Nak Tidur Pun Susah

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Hanya nukilan yang was-was untuk ditulis sekadar berkongsi. Kenapa was-was? sebab benda berlaku separa sedar.

Kenalkan aku Jane, ini kisah aku yang tak seberapa. Sekadar intro ada tiga benda aku syak terjadi kepada aku malam dua hari yang lalu.

Cerita dia macam ni, aku tidur lambat selalu dalam dua belas tak pasti lambat ke tidak bagi korang. Tidur melentang posisi tegak, jam menunjukkan 12.15 am ke macam tu, dengan fikiran terburu-buru risau esok tak sedar nak bangun kerja, aku pun tutuplah mata.

Aku tersedar balik daripada tidur, dan aku sedar ini bukan nyata dan aku tak boleh bukak mata.

Di dunia yang aku sedar, aku bangun lihat ada pintu kayu, aku cakap dalam hati ni bukak ni mesti ada hantu. Pintu kayu yang jenis tolak guna jari terus boleh terbukak. Aku pun tolaklah… krikkkk

Dan betul ada perempuan rambut panjang berpakaian putih sedang berdiri tetapi tidak menghadap aku. Menghala mukanya selain dari aku. (sombong amat..)

Fine aku sedar aku mimpi, dan aku bukanlah didunia itu so aku bacalah ayatul kursi.

Layar hitam tamat, beralih kepada situasi seterusnya. Sekali lagi aku ingatkan, yang aku sedar dan aku tahu ini bukan dunia nyata aku hanya bermimpi tapi untuk apa sebab aku tak boleh balik ke badan aku untuk bangun.

Pernah tak alami sedar bermimpi tapi kejadian dia sungguh livid. Situasi seterusnya, aku mahu mengambil barang aku seperti beg dan powerbank tetapi aku terduduk aku hanya mampu separa baring sambil peluk barang aku.

Situasi kedua mungkin berkait rapat dengan aku yang gila kerja sebab keadaan lokasi di tempat kerja aku cuma aku terduduk tak boleh gerak badan muka tertutup. Kira orang lain bekerja tapi aku cuma terduduk camtu.

Yang peliknya aku lihat kawan aku yang lain yang bekerja. Muka akak yang dah pencen pun tengah kerja. Agak tak masuk akal jugak bila keluarga aku ada melawat aku ditempat kerja cuma aku tak boleh bangun hanya peluk barang pribadi aku.

Aku sedar yang aku lihat tu aku tapi faham tak aku jugak sedar yang aku terbaring di katil tengah fikir kenapa aku terduduk tak boleh gerak.

Kalaulah mimpi kenapa aku boleh terdetik untuk simpan gaji aku sikit untuk bayar kawan aku yang tengah bekerja (aku rasa aku tak kerja dan diaorang bekerja again what kind of mindset is this) sedangkan aku tak boleh gerak berfikir dengan betul.

Permainan tamat bila aku sedar, bukak mata, nafas menderu kerana aku sedar cuma hilang fungsi indera aku. Aku sedar tapi aku macam disetting ditempat lain dengan simulasi hantu dengan simulasi di tempat kerja. Jam menunjukkan jam 1.37am.

Aku nak cerita kat kawan kerja ke family tapi nanti mesti diaorang gelakkan aku atau cakap ni semua permainan tidur atau aku tidur tak baca doa.

Berbalik kepada tiga benda yang aku syak terjadi adalah,
1) Gangguan syaitan

2) Sleep paralysis

3) Lucid Dream

Para pembaca boleh tak terangkan apa yang terjadi sebab rasa sangat real sampai teringat-ingat sampai sekarang.

Gangguan syaitan sebab yelah sedar2 boleh pulak menghadap hantu.

Sleep paralysis sebab aku ada halusinasi visual?

Lucid dream sebab aku sedar aku tidur tapi masih boleh fikir untuk halau hantu dalam tidur aku tu guna ayat suci.

Entahlah kadang nak tutup mata pun takut sekarang tapi kena tidur.

Nak lucid dream sangat ke berilah mimpi aku jadi puteri yang tersesat ke alam fantasi ke atau aku yang tiba-tiba jadi isteri presiden. Ni apalah mimpi ponti siap boleh baca ayatul kursi dengan mimpi akak yang dah pencen kerja lagi rajin sementara aku terjelepok camtu.

– Jane (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *