Assalamualaikum, saya nak tips sikitlah atau nasihat dari korang.
Saya ini tengah ada hati dengan sorang lelaki ni. Tapi kawan saya ni label dia lelaki nonchalant. Saya memang tunjuk interest saya dekat dia ni.
Honestly saya yang beria and yang kejar dia tapi takdelah kejar sangat, more to buat first step je lah yang next step tak mampu yela sebab respond pun macam nak tak nak.
Tapi ada masa dia, cara dia respond atau reply macam tunjuk berminat pada saya jugak, atau mungkin cara dia memang macam tu tapi saya yang perasan lebih-lebih. Kadang macam takde perasaan langsung.
Cuma dia memang tak pernah buat apa-apa move pun ada lah sekali dia cuba approach saya, ofcos saya happy tapi mungkin reaction saya beria sangat lah kot. So dia jadi macam erm.
Dia ni introvert punya orang nak order makan pun berbisik dengan orang lain, lepas tu selalu sorang2, duduk sorang-sorang, kecuali bila ada kawan baik dia ni.
Kawan baik dia memang kawan saya juga, dia kalau tengok dari luaran memang dia ni tak boleh hidup tanpa kawan baik dia lah senang cita rapat dia tu.
Yang saya tahu dia ni single lagi. Sebab tu saya nak try dia, saya tak kisah pun sapa try sapa. Walaupun saya ni perempuan, lagipun dia memang nampak pemalu sangat.
Tapi entahlah, sebab dia ni nonchalant saya pun macam rasa nak give up sebab taknak lah tunjuk beria sangat. Saya pun ada maruah takde lah terdesak sangat, saya suka personaliti dia, sebab tu saya nak dia.
Tapi saya tahu kalau lelaki tak tunjuk langsung tertarik dia dekat orang tu memang takde harapan lah kan? Ke macam mana?
Saya ni pernah sekali je berpasangan itupun hati saya terpaksa. Kali ni saya macam ikhlas, tapi saya tak berharap pun.
Saya memang tak puas hati dengan reaction dia tau, kadang okay macam nampaklah tak bertepuk sebelah tangan, kadang macam off, kadang memang ignore saya terus.
Saya okay je mana-mana actually, dia nak terima saya atau tak, saya terima je dengan hati terbuka. Tapi tulah lelaki ni hmm susah betul nak baca.
Jadi macam mana eh? Perlu ke saya sambung keberiaan saya.
– Wawa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Awak, guna orang tengah la. Bgtau kat kawan baik dia tu yg awak suka kat dia. Nak kenal lebih rapat. Satu lagi, jangan la tunjuk yg awak tu terhegeh2 sgt nk kat dia. Jangan tunjuk kita ‘murah’. Banyakkn doa pada Allah. Klau Allah memang nak awak berdua berjodohan, Allah yang akan jentik hati & perasaan dia untuk dapatkan awak. Org perempuan yang ‘dikejar’ biasanya lebih bahagia dalam hububgan. Lg2 klau dah berkahwin. Sebabnya, si dia yg nak kan kita. Dia akan sanggup buat apa saja, berkorban mcm2 & dengar nasihat atau cakap kita asalkan kita happy. Tak payah susah2 sgt, janji ada ‘two tango’ hubungan tu dh sweet dah. Nak bgtau, jodoh ni, mmg susah kita nak dapat, sb tu klau Allah dh bg peluang berkahwin, jaga hubungan sungguh2. Sebab, ramai jg yg Allah beri jodoh, tp persiakan pasangan & act mcm diri tu masih bujang. Padahal, dia x tau kat luar sana betapa ramai org bujang yg hati meronta2 minta Allah ketemukn jodoh yg tepat untuk dorg. Byk2an berdoa pd Allah tau.
Wawa,
He is not into you, atau ada avoidant personality. Boleh google. Tapi saya berpegang pada satu truth: if you are confused, means he is not interested. Bayangkan kalau you kawin, dia akan masih orang yang sama, dan dia hanya akan tadah je perhatian dari you, tapi dia takkan mulakan dulu. Awak akan frust dan rasa lonely. It will be a one sided marriage. Sekarang pun awak dah rasa anxious tunggu respond dia, bayangkan kalau dah kawen. Trust me. Saya dah hadapinya. Let go.
Salam,
Lelaki nonchalant nih jenis steady, lelaki nonchalant nih kalau dia dapat berita buruk, contoh rumah dia dilanda banjir, dia masih santai teruskan kerja kat office macam biasa, walaupun orang sekeliling dia panik, asyik tanya why dia santai jer, dalam fikiran dia tak kan dia nak balik rendah banjir. Mana barang yang elok Alhamdulillah, mana barang yang rosak tak ada rezeki nak pakai lagi.
Kebanyakan lelaki nonchalant nih orang yang berjaya, bergaya & pandai bergaul. Pernah tengok ketua pelajar yang handal urus isu isu pelajar, masih mampu jadi top student walaupun busy urus masalah itu ini, event itu ini. Ini contoh lelaki nonchalant, banyak isu, banyak beban, banyak tanggungjawab tapi masih steady.
Lelaki nonchalant sangat pandai bergaya, sebab mereka kurang bercakap pekara kosong, cuma cakap benda penting, jadi pemakaian mereka always speak for them. Orang perempuan yang nonchalant kalau duduk sebelah lelaki nonchalant, dia macam ada fashion show kat university, because they carry themselves very well, carry their image tactfully based on event.
Lelaki nonchalant nih hebat dalam bergaul. Anda boleh tengok geng dia semua padu padu. Semua achiever. Tak kira kawan dia perempuan atau lelaki, semua karakter hampir sama dengan dia A+ student, anda perlu jadi antara yang berjaya untuk join spotlight dia. Sekian laporan tentang lelaki nonchalant.
Jadi kepada para perempuan yang decides nak kejar lelaki. Let say lelaki tuh mental, dia tak pandai bergaul, jenis passive aggresive, jenis bagi mix signal, low response, main tarik tali bagai. Tak pandai bersosial. Anda setuju untuk penatkan diri dan minda anda, sebab mungkin anda fikir ini cabaran, dan anda banyak masa terluang, is up to y’all. The choice is in your hands.
Obviously perempuan yang mengejar lelaki, diorang ada daddy isu, iaitu isu tentang ayah mereka. Ayah yang tak care pasal mereka, tak supportive kat mereka, ayah yang jarang komunikasi dengan mereka. Ayah mereka ada kat rumah tapi macam tak ada. Ayah yang pilih kasih. Ayah yang tak bagi emotional support kat mereka. So lelaki yang perempuan kejar nih adalah cerminan kepada ayah mereka. Sikap lelaki tuh sama macam sikap ayah mereka. Macam mana perempuan tercari cari kasih sayang ayah sendiri yang tak kunjung tiba, macam tuh lah perempuan tercari cari kasih sayang orang lelaki yang dikejarnya.
Waktu single, banyakkan berkawan, berapa banyak lelaki pun yang anda nak kenal, tak ada larangan, dari situ anda belajar banyak tentang lelaki, face to face, eyes for eyes, boleh cari tahu perangai lelaki dari negeri Kelantan macam mana, cara pemikiran lelaki negeri Kedah macam mana, boleh faham cara komunikasi lelaki Selangor macam mana, boleh tahu cara pergaulan lelaki Penang macam mana.
Lagi banyak ilmu, lagi banyak benda anda boleh tapis. Boleh disesuaikan dengan anda. Lelaki mana yang sesuai jadi kawan, lelaki mana yang sesuai jadi geng futsal, lelaki mana yang sesuai jadi kawan assignment, lelaki mana yang sesuai jadi geng pergi konsert. Mana yang sesuai jadi kekasih. Waktu single nih banyak option, jadi letakkan orang lelaki nih sesuai dengan tempatnya. Jangan kawan yang kaki bangku pergi bawa main futsal pulak, kalah lah team. Jangan kawan yang malas dijadikan team assignment pulak, melingkup lah assignment. Jangan lelaki yang tak nak couple diajak couple pulak, melingkup lah relationship.
Once anda letak orang lelaki di tempat yang betul, sesuai dengan peranan mereka, akan kurangkan masalah, lebihkan fun. Faham ada perempuan yang suka masalah, macam yang selalu dipesan, don’t creates a problem you can’t solves. Kalau patah hati dengan orang yang ada kejar, boleh buat anda sakit, menderita bertahun tahun, jadi trauma terdalam, jadi anda tak akan percaya cinta lagi, better stop for a while, fikir, berbaloi ke. Kalau patah tangan excident dapat insurans Rm10k. Nih patah hati, tak ada bayaran. Hati sakit fulus tak ada.
Women’s relationships with their fathers are something they have to think about when it comes to the men they pursue. If they can see any similarity in character, so she actually chases after their father in another man’s body. That is why that man treated her like their father. Avoided & careless. So this man is just a lesson for her, to teach her to love herself first.
Tutup salam.
Tak semestinya suma ‘teori’ awk tu betul.. ada je org pompuan yg ayah nya ‘tak peduli’ dgn nya jd ‘tercari2’ lelaki sbb xdpt kasih syg seorang lelaki brnama ‘ayah’.. malah dia lbh senang ‘membenci’ lelaki, sbb mnganggap mrk lbh krg ‘serupa’ dgn lekaki yg pertama dia kenal; iaitu ayahnya.. dlm dunia ini, manusia membawa ‘watak’ masing2, mngkin hasil dari didikannya sejak kecil, atau pon pengalaman yg telah dia lalui.. bkn semua yg ‘pendiam’ itu tak pandai bergaul.. mngkin mrk memerhati ‘gelagat’ manusia di sekelilingnya dan dpt menilai dlm diam.. klaw sya jd lelaki pendiam pon, tak semestinya saya suka kpd perempuan yg terlalu peramah, atau pon terlalu cepat ‘excited’ dan memulakn langkah yg ‘berani’ dlm perhubungan.. lebih prefer kpd seorang yg ‘tenang’ (calm), dan sederhana dari segi penampilan dan sikap yg ‘cool’ shj.. so, para wanita.., jaga lah maruah n tingkahlaku msg2, keyahui lah bhw, cantik di dlm hati itu lbh mnyerlah dari kecantikan fizikal yg direka utk menutupi sifat dan sikap sebenar anda yg ‘kurang cantik’.. hanya lelaki yg melihat dgn mata hati yg tahu sifat & sikap anda yg sebenar.. wallahu a’lam bissawab..
Tanya dia sama ada dia suka dengan kamu atau tidak? Mahu jalinkan hubungan serius atau tidak. Jika tidak, move on cari yang lain. Lelaki kalau dia suka dia akan bersungguh2 kejar kamu.
Nasihat drp introvert