Anak Ramai

Assalamualaikum, terima kasih kepada admin sudi siarkan cerita aku ni.

Hai semua, aku ada nak berceloteh sikit. Dah lama aku duk memikirkan tentang ni.

Aku ada 9 adik beradik, mak ayah masih ada. Kami duduk rumah teres. 4 orang dah berkahwin, yang lagi 5 bujang ada yang masih sekolah, belajar universiti & ada yang sudah bekerja (kerja biasa2).

Aku antara yang bekerja biasa2 tu. Baru abis belajar, mak aku tak bagi travel jauh sangat. Dia risau sangat aku ni perempuan, dahla selalu sakit.

Sebab daripada kecil aku selalu tak sihat. Kalau period, aku punya senggugut sampai pitam lah. So aku lepas habis belajar, kerja biasa2 dekat pekan rumah aku ni.

Berbalik pada kisah anak ramai. Kami kan adik beradik 9 orang. Yang mana dah bekerja ni, ada kereta sendiri.

So bila semua balik untuk hari perayaan atau cuti umum ke memang penuh kereta anak beranak kami je. Sampai terpaksa parking di depan rumah jiran. Tapi sebelum park dekat area depan rumah jiran tetangga, kami minta izin dulu.

Sebelum ni jiran2 kami semua okay. Tapi baru2 ni kami ada selisih faham sikit dengan jiran baru kami. Dia baru pindah di sebelah rumah kami.

Pemilik rumah lama sebelum ni okay saja bila kami tumpang parking kereta di depan rumahnya. Sebab tidak menghalang laluan serta rumahnya berada ni corner lot. Tetapi jiran baru kami ni tidak suka kami park di area rumahnya.

Dalam situasi ni memang salah kami, jadi ayah dan mak memang bagitau kami jangan lagi parking di area rumah jiran sebelah bila balik ke sini.

Haritu ayah aku sakit lama, abang kakak aku ada yang balik dan bercuti lama untuk jaga ayah. So kereta diorang terpaksa tumpang parking merata. Tapi parking rumah jiran yang okay dengan kami lah.

Bila jadi situasi macam ni kan, aku jadi takut pulak nak beli kereta sebab aku ni dahla duduk dengan mak ayah aku. Ish kang aku terpaksa parking merata kereta aku.

Lagi satu aku terfikir, bila keluarga ramai ni, tak sesuai pulak duduk rumah teres yang parking memang terhad ni. Jadi malu pun ye nak menumpang halaman depan rumah orang.

– Aku (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. sbb isu parking kt rumah teres nie laa.. aku terpaksa beli studio tingkat 20.. projek depan rumah teres aku aje.. sbb nak parking keta aku yg family car nie jarang2 guna.. so letak kat situ… 😂

  2. Adab berjiran. Cuba kalau jiran lain buat kat depan rumah kau. Bengang jgk kan?? Dah tahu rumah teres parking limited.. pergi la parking jauh sikit. Layan je lah kena jalan jauh pun. Aku mmg Anti jiran parking area rumah aku. Menyusahkan. Satu kerja pulak aku nak masuk nak keluar kena panggil korg.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *