Beza Takut Isteri vs Sayang Isteri

Apa beza sayang bini vs takut bini? Beza dia ialah kepentingan dan niat kita. Sayang bini kita buat untuk bini. Takut bini sebab kita buat untuk kita.

Sayang ni kita buat sesuatu sebab kita nak jaga dia. Sebab nak tengok dia grow, taknak bagi dia susah di dunia dan diakhirat, buat sesuatu untuk tambah kualiti hidup dia.

Kita sanggup susah, demi pembangunan dan kesejahteraan dia. Kepentingan diri kita diketepikan. Kita buat apa yang terbaik untuk dia walaupun bukan yang dia atau kita suka.

Kalau tegur dia pun, kita tak takut dia marah kita balik, kita yakin suatu masa dia akan faham. Kita yakin, kalau dia untuk kita, Allah akan panjangkan jodoh. Kita serah supaya Allah selaku penjaga hatinya berikan dia hidayah.

Kalau dia bukan untuk kita, kita redha dengan perpisahan. Yang penting kita dah beri yang terbaik, bukan hanya tagih isteri buat yang terbaik. Dengan prinsip ini, kalau isteri minta cerai pun, dia yang rugi, dia yang sesal esok hari sekiranya diberi faham.

———-

Kenapa takut bini tu maksudnya kita buat untuk diri kita pulak?

Ya, sebab kita takut dia buat apa yang tak best untuk kita. Kita takut tegur dia sebab taknak dia merajuk nanti dia tak beri kasih sayang kepada kita. Nanti dia protes tempat tidur.

Kita ikut semua apa yang isteri suruh sebab takut nanti tak boleh mintak duit dia pulak nanti. Nanti takut bini stop funding untuk beli mainan anak², sharing makan pakai anak², kita mula kena korek bajet sendiri pulak, lari la bajet.

Sebagai balas, kita yang tukar diri jadi hamba kepada isteri. Sikit² lama-lama dah jauh kedalam dah susah nak ubah.

Kita benarkan apa sahaja isteri nak buat. Keluar dengan kawan lelaki, keluar malam tak balik rumah. Hanya sebab kita risau bila kebebasannya disekat, nanti dia minta cerai. Nanti malu la dengan keluarga, dengan kawan².

Padahal isteri dah cross boundary berkali².

——–

Pokoknya sayang bini ialah buat apa yang betul. Takut bini ialah buat apa yang tak betul. Disini sifat kepimpinan suami teruji. Kebijaksanaannya juga teruji. Dia akan berhadapan ancaman dari dua bentuk. Dalaman dan luaran.

Dalaman ialah apabila dia nak mengendalikan konflik sekhufu, kesefahaman, keewangan dan expectation isteri. Sebenarnya semua ni subjektif dan arbitrari.

Kalau suami bijak, dia boleh ‘jinakkan’ dengan cara mengubah mindset isteri dia. Memberi apa yang isterinya nampak apa visinya. Ini baru leader. Boleh inspirasikan visi yang sama.

Sebagai contoh macam mana pemimpin² dunia inspirasikan, tenangkan, dan beri jaminan kepada pengikutnya. Begitu juga lah sedikit sebanyak apa yang suami perlu belajar. Ada senjata²nya untuk capai objektif begitu.

Kalau tak, macam mana poligami yang dibenci wanita pun tapi kalau kena pada kemahiran si suami, boleh diluluskan poligami itu?

——

Ancaman kedua ialah ancaman luaran. Ini sudah pastinya pengaruh luar. Bisikan keluarga, kawan², orang ketiga, pengaruh media sosial, atau drama dan filem² Netflix. Dan yang paling ampuh ialah bisikan syaitan.

Bisikan keluarga biasanya dalam bab menagih keewangan suami. Bandingan ipar². Gossip² ipar. Kalau tak, takdelah nabi menyebut bahawa “Ipar adalah maut” (yang ni aku tak pasti hadis no berapa)

Bisikan kawan² biasanya dalam bab membanding-bandingkan gaya hidup, treatment² antara suami rakan².

Rakan² akan mula buat label² kononnya kita ni manipulatif, insecure, pandai psiko isteri.

Nampak tak, dia cuma bisik konotasi negatif apa yang berlaku dalam rumah tangga orang padahal dia bukan berada ditempatnya pun. Si isteri ni pun mula lah terfikir “Eh, betul jugak kata kawan aku ni”.

Kesannya apa? Rasa bersyukur mula tandus, rasa penting diri mula wujud dan benda kecil pun boleh buat isteri rasa sengsara, tak bahagia, merana. Padahal kita tak pukul, tak tengking, tak herdik, tak hina. Kita cuma beri apa yang kita mampu sahaja.

Dan yang ketiga ialah media sosial. Ramai yang masih tak sedar konten² media sosial dibenihkan untuk sensasi sebab makin sensasi, makin banyak mata memandang, dan makin dia boleh salurkan iklan.

Penyudahnya makin banyak penajaan dan wang besar. Tapi tak semua faham realiti media sosial. Ramai hanya jadi penagih dari penyumbang.

Keempat ialah filem dan drama. Sama juga konsepnya, ia bertujuan untuk mencipta engagement dan menambat emosi sebab apa apa bisnes takkan laku selagi tak berjaya sentuh emosi pengguna.

Itu tak dicampur lagi dengan gaya hidup barat dari filem² Netflix yang tak lain tak bukan menjahanamkan masyarakat hingga ke dasar neraka.

——–

Dan aku simpulkan dengan memberi contoh terakhir iaitu bisikan syaitan. Mafhumnya nabi pernah menyebut dalam satu hadis

“Pangkalan iblis itu terletak di tengah² laut. Dan hari² iblis akan tanyakan syaitan pangkat rendah

“Apa buat kamu hari ini”

lalu syaitan² pangkat rendah menjawab

“Aku buat itu, aku buat ini” (contohnya aku berjaya bisik supaya dia mencuri, makan rasuah, tipu orang)

Lalu ketua iblis menempelak

“Benda yang kau buat tu, takde nilai langsung” Kemudian datang syaitan lain yang juga pangkat rendah berkata

“Aku berjaya menyebabkan perceraian”

Lalu ketua iblis pun gembira

“Bagus, kau mari sini, aku naikkan pangkat kau, sini baru layak tempat bagi kau”

Hadis Sahih Muslim, riwayat Jabir. Hadis 2800++ (tak ingat nombor berapa).

– Luke (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *