Assalammualaikum wbt.. Haii admin haii readers semua. Terima kasih admin andai penulisan saya ini disiarkan.
Saya Bobo tinggal dan bekerja di satu daerah dalam Borneo Sabah tapi bukan orang sinilah. Terlebih dahulu saya mohon MAAF ya andai penulisan saya ni tak menyenangkan semua.
Kalau nak kecam kecam sajalah sebab ini hanya saya yang rasa dan alami dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
Saya pernah juga buat kaji selidik dengan kawan-kawan, kawan sekolah kawan sepejabat dan keluarga, kebanyakkan pun bersetuju dengan apa yang saya ingin sampaikan sebab diorang sendiri pun selalu mengalami dan berasa tidak puas hati bukan saya seorang saja ye..
Ok kita sambung..
Kenapa tajuk 5 sen?? Saya terus kepada pointlah ya. Saya tak tahulah ya kalau W* seluruh malaysia ni atau cuma W* di Borneo Sabah ni memang dari dulu tak pulang baki 5 Sen customer??
Kemarin saya pergi kat W* tempat saya selalu pergilah. Saya belilah beberapa item. Sepatutnya ada baki 5 sen tapi resit sahaja saya dapat. 5 sennya tak ada.
Benda ni selalu dah jadi setiap kali saya melangkah masuk kat W* dan membuat pembelian & jika ada baki 5 sen memang haram takkan di bagi balik.
Jadi saya geram dan sakit hati pasal kemarin tu lah saya terkena lagi. Memang ada masa saya bayar guna QR je tapi kemarin saya malas bawa hp jadi bawa dompet je masuk W*.
Tapi tu lah jadi lagi untuk yang ke sekian kalinya mungkin dah berpuluh-puluh kali saya terkena baki 5 sen saya tak di bagi balik.
Dulu awal2 saya terkena mungkin saya boleh redha dan ikhlaskan sahaja. Tapi bayangkanlah ni saya pun dah selalu kena. Jadi pelanggan yang lain tu macam mana ye?? Berapa dah W* ambil keuntungan dari 5 sen setiap pelanggan tadi?
Ini baru di Sabah di daerah saya tinggal. Kalau daerah lain @ seluruh Malaysia??? Tak ke kaya tu walaupun hanya 5 sen. Sehari berapa 5 sen setiap pelanggan W* dapat?? Kalau sebulan dan setahun berapa pula???
Ada tak akta/ arahan/ pekeliling ke yang membenarkan W* ambil baki 5 sen customer tanpa pulang balik??? Tolong ye kalau ada sesiapa tahu.
Ye walaupun hanya 5 sen tu hak saya & hak customer wajib pulang balik. Kenapa kedai lain supermarket lain boleh je pulang balik baki 5 sen. Kenapa W* tak boleh??? Lain kali tampal kat pintu masuk W* tu baki 5 sen takkan dipulang balik..
Saya tahu baki 5 sen je ponnn.. ye memang 5 sen saja tapi tetap BERNILAI bagi saya. Kalau sekali dua kena tak pelah tapi kalau dah kena berkali2 redha tak kita ikhlas tak kita?? Cuba tanya diri masing-masing tu..
Sampai satu tahap saya dah tak ikhlas dah. Saya tak boleh nak jadi orang lain nak ikhlas sentiasa. Ada masa kita boleh ikhlas contoh memang niat kita memang nak bersedekah. Of course lah datang ikhlas tu. Dah memang niat dan ikhlas kita nak bersedekah.. kannnn..
Bayangkan dengan baki 5 sen yang W* tak bagi balik tu, dibayar untuk gaji pekerja W* adehhh haiiii..
Saya kalau boleh tak nak lah bertekak depan kaunter gara-gara 5 sen tu saja. Sebab bertekak macam mana pun W* takkan bagi baki 5 sen tu. Yang saya dapat hanya rasa sakit hati dan geram jelah sambil melangkah keluar.
Sedihkan kisah saya hanya gara-gara 5 sen saja.. umpama terhegeh2 plak saya dengan baki 5 sen saya, hahahaha,
Oklah admin ni sahaja. Harap-harap ada lah pembaca dikalangan staf watson kat sini. Harapan saya juga ada kedai runcit ke supermarket ke tetap memulangkan baki 5 sen customer.
Maaf ya andai ada yang tak suka sila abaikan & tolong fahami apa yang saya cuba sampaikan. Peace!!! Bye.. Assalammualaikaum wbt..
– Bobo (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Saya faham maksud puan tu.. walau pon 5 sen tu x bnyak, tapi is tetap ‘hak’ puan.. klaw dari segi hukum ‘jual beli’, ianya tetsp ‘tidak sah’, jika satu pihak x ‘redhakan’ nilai yg sebanyak tu.. siapa kta nilai 5sen tu x bnyak..? Dlu ada satu kes (yg agak ‘famous’ jugak suatu masa tu..), di mana seorang pekerja bank yg mengambil hanya 1 sen dari pendeposit dlm bnk dia bkerja, selama beberapa lama, dan dia dpt duit yg sgt bnyak, tanpa org lain sedari, mcm tu jugak supermarket yg berkenaan.. satu hari pon dah beribu2 pelanggannya, bayangkn klaw dah sebulan, or setahun, dikali dgn 5 sen, x jd jutawan ke diorang, dgn cara senang2 mcm tu je..? Apa yg puan bole buat ialah; laporkan ke persatuan pengguna yg terdekat (mngkin puan bole ‘google’ nk cari di mana ofis or no.contact nya..), or puan bole juga buat surat or email rasmi kpd KPDNKK, (kementerian yg bertanggung jwb utk menjaga hak2 pengguna semua ni..), diorang mesti ada saluran utk org awam buat aduan.. insha Allah, aduan puan itu akn membantu ramai org lain yg teraniaya, dan mnyedarkan pihak yg nk mngambil kesempatan tu.. skali lg saya ingatkn semua, bkn nilai 5 sen tu yg jadi perkiraan nya, tp hak pengguna yg dah ditipu.. (sama juga dgn supermarket yg ‘bundarkan’ jumlah 1 sen kpd nilai yg hampir, cth : 0.59 sen dibundarkan kpd 0.60 sen..), dlu ada seorang wakil rakyat di parlimen yg bangkitkan mngenai perkara ini, tp lps tu x tau apa yg jadi, tp yg pasti sehingga hari ini, amalan itu masih berlaku, dgn alasan duit 1 sen dah x dipakai, so cba u ols bayangkn, brapa bnyak untong ‘free’ yg supermarket tu suma dah ambil dari duit kita semua, sebagai pengguna..?! Wallahua’lam
Bobo mohon berhenti bodoh.
Nak duit baki 5sen CAKAP!
MULUT ADA GUNA.
Kau luah sini nak acik acik adik jiran tetangga orang lain pula ka minta kan baki?
Bodoh tuh jangan simpan.. Buang!!!!!!!
Mudah saja minta. Dapatlah.
Hantar aduan emel pada pemilik kedai bukan luah sini. Tulisan panjang berjela sebab 5 sen tapi 5 minit nak bercakap pon tak reti??????????????
Mohon pupus saja rakyat Malaysia yang benak begini.
Pekerja kedai pon nampak orang lembab diam cakap lah ada baki ka tidak
Payah nak dapat duit 5sen.
Kalau tiada baki awal dah cakap pada customers takdak baki 5sen.
Tak dak duit kecil bayar pakai QR atau Kad.
Kalau bayar juga Cash minta halal.
Apa la bengap rakyat Malaysia pasal 5 sen pon tak mampu nak selesaikan.
Mohon jangan ada la rakyat Malaysia begini lagi. Mundur negara hal sebegini pon tak mampu selesai sedih acik baca nak