiba2 akan ghaib. Kita tak akan nampak dalam kamera sang pencuri tu. Sebab makhluk halus tak terakam dalam kamera.

Lepas tu berangan nak buat content la apa la. Berangan kuat la adik aku ni.

Sekali tengok, waduhhh.. Jelas terang imej pencuri. Si Upi yang setahun setengah.

Terkedek2 panjat kerusi, ambik duit, terkedek2 turun pergi masuk dalam tabung dia.

Eee geramnya tengok tangan gemuk tu.. Memang aku gigit2.

Ayah aku sampai terduduk gelak tak keluar suara.

Hanya keluar air mata ja bila tahu toyol sebenar adalah cucu kesayangan. Hanya mampu geleng kepala ja la. Lepas tu peluk cium cucu manja dia tu.

Kami semua pun gelak, si toyol pun gelak jugak la walaupun dia bukan faham kenapa kami gelak.

Lepas tu adik aku kata. Sat2 kita tengok demo.

Sengaja adik aku sepah2kan duit syiling banyak2. Sebab adik aku kata 20sen dia tak nampak kot. Lepas tu adik aku pergi menyorok.

Memang dia kutip duit2 tu, pergi masuk tabung dia. Dengan terkedek2 pampers penuh. Geramnya aku tengok. Rasa nak kunyah2.

Mak dia pun, hey Upi. Apa Upi buat ni.. Kenapa ambik duit orang..

Slumber ja dia cakap dengan pelat2 dia, uwit Upi.. Upi nye.. Cimpan tabung.

Sekali tengok tabung dia, masyaAllah.. Duit thailand pun ada. 500 ayah aku ada, dan lain2 not besar2.

Dekat 700 jugak la. Adik aku kata kat abang ipar, ni hah pencuri zaman millennium, sila tengok betul2. Anak sendiri.

Yang bezanya pencuri ni tak insaf2 pun.. Terang2 pun dia ambik ja.

Mak aku tanya, dah lama ke upi buat kerja ni. Dia jawab lama dah sambil angguk2. Dan dengan kusyuk betul tengah masuk duit dalam tabung.

Pakat gelak la kami beramai2. Dia pun lagi galak gelak sambil tepuk2 tangan.. Seronok betul sang pencuri ni. Terpaling bahagia dalam dunia.

Aihh Upi Upi… Bertuah punya budak..

Yang pelik bin hairannya, kami langsung tak perasan bila masa dia ambik, bila masa dia masuk.

Memang style dia pegang barang sangat kejap. Duit langsung tak jatuh. Gengam sangat kuat. Aihh si tecik ni.. Tangan dah macam drumstick.

So kalau dalam rumah korang kalau ada duit hilang. Cuba check dalam tabung anak2 korang2.

Sebab mind diaorang kan macam tu, duit kena simpan dalam tabung. Asal nampak macam duit ja cepat2 simpan dalam tabung.

Gaya dah macam takut orang lain nampak dulu.. Macam tu la gelagat dunia kalau ada budak2.. Hiburan seisi keluarga.

– Amy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *