Mimpi Ditindih

Assalamualaikum. Dulu masa saya form 1, kakak saya (form 2) ada kem pengawas di kawasan hutan. Balik balik kem je dia terus tidur kepenatan. Bangun bangun tidur je dia terus marah saya.

“Kenapa tak kejutkan kakak? Penat kakak jerit minta tolong!”

“Ha, tak dengar apa apa pun?”

Jadi di situ bermula episod kakak saya mimpi kena tindih. Dia kata masa tidur tu dia letak satu tangan atas kepala, satu lagi atas badan. Bangun bangun tu dia rasa dia dah gerakkan dua tangan dia, tapi ada lagi 1 tangan atas badan. Time tu terus kena tindih.

Kejadian tu hampir setiap malam kakak kena dan banyak kali saya kena marah sebab tak kejutkan dia. Mana lah saya nak tahu dia tengah bergelut masa tidur kan, haha.

Sampailah satu masa tu giliran saya merasa kena tindih. Benda ni macam jangkitan ke sebab saya tidur kongsi katil dengan mangsa tindih? Haha.

Pengalaman awal awal kena tu saya tak berapa ingat sebab mild je. Jadi saya kongsi pengalaman ditindih semasa saya form 3.

Time ni saya masih sebilik dengan kakak tapi waktu tidur saya akan tidur di sofa ruang tamu tingkat bawah sorang sorang sebab tak tahan sejuk aircond bilik.

Masa dah tutup lampu, dah baring mata dah pejam ready to take off. Saya terdengar suara adik saya yang berumur setahun tengah ketawa di sebelah telinga. Time tu dalam kepala saya fikir, tak tidur lagi budak ni.

Tapi tiba tiba saya tersentak, masalahnya mcmana budak kecik ni turun tangga? Kenapa mak biar dia sorang sorang?

Belum sempat saya buka mata, saya terus kena tindih. Rasa macam jatuh bangunan yang tinggi, tak sampai sampai ke dasar. Saya pun mula baca ayat qursi. Baru rasa dilepaskan, rasa macam terdampar ke persisiran laut, darah pula rasa mengalir laju satu badan.

Another episode, tengah sedap baring hampir nak tidur tu, dah mula rasa jatuh bangunan tinggi. Tak sampai sampai ke dasar.

Saya cuba lawan, cuba buka mata. Alhamdulillah dapat buka! Tapi nampak badan saya terbaring kaku, nampak siling nampak kipas tapi tak boleh gerak. Haish nak jadi apa pulak ni. Tiba tiba rasa macam ada sesuatu dari atas slowly cuba hempap badan saya. Terasa dari dada perut kaki.

Sebelum jadi apa apa baik saya mula baca ayat qursi. Tapi terbaca surah al ikhlas. Lantakla. Alhamdulillah berjaya bangun. Time ni dah tahu dah kena ludah kiri 3x dan tukar tempat tidur. Lepas tu dapat tidur lena.

Another episode, macam biasa rasa jatuh bangunan, dapat buka mata tapi badan kaku. Saya nampak tepi saya ada seseorang sedang solat pakai telekung saya! Ei seram. Okaylah malas nak tunggu makhluk tu jadi benda lain, saya terus baca Al Fatihah. Alhamdulillah lepas.

Another episode, saya tertidur di bilik tetamu. Masa kena tindih tu mata terbuka, nampak lah stand fan Toshiba tu pusing kiri kanan. Time ni saya dah frust gila, nak mimpi apa lagi. Makin zoom kipas tu pulak, nak transform jadi makhluk lain la tu.

Dalam mimpi tu saya cuba ludah kipas tu cuba jerit sebab marah dan penat nak hadap mimpi ni. Tapi tak lepas, masih rasa berat dan jatuh bangunan. So memang akhirnya kena baca ayat ayat suci Al Quran baru lepas.

Banyak lagi lah episode, dikerumun makhluk pakai kain warna coklat lah kena jerit dengan orang yang kena rasuk lah macam macam. Dan background semua suasana saya tidur.

So time ni saya nak buat eksperimen. Masa nak tidur tu saya pakai sleeping eye mask. Padan muka setan tu mesti tak boleh nak guna vision mata untuk tindih saya haha. Alhamdulillah lepas tu berkurang sangat drastic kes mimpi kena tindih tu.

Oh ya, sebelum tidur tu saya amalkan baca Al Fatihah, 4 qul dan ayat qursi. Tips untuk saya ni kena baca duduk. Kalau baca time baring memang baru baca bismillah tu badan dah shut down.

Lepas tu saya banyak buat pembacaan pasal lucid dream dan astral projection (boleh terbang sekeliling badan yg sedang tidur dan boleh tinjau tinjau). Orang barat kata benda ni berlaku bila badan terlalu penat.

So letak badan je, badan shut down tapi otak masih ligat lagi. Tu yang signal otak tu merapu kena tindih la apa la. Tapi persoalan saya, kenapa perkara ni pasti tumpas dengan ayat quran? Apa penjelasan sebalik tu kalau benda ni bukan gangguan setan jua?

Ada satu kali tu dah malas nak tidur pakai sleeping mask masa kat matrik. Terkena tindih time tu. Badan saya terapung berpusing pusing atas siling bilik asrama tu aduhai. Macam dibawa mengembara pulak.

Dari pandangan atas, saya nampak macam ada satu makhluk yang lari laju sangat ke depan ke belakang banyak kali sampai nampak macam imbasan kereta f1. Laju dan jelas makhluk tu sebut La Ilaha Illa Allah repeatedly.

Mimpi ni saya tak kisah sebab tak menakutkan so saya layan je sampai terbangun esok paginya.

Fast forward, dah 16 tahun saya hadap on off tidur kena tindih sejak kakak saya bawak jangkitan tindih tu, hehe.

Ada la beberapa kali kena tindih juga, nampak makhluk hitam melekap kat dinding lah, ada seseorang memerhati kat luar bilik lah. Semua tu saya pasti adalah gangguan setan. Mungkin itulah sebabnya Nabi kita saw banyak panduan doa.

Sebelum tidur ada doanya, selepas tidur ada doanya. Pakai baju pun ada doa. Semua tu banyak khasiatnya untuk kesihatan dan keselamatan kita.

16 tahun lepas saya amalkan sebab nak selamatkan diri daripada gangguan, kini saya amalkan sebab Nabi suruh dan untuk dapat redha Allah. Apa yang Nabi anjurkan pasti ada khasiatnya. Dengar dan amal, dengar dan taat.

Sekian dari saya mangsa jangkitan tindih.

P/S : Saya dan kakak bercerita kat mak pasal kena tindih ni. Tak pasal pasal mak pun dah start kena tindih. Maafkan kami mak.

– Puan Singa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *