Aku tak tahan nak pendam benda ni. Beberapa bulan dah, berada dalam rumah yang di sewakan oleh company baru aku. Aku baru sahaja berpindah ke tempat kerja baru, bersama jawatan baru dan suasana baru.
Alhamdulillah, di awal masa lepas berpindah hari itu, semuanya baik dan berjalan lancar. Bilik air bersih, dapur pun bersih.
Nak di jadikan cerita, sejak akhir-akhir bulan lepas, seorang housemate aku tu, mula nampak pemalasnya dan sikap pengotornya tu.
Kami tinggal bertiga di dalam rumah itu, salah seorang dari kami ni memang kaki berkemas. Hari yang dia rajin, memang dia habis membuang segala sampah, dan membuang sisa makanan dalam peti ais. Bilik air habis dia sental.
Nak kata suka, tak juga, nak kata tak suka pun tak juga dengan perangai macam ni.
Tapi, ternyata, memang bagus la dia berperangai begitu. Walaupun dia pengkemas, tapi dia bukanlah terlalu pembersih.
Aku tak pastilah, macam mana korang semua rate people. Tapi bagi aku, seorang pengkemas bukan bermaksud pembersih, seorang yang tak reti berkemas bukan bererti dia pengotor.
Tapi, definitely, seorang pemalas bukan seorang pengkemas dan memang pengotor lah… Aku dah banyak pengalaman tinggal dengan macam-macam jenis perangai dah, tapi perempuanlah.
Allah memang Adil, memang aturan yang cukup indah, si pengkemas duduk dengan si pemalas ni tadi. Kebanyakkan masa, aku memang jarang ada di rumah, sebab aku selalu kena outstation setiap minggu dua tiga hari.
Weekend, aku akan balik ke kampung, dan bertemu keluarga. Si pengkemas tu pun, jarang ada di rumah, dia memang selalu balik ke kampung dia.
Setiap kali si pengkemas ni balik ke kampung, dan balik semula dari cuti, dia mesti akan kena hadap keadaan rumah yang baunya, macam ada simpan mayat busuk.
Bayangkanlah, tak sampai 3 hari tinggalkan rumah, balik je bilik air berlumut oren, rambut berlonggokan atas penutup lubang tu, bau toilet pun semacam je.
Dapur, memang tak payah berharaplah kan sebab sampah melimpah ruah, dengan dalam singki penuh sisa makanan. Allahu… Aku tak dapat bayangkan betapa azabnya rasa si pengkemas ni setiap kali tolong kemaskan semua tu.
Sungguh lah, maafkanlah aku, memang aku tak mampu tolong kemaskan. Bukan sebab berkira, tapi aku pernah juga sekali dua tolong bersihkan, tapi takkan lah selamanya.
Dapat pahala membersih, tapi jadi terkurang pahala balik bila aku tak tahan dan luahkan pada rakan sekerja lain. Kami semua ni, bekerja di tempat yang sama, lambat-laun terkantoi juga cerita ni pada semua.
Kalau boleh tak nak lah mencalarkan reputasi beliau, maklumlah.. Dia kalau keluar dari rumah memang tip top! Dengan make up tebalnya, wangi tak payah ceritalah… Memang 1km boleh bau dia punya perfume tu! Comel orangnya ya,
And bila makan kat luar dia sangatlah pembersih tahap gaban. Sampaikan dia tak makan, sesetengah makanan yang di sediakan di medan selera. Tapi itulah dia… Hakikatnya di rumah dia punya life style sangatlah berbeza ya.
Aku sudah punya kekasih hati, dah kekasih aku ni pun seorang yang agak pembersih, jadi aku dah biasa dengan sesetengah peraturan kebersihan yang sangat strict ni. Tapi ibu kepada kekasih aku sendiri sahkan, memang anak dia ada sedikit was-was. Tapi tidaklah sampai ke tahap yang membimbangkan.
Ada masa aku share cerita pasal kekasih aku ni, dengan si pemalas ni, alih-alih, esok lusa dia pula developed caution yang sama.
Contoh: kekasih aku kalau minum air kat kedai, straw dia tu, dia akan lipat ke dalam. Supaya lalat tak bertenggek kat hujung tempat dia letak mulut sedut air tu. Tiberr…
Esok dia pun jadi trauma pula and lipat straw dia. Tapi seriously… Aku tak jumpa lagi orang lipat straw macam kekasih aku ni, tapi kalau lepas ni ada yang buat, baguslah.. Atau ada sesiapa yang dapat idea ni, silakanlah guna, untuk keselamatan dan kebersihan.
Cuma tulah, dia pulak tetiba buat macam tu, which is this the first time aku tengok dia macam tu sepanjang kami makan bersama waktu lunch time.
Dia kalau sidai baju kat ampaian, Allahu… sampai dia boleh ambil balik baju tu untuk pakai. Bayangkan berhari-hari duduk kat situ, dah macam almari dia dah tempat sidai baju tu. Bagi chance la kat orang lain ni nak basuh baju and sidai baju jugak.
Baju kat dalam mesin basuh lagi lah, tak payah di ceritakanlah… Mesin basuh dah jadi tempat dia letak baju kotor dia dah. Si pengkemas terpaksa keluarkan baju si pemalas ni sementara ke tempat lain, untuk dia pulak nak basuh baju.
Tak masuk lagi bab periuk nasi yang si pemalas ni guna, lepas tu dia tak basuh berhari-hari. Ni aku sendiri terkena, terpaksalah aku nak bersihkan sebab aku nak guna periuk tu, dah macam muntah kucing dah… Bau tak payah ceritalah..
Awal aku kenal dia, dia baru lepas putus cinta dengan kekasih dia. Masa tu, maybe la dia frust ke apa. Tapi dia jenis cepat move on.
Recently, dia dapat kekasih baru. Masa kejadian-kejadian isu kebersihan ni terjadi, dia masih single, jadi sekarang dia sudah berkekasih….
Bayangkanlah bertapa teruknya lagi keadaan rumah tu bila dia 24hours bergayut dan tak pedulikan dah apa yang nak jadi dengan dunia ni. Bumi ni, dia yang punya.
Aku terasa macam nak pindah je dari bumi ni, kalaulah betul bumi ni dia seorang yang tinggal. Aku memang tak ada niat lah nak memburukkan dia pada kekasih aku.
Sebelum kekasih aku ni dengar pasal cerita si pemalas ni, dia pernah ya cakap dengan aku, “kadang-kadang perempuan ni wangi semerbak, cun melecun ni kat luar, bila balik rumah…. Haa… Paling pengotor” masa tu aku pun agak offensive mendengarnya.
Tapi bila aku merasainya sendiri dan melihatnya sendiri, ternyata, wujud spesis yang dia maksudkan tu.
Dulu, ada seorang housemate aku, dia ni bukan kaki kemas, memang dia jenis tak pandai berkemas. Tapi, dia bukan jenis pengotor. Contohlah, dia kalau lipat baju, macam roti kirai. Asalkan berlipat, dia tak kira. Buku dia kalau susun kat meja, memang tonggang terbalik.
Tapi, dia kalau makan, dia akan lap meja makan, dan dia memang terpaling rajin membuang sampah. Tak kisahlah sampah tu belum penuh, tapi kalau ada sisa makanan buang semalamnya, dia akan buang segera, harini.
Dia kalau basuh pinggan, memang sisa makanan takkan ada dalam singki tu, dia buang semua. Tapi, dia tak kemas la pinggan mangkuk yang dah kering susun kat rak yang sesuai ke, dia memang biar je berlonggok dalam rak untuk tos air tu. Ni lah maksud aku, bukan pengkemas, tapi tak pengotor.
Jadi, bab nak tegur… Memang tak tegurlah citernya. Actually aku dan si pengkemas memang langsung tak pernah meluahkan kepada sesama kami ya.. Hahaha…
Memang aku sendiri ambil pendekatan untuk menjauhkan diri dari membuka topik kebersihan di rumah tu. Lagipun si pengotor ni lagi senior dari kami berdua.
Aku tak nak ada masalah yang tak diigini dengan dia. Tambah pula, dia pun memang jenis yang tak faham pun salah dia kat mana.
Kalau dia faham, takkanlah dia begitu kan? Nasib baiklah, ibu aku tak datang melawat rumah aku, kalau dia datang, mesti laju je mulut dia menyindir. Hahahaha…
Okay, aku just nak meluahkan sahaja di sini. Bagi orang yang terkena macam aku ni, akan fahamlah… Bertapa stressnya jiwa raga bila balik outstation, nak menghadap bau lauk-lauk basi dalam rumah, dan rasa macam ada mayat mereput dalam rumah tu.
Sekian, terima kasih.
– Rania (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
hmm betul tu, pernah gak jumpa org macam ni, jenis kat luar mcm super perfect + pakej ocd pembersih, siap cakap rumah sendiri bersih bagai, last2 bila gi rumah dia, sampah smpai keluar dri tong pun dia biar gitu je, sink berkulat, bekas sisa duk sebelah sink & terbuka. Peti bnyak mknn dah lama & dah rosak, sayur layu, dulu2 masa kitorang kecik lagi, bila balik kampung cakap kat kutuk family adik beradik pengotor, xreti kemas rumah…hmmm, bila kitorang gi rumah dia baru dia dh tak berani nak compare2 yg rumah dia tu bersih sangat
Haha.. bila bca, aq rse aq berada dlm kategori : bkn pengkemas sesangat, tp bkn la jenis yg ‘pengotor’ yakmat tu ye.. aq ada je sorang ‘mkcik’ yg mcm sgt ‘pengkemas’ tp at d same time, bkn la sorang ‘pembersih’ sgt.. sbb nya, bila pergi ke rumah nya (especially bhg dapor..), semuanya nmpak kemas n teratur, tp masih ada ‘bau’ yg x begitu mnyenangkn.., bla aq cba cari punca bau tu, aq perasan ‘jain buruk’ or towel kecik yg diginskn utk mngelap meja suma tu berwarna ‘kepam’ dan berbau hapak (nak muntah bla bau), bau bdn dia pon bule thn jugak ‘kuat’nya, tp honestly aq x penah tegur pon psal hal ni.. sbb hormatkn disa, tp dari situ aq tau la mcm yg confessor kta, org yg suka mngemas ni, x semestinya ‘pembersih’.. lg stu kes, dlu aq adalah sorang ‘house-mate’ ni, yg terlalu obsess utk mengemas + menukar susunatur perabot.. bole ktakan stiap weekend or hari cuti, dia akn buat “spring-cleaning” spt ‘membongkar” cadar, carpet, sofa, petiais dari pg sampai ke ptg, then cuci or lap lantai suma, (lps tu xleh nk ‘pijak’ sbb lembab, takut lekat kotor blk..) ..bagus la cam tu kan.. tp, aq tengok dua pon jd letih.. pastu kitorang xkan nk biar dia buat sorang2, so kna tlg jugakla kan, tp mmg ari mnggu xdpt nk relax n lepak2 ats katil.. sapa2 yg xnk ‘involve’ tu, cepat2 le kluar or g mne2.. kekdg klaw terlampau ‘pembersih’ ni, tension jugak dibuatnya, esp. bla x bole ‘usik’ lps dia kemas tu.. harap2 c confessor punya ‘kekasih’ xlah ssmpai ke tahap yg ‘extreem’, klo x, alamat kna ‘leter’ la klaw stiap perkara tu x kena di mata nya.. wallahu a’lam ☺️
member yg sorang tu pengemas pun ko tak suka ke dik. untung dia tolong sental bilik air tu, sebab kalau nak harapkan awak yg tak “berkira” ni dgn member pengotor alamatnya memang berkerak la toilet ni. hidup ni simple je dik, pergi terus terang. buat jadual bergilir gilir kemas rumah tu. tapi tak tahu la kan, kalau awak rela duduk dalam keadaan rumah macam tu
senang cerita kau nak dia buat semua kerja kan , kau just goyang kaki ja . Mcm tu?
Weyhhh, situasi kita sama….rumah sewa duduk bertiga, sy kira junior pada housemate yg lain….masa mula masuk dulu sinki berlumut teruk, bilik air berpasir, berkeladak…member yg sorang tu memg dlm dunia dia jelab sbb bilik air dlm bilik…yg bilik kedua tu, mashaAllah ..faham² jelah ..nk di tegur lagi tua 10 tahun dr kita …sudahnya kita tulis surat, letak atas meja dia, sekarang nmpk slow sikit pengotor n pemalasnya tu …to still kite jugak kena sental sinki n toilet. Tak taulah klau dia kt rumah family macam mana 🥺
Tong2 la korang setiap minggu ke.. setiap bulan ker.. arrange cleaner datang cuci rumah. Ko pakat dgn yg rajin kemas tu.. Biar pengotor tu bayar lebih sikit. Sbb dia paling bnyk buat sepah.
jenuh macam tu.. apa kata sewa rumah lain. duk seorang diri. bahagia tau. macam saya buat. family nak datang pun senang. rasa macam rumah keluarga dah. nak kemas dan hias pun senang. selalu org coway datang mesti puji rumah sewa saya. bersih dan kemas dan cantik. sebab apa? sebab saya duk seorang diri.
Aku ni cantik dan Pembersih.
Bukan aku kata tapi semua orang yang kenal aku cakap yang sama.
Tapi kalau aku jumpa jenis pengotor macam kau cerita ni. Aku terus berubah jadi singa.
Semua kelembutan aku hilang.
Peduli apa semua house mate Dan jiran jiran dengar aku marah bebel level singa betina.
Kau buat kotor dan menyusahkan hidup orang hadap kemalasan kau terus aku hamun.
Kau senior kah, orang tua kah, muda kah semua aku sound.
Kebersihan sebahagian daripada iman. Kalau kau jenis ego tak boleh terima hamunan aku sebab kau pengotor macam syaitan. Aku terus cop kau level jin syaitan je!
Memang tak lah aku nak seksa diri hadap orang pengotor.
Aku cantik pembersih dan rajin.
Kalau semua orang masuk tandas wangi bersih. Masuk bilik air level 5 stars hotel. Kenapa aku nak hadap kotoran orang level tepi longkang?
Aku mudahkan orang. Aku expect orang mudahkan hidup aku.
Luar rumah halaman penuh sampah pon aku sanggup JERIT PEKIK SOUNDS SELURUH JIRAN TETANGGA boleh dengar suara aku. Janji bersih.
Sekali ja aku jadi singa betina. Orang takut tak buat kotor dah walaupun muka aku lembut cantik dan very soft spoken in daily life. Tapi once kau buat salah. Aku terus tegur.
Hidup ni singkat ja. Takkan nak buang masa hidup mengumpat rakan pengotor. Kau umpat dia pun berubah ke?
Sounds je! Habis cerita