Best Friend Dan Hutang

Hello guys, aku Daisy. This is not my first confession, sebelum ni pernah post tapi bertahun sudah lah.

Aku buat confession ni untuk tau apa comment kamu pasal cerita aku ni. Lagipun tiada sesiapa yang kenal aku di sini dan aku rasa tiada orang yang tau aku cerita ni pasal siapa. Lagipun orang yang aku mention dalam cerita ni aku pasti ya memang tidak buka or baca di page confession ni. 

Aku ada bestfriend nama dia Tulip. Kenal dari tempat kerja tahun 2022 sampai sekarang 2024 still going on. Kami beza agama dan umur kami bawah 25 tahun dan aku paling tua.

Aku ni jenis introvert dia pula extrovert. Kami banyak share cerita personal segala rahsia semua kami tau memang sama sama selesa berkawan. Senang cakap aku ngam dengan dia, dia pun ngam dengan aku. Tapi dia ada bestfriend lain aku pun ada bestfriend lain juga. Sebelum tu aku kasih clear dulu supaya kamu paham. 

Gaji bersih kami inda tetap biasa RM1300-1500. Aku jenis yang pandai simpan duit dan komitmen sebulan inda sampai RM500 so ada banyak lebih lah. Belanja pun biasa ja. Aku jenis yang suka belanja orang. Inda bekira kalau aku sudah sayang, dan jenis inda suka berhutang dan PANTANG orang berhutang inda bayar dan Tulip tau benda tu.

Tulip pula banyak komitmen bagi mamabapa (inda bersama tapi gantung inda becerai) belanja adik sambung belajar dan selebih nya beli keperluan dan kehendak dia lah. 

Memang inda dapat simpan duit, inda cukup duit, tiap bulan memang ambil advance. Bagai langit dengan bumi lah keadaan kewangan kami.

Tahun 2022 kalau inda cukup duit selalu pinjam dengan aku. Dia lebih senang pinjam dengan aku dari family or bestfriend dia yang lain. Pinjam dari puluh-ratus (bawah RM300 paling tinggi) tapi memang sentiasa dia bayar lepas gaji tiap bulan. Aku pun tiada masalah suka ja tolong/belanja dia lagi pun duit aku banyak lebih masa tu. 

Pinjam bayar pinjam bayar sampai lah lepas raya 2023 dia inda kerja sudah tanam anggur ja sampai bulan July 2024 baru dia kerja. Hutang sebelum berhenti memang sudah settle. Masih berkawan hang out pun aku belanja paham dia tiada duit kan.

Dia ada tunang, tunang lah tanggung dia mana yang termampu (tinggal bersama belum nikah). Then, 5/1/2024 dia chat tanya boleh tolong kah sebab dia ada pakai SPAYLATER dalam RM250 lebih dan limpas due date dia inda dapat bayar tiada duit. 

Pihak shopee balik balik call tagih, account pun tak silap difreeze kena bayar baru boleh guna balik. Jadi aku baik hati sayang bestfriend kan aku transfer lah. Dia cakap inda janji tapi memang bayar sikit sikit tunggu dapat kerja.

Aku pun inda kisah masa tu sebab sebelum ni dia hutang memang dia bayar jadi aku inda strict sangat sama dia dan bila dia order barang di shopee sampai tempat kerjaku pun aku tolong bayar masuk hutang lah. 

Sampai lah Mei 2024 dia minta temankan tidur hotel sebab ahad tu dia ada interview di bandar. Sabtu malam tu dia pergi clubbing (dekat dengan hotel) dengan bestfriend nya. Dia ada bawa jua tapi aku inda mau ikut sebab jenis ku nakal tapi inda sampai masuk club/mabuk. Jadi malam tu dia pergi enjoy aku tunggu di hotel ja.

Dia bayar hotel sehari aku bayar sehari (3d2n 11hb-13hb) sabtu malam-pagi isnin. Owh lupa aku everyday kerja ya tiada cuti ahad ja half day. Lama inda spend time together. 

Lupa pasal duit pengeluaran kwsp nya tu aku inda tau ya ada keluarkan kah inda ya inda cakap aku pun senyap inda tanya. Kalau keluar pun aku inda rasa jua ya mau bayar hutang pakai duit tu. Paling pun ya pakai enjoy beli phone. 

Jadi banyak cerita, gosip, ketawa dan tiba tiba keluar plan mau bercuti nanti dan malam tu juga kami mohon pengeluaran akaun flexible kwsp tu tulip (RM800 lebih by cash sebab tiada bank) aku (RM1000 direct bank).

Aku pun okey ja, time tu dalam otak tengah happy inda sabar mau becuti. Masa tu dia sudah putus tunang tapi tunang dia inda mau lepaskan dia. Relationship dorang ni macam main tarik tali ya inda mau tapi masih jua layan, kejab block kejab unblock. 

Sudah putus jadi dia kan bebas lah tiada kena control. Jadi dia ada bekawan keluar dengan 2-3 orang lelaki dalam masa yang sama. Lelaki tu semua jenis mendulur inda kedekut biarpun nada ikatan tapi dorang belanja beli skincare beli barang, bagi duit.

Balik dari hotel, besuk nya 14hb tu ya chat suruh pilih tarikh bercuti. Actually aku plan lama lagi sebab mau gumpul duit prepare betul betul, sekali ya cakap mau pigi awal jadi proceed ja lah. 

Lucu kan yang tiada duit tiada kerja pula plan mau bercuti cepat cepat hahaha. Dapat lah tarikh 7-10 June (4d3n). Tulip tiada bank, sebelum ni guna bank ex tunang (pakai online ja card sama ex tunang).

Jadi mau becuti indakan mau bawa card bank mama nya. So mau buat bank tapi mau deposit dia kan inda kerja duit pun tiada. 27Mei, Again aku baik hati sangat kasih transfer dia RM250 untuk deposit buat account bank (Bank Islam). Dia cakap ada baki ya transfer balik sekalinya tiada baki. 

Sebab Bank Islam charge dekat RM250 tu (inda ingat apa tapi dia ada sebut insurance). Then 28Mei dia chat sedih hampa sebab dia call Kwsp, Kwsp cakap kena tunggu HQ Kuala Lumpur proses untuk pengeluaran tu. Dia kan by cash. Jadi plan nya mau pakai duit kwsp untuk belanja tu tinggal mimpi ja lah.

Jadi dia pun berhasrat mau pinjam RM500 untuk belanja bercuti, nanti dapat sudah kwsp baru ya bayar balik. Aku pun green light lah ngam time tu ada duit lebih kwsp ku pun sudah keluar. 

Mau cancel pun sayang lagipun semua sudah beli online ticket bus dan hotel (Total bahagi dua lah ya punya masuk hutang). Then, 29Mei ex tunang nya sewa kereta (selama ni ada motor ja) bawa dia jalan mau ambil hati si Tulip, kena belanja buat keratin rambut ada offer RM99 semua tunang nya bayar. Mau bercuti kan ya mesti lah mau cantik cantik.

Ooo ya aku beli luggage baru. Dia pun beli tapi guna duit siapa aku inda tau (malas mau tanya) time tu ya beli jalan sama bestfriend nya. 

Then hari berganti hari sampai lah masa untuk holiday. Semua nya smooth happy excited first time bercuti berdua biarpun dia guna duit pinjam dan aku pun terpaksa pinjamkan duit.

Lepas berapa hari balik dari bercuti, Dia jalan sama ex tunang nya di 1 shopping mall, sudah putus benci block maki maki tapi masih boleh pula bejalan sama sama tinggal tidur sebilik. aku pun inda paham cara relationship durang ni. Jadi ada vacancy kedai kasut branded ya pun try. 

Kena suruh datang interview dan syukur lah lulus 14@15hb ya start kerja. Aku pun happy cepat dapat kerja cepat lah habis bayar hutang nya. Ya kerja ex tunang yang ambil hantar kadang naik bus, ya tinggal serumah sebilik, 1 family sama ex nya tu.

June tu banyak kali chat pinjam duit untuk pakai belanja tambang bus aku pun keep on bagi. Tapi aku rasa mau hempuk iya, pasal apa?Dia baru mula kerja patut bawalah bekal supaya lagi jimat tapi ya boleh beli kfc mcd, beli tapau di kedai dalam mall tu. 

Bila duit yang dibagi tu habis senang ja dia chat. Suruh transfer, minta pinjam pun tiada sudah kata “tolong?” or “boleh?”. Main minta ja begitu inda rasa segan or malu. Aku pun keep on bagi dan bagi sebab aku rasa kesian dan duit di bank time tu ada banyak.

Then 5July ya chat cakap gaji bulan july ni baru ya start bayar hutang. Sebab June kan sekejab ja dia kerja gaji pun sikit. Dia cakap ex tunang nya mau tolong kongsi bayar hutang nya tiap bulan. 

Dia cakap sekali bayar dalam RM200-300 supaya cepat habis. Dia cakap begitu aku pun okey lah senang hati. Then bulan July tu pun sama minta transfer berkali-kali. Sbelum ni ya ada cakap kan mau bayar RM200-300.

Tapi 5August dia bayar RM50 ja dari total hutang nya RM2000 lebih. Aku pun malas mau minta lebih syukur saja dia ada bayar. Tapi aku bepikir lepas ni inda mau sudah pinjam kan duit inda mau bagi muka sudah. 

Then 30July dia mau advance aku berat hati mau bagi tapi aku bagi jua dan aku ada cakap “last sudah ahh lepas ni nada sudah” dia cakap okey. On 15August tu dia ada chat mau advance RM50 for lunch.

Aku buat hati keras “tiada isi duit di bank” then dia tanya lagi “any puluh?”. Aku tanya lah inda bawa bekal kah. Dia cerita ya sudah masak telur sambal 5biji (belah 2) malam tu. Pagi dia bangun mau sedia bekal, telur tu tinggal 1 belah ja inda tau siapa yang makan. 

Bagi ku boleh kan masak telur baru or bawa ja nasi nanti beli lauk sikit. Tapi dia pilih untuk menyusahkan aku. Inda mau tolong tapi rasa kesian end up kita tolong juga. Hmmmm jadi aku transfer lah iya RM10 niat sedekah ja.

20August dia ada chat “boleh sudah advance kah” aku try susun ayat. Aku jawab “tiada tiada hutang mu masih banyak, lagipun aku inda isi duit, kau pigi lah hutang sama si Rose(bestfriend nya) or sama bos or orang yang banyak duit hahaha”. Dia pun “hahahaha”.

Memang inda lah bestfriend nya tu mau bagi pinjam. Sebab Tulip pernah cerita dorang tu gaji pun cukup makan ja mau bayar loan kereta lagi. Lupa cerita, abang si Tulip ada ambil kereta secondhand bayar ansuran. Tapi si Tulip sama ex tunang nya yang guna untuk ambil hantar dia pigi kerja.

Jadi dorang dua lah yang bayar ansuran tu (bulanan mungkin inda sampai RM500). Itu lah duit pinjam tu cepat habis sebab beli minyak kereta tu lagi. 6Sept dia ada chat mau pinjam. Belum gaji duit tinggal ringgit ja. 

Tapi aku sedang holiday aku kasih biar ja chat nya. Then hari yang sama masuk gaji sudah dia bayar hutang RM100. Lepas tu 13Sept pagi aku baru reply and dia cakap dia pregnant and bulan 10 ni nikah dengan ex tunang. Terkejut tapi apa boleh buat sendiri cari masalah.

Then 24Sept tiba tiba dia chat di Ig suruh wassap di nombor tu(no ex tunang nya). Rupanya iphone xsmax dia rosak screen hijau. Dia ada cakap kira kira mau ambil iphone 13 ansuran. Ya try mohon dulu kalau diluluskan. 

Hmm hutang sama aku pun belum habis mau ambil hutang baru lagi. Total belanja bercuti RM600lebih. Total hutang yang mcd, duit, shopee, reload dan lain lain lah RM1500 ke atas. Bila dicampur semua total hutang dia dari Jan-Sep RM2000 lebih. Baru bayar RM100+RM50. 

Maghrib tu ya chat “aku kira kan pinjam handphone (jenama) mu tu seminggu, kalau dapat kalau diizinkan tapi kalau inda dapat aku paksa jua hahhahaha”. Aku ada 2 phone 1 tablet. Aku inda balas aku rasa annoying baca permintaan nya tu. Sudah pinjam duit sekarang mau pinjam barang lagi.

Tapi aku kesian kan iya jadi aku reply besuknya. Aku boleh bagi pinjam ya tab saja sebab tab tu aku jarang guna baru beli 1 bulan tapi tab murah ja lah. 

Aku pesan pakai bagus bagus, ya pun okey ja asal dapat wassap/call untuk urusan kerja. Jadi malam tu dia datang ambil di rumah aku bagi full box. Ya ada mohon ansuran iphone tu inda lulus sebab pakai AEON. Lepas tu ya tanya di Switch kena buat card credit baru boleh. Jadi sampai sekarang ya masih guna tab tu.

Then, 11Oct tu dia chat cakap inda jadi nikah 18Oct ni tunda pigi 1Nov. Aku reply 12Oct lepas tu aku tanya dia “bulan ni nada bayar hutang kah?”. 

Dia jawab “macam tiada sebab gatal mau kawin” aku pun reply sticker ja lah. Aku memang agak sudah ya inda bayar hutang sebab biasa sebelum 10hb dia sudah transfer ini lebih sudah.

Emm, sampai situ ja cerita ku. Nanti kalau ada yang baru aku buat thread lagi. Kalau kamu tanya jadi what is the problem? Okey, After all the story details aku cerita di atas tu. Membawa kepada perasaan aku yang sekarang ni. 

Aku rasa aku dipergunakan. Aku rasa bestfriend aku sendiri ambil kesempatan atas kebaikan aku dan kelembutan aku. Salah kah kalau aku rasa begitu? Atau aku ja yang overthinking sebenarnya?

Dia pernah cakap aku ja kawan dia yang selalu tolong dia bila susah biarpun baru kenal sekejab berbanding kawan yang dia lama kenal. Tapi sekarang ni dia cross the limit aku inda pasti dia sedar atau inda. Yelah dia pinjam duit sebab tiada kerja. 

Sudah kerja pun masih pinjam duit sebab inda cukup. Bila dia bayar hutang pun RM50/100 lepas tu dia mau pinjam lagi. Sekiranya aku bagi, tambah lama lah hutang tu mau habis kan. Sebab aku tahu tahap kewangan dia macam mana.

Gaji yang ada tu pun inda cukup. Bayar hutang sama aku RM100/50 sebulan tu kalau aku kira dalam 1-2 tahun baru dia habis bayar. Aku inda mau terlampau lama baru habis. Hmm. Aku sayang dia dan aku sayang friendship kami. 

Betul lah orang cakap. Kalau boleh elakkan dari hutang menghutang duit sama kawan rapat/family sebab pasal hutang ni boleh jadi punca pergaduhan dan boleh merosakkan hubungan. Kadang rasa macam semua ni salah dari aku yang terlalu bagi muka sama dia. Kamu mau cakap aku ni bodoh kah apa kah go on.

Tapi sama dia saja aku jadi bodoh ni kalau sama orang lain yang inda bayar aku terus maki ja marah marah. Maybe sebab dia bestfriend dan aku inda expect jadi begini.

Okey lah kepada yang sudi baca cerita dan bagi sedikit kata kata. Thank You sangat. 

– DAISY (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *