Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Di Kendong Berciciran

Assalamualaikum semua, thanks admin kalau approved saya punya posting!

Saya just nak share serba sedikit kisah kehidupan saya, untuk dijadikan pengajaran atau sekadar mengisi masa lapang korang baca luahan hati saya.

Maaf terlebih dahulu sebab saya tak pandai menulis sangat. Heheheee..

Kisah yang saya nak sampaikan disini adalah bersyukur dengan apa adanya.

Saya Melur (bukan nama sebenar) berumur 28 tahun, telah berkahwin dan masih belum mempunyai cahaya mata (doakan saya ada rezeki anak)

Saya kahwin dengan suami dah dua tahun. Kitorang kenal online sahaja. Kenal tak sampai setahun, decide nak kahwin sebab mak jenis bising2 kalau bab2 couple semua ni kan.

So awal2 kenal saya memang ada intention nak kenal dan terus kahwin.

Alhamdulillah, syukur sangat Allah kurniakan suami yang terbaik buat diri saya. Suami yang sangat bertanggungjawab, tak pernah tinggi suara tapi tegas. Sangat penyanyang dan pandai masak.

Di awal perkahwinan saya memang plan tak nak terus ada anak. Sebab kerja masih tak stable. Masa saya kahwin tu saya kerja kilang dan berhenti ikut suami ke Perak. Then dapat kerja as HR dekat sana.

Kerja setahun saya rasa macam tak puas dengan perjalanan career saya. Saya lepasan degree perakaunan tapi masih susah nak dapat kerja dalam bidang saya.

Jadi saya suarakan kepada suami untuk berpindah ke KL oleh kerana peluang kerjaya di sana lebih baik.

Pada awalnya suami saya tak bersetuju tapi saya pujuk juga sampai dia terpaksa bersetuju dengan keputusan saya.

Perancangannya saya suruh suami saya tukar kerja dan ikut saya ke KL (yeee memang akan ramai marah saya dengan keputusan ni sebab selalunya isteri yang ikut suami kan?)

Saya memohon kerja di KL sebagai Account Exec dan alhamdulillah dapat. Setelah makan hati minta kat Perak tak dapat2.

Saya lebihkan career saya kononnya nak kejar cita2 menjadi Pegawai Akaun yang berjaya daripada saya fokus kepada keluarga kecil saya.. (silap saya disitu)

Setelah beberapa bulan kerja di KL, saya mula rasa goyah. Suami saya masih tak dapat kerja baharu, peluang kerja ada tapi dengan kadar gaji yang sedia ada lebih rendah dengan kerjanya di Perak. Jadi kitorang terpaksa PJJ.

Kerinduan kepada suami sebab PJJ, azabnya hanya tuhan yang mengetahui. Kerja saya sangat okay, environment okay, kawan2 kerja okay, tapi bila pulang ke rumah, hati saya sunyi rindukan suami.

Saya cuba bertahan sampai setahun, akhirnya saya ambil keputusan untuk pulang semula ke Perak duduk bersama suami.

Silap saya bila saya melihat ada segelintir kenalan saya yang PJJ dengan suami mereka, kelihatan okay sahaja. Untuk saya, saya ingat saya mampu, tapi tidak.

Benarlah apa orang kata, apa yang kita lihat tak sama apa yang dirasai mereka.

Alhamdulillah syukur, sekarang saya dah dapat kerja jawatan yang sama dengan apa yang di KL, walaupun saya memang bertekad untuk pulang semula ke Perak walaupun tiada kerja yang menanti.

Niat saya, kerja je laa apa2 asalkan saya duduk dengan suami.

Sekarang, alhamdullillah, hati saya rasa tenang, rasa tak nak terkejar2 career sampai lupa diri sebagai isteri.

Bak kata pepatah “Yang dikejar tak dapat, yang di kendong berciciran”- itu saya dapat simpulkan pengalaman hidup saya yang sangat berharga untuk saya jadikan pengajaran.

Sekian,

– Melur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *