Perjuangan Mencari Jodoh Yang Terbaik

Assalamualaikum dan hai semua. Penulisan ni sedikit panjang dan tak penting sangat. Jadi kalau malas baca, jangan baca ye. Hehe..

Sedikit perkongsian, luahan dan mungkin ingin memberi dan menerima sedikit motivasi untuk terus gagah menghadapi jalan kedepannya.

Aku anak bongsu dari 9 beradik. Semua sudah berumah tangga dan tersisa aku dan dua abangku belum berkahwin. Umurku menghampiri 30 tahun.

Abang kedua bercerai 2 kali. Abang keempat ku bercerai sekali. Dan terbaru abang kelima pula bercerai. Semua mereka menduda sampai sekarang dan keempat-empat bekas kakak iparku semuanya sudah berkahwin lain.

Punca? Entahlah. Ada kakak iparku curang. Ada kakak iparku bagitau abangku baran. Ada kakak iparku suka bercerita dia ada scandal. Ada kakak iparku bising abang aku gaji kecil tak boleh beli kereta. Ya ada redflag masing-masing. Jadi aku tak menyebelahi siapa-siapa.

Bermula dari situ, aku seperti sudah tawar hati dan trauma untuk berkahwin. Tak ada yang indah di mataku masa tu. Tetapi sahabat-sahabat banyak memberi sokongan dan pesanan. Sebab tengok kawan-kawan ada yang bahagia, aku pun berimpian yang sama.

Sekarang aku sedang dalam fasa mengenal hati budi seorang lelaki yang ku kenal di sebuah platform cari jodoh. Sebenarnya ini lelaki yang ke 3 yang aku beranikan diri untuk bertaaruf.

Cerita taarufku sebelum ini semua berakhir gagal. Bermula dengan seniorku yang sedikit memberi harapan, tiba-tiba menghantar kad jemputan. Aku anggap cuma aku yang bertepuk sebelah tangan. Bermula dari itu, aku mula serius bertekad untuk mencari jodoh yang terbaik untukku.

Lelaki pertama kawanku yang recommend. Kawan sepupunya. Kenal sebulan lepastu kena ghosting, tahu-tahu dia viral di tiktok dan ramai komen pernah berkenalan dengan lelaki tu yang hanya nak test market.

Masa tu kecewa sangat la aku ni sebab dia dah janji nak kahwin dan nak jumpa family. Sebabkan tu first time aku buka hati nak kenal orang, memang frust juga. Rasa tak nak kahwin terus dah masa tu. Sebenarnya syukur sangat dijauhkan. Tapi hikmahnya lambat aku sedar.

Tetapi macam biasa kawan-kawan nasihat lagi, jangan putus asa dalam cari pasangan yang terbaik. Aku cuba lagi, bertaaruf dengan seorang lelaki lain.

Aku pernah kenal adik beradiknya. Jadi lebih senang dan tahu latar belakang. Masa ni aku silap langkah lagi, setahun berkenalan tapi seperti tiada arah tuju. Aku beranikan diri untuk tanya, apa arah tuju hubungan ni.

Akhirnya dia kata dia belum bersedia, kewangan belum ada. Sekali lagi aku kecewa. Rasa penat menunggu dan tiada hasilnya. Masa tu, aku rasa penat sangat. Membazir masa je, kalau belum bersedia dan belum ada kewangan yang cukup, tak perlu la mulakan.

Masa tu aku rasa penat sangat dah. Penat la nak kenal orang baru. Nak cerita semula nama, tentang keluarga, hobi minat, tujuan dan perancangan kahwin, malas dah rasanya. Sampai niat tak nak kahwin la, kumpul je harta banyak-banyak nanti duduk rumah orang tua.

Tapi, benda yang sama jadi. Kawan pesan jangan putus asa, Allah akan balas balik usaha-usaha untuk menyempurnakan sebahagian daripada iman tu.

Maka, aku mulakan misi mencari jodoh di platform jodoh. Letak username dan berbondong-bondong lelaki dm. Penat weh nak tapis. Ada sorang tu, aku save dan cari gambar yang dia bagi tu dekat google lens tu. Rupanya dia tipu dan ambil gambar tu kat google. Dasar lelaki jahat.

Ada la beberapa lagi yang aku balas dm, bertanya soalan-soalan penting sebelum mengambil keputusan serius untuk taaruf.

Pening laa balas ramai-ramai. Aku jenis fokus seorang pada satu masa. Aku heran macam mana yang jenis tak setia curang dengan ramai orang. Tak pening serabut ke kena chat ramai orang dalam satu masa? Stress wehh!

Tiba-tiba ada seorang lelaki dm , gambar beserta biodata ringkas. Dengan kuasa stalking aku. Dari nama dan maklumat ringkasnya, aku jumpa FB IG TTOK dia dan nama tempat dia kerja.

Alhamdulillah , lulus saringan pertama. Dan sekarang masih bertaaruf dan nampak seperti ada sinar di sebalik hujan ribut. Ya ya, mesti ada yang pesan, hati-hati. Di media sosial semua boleh tipu. Aku setuju. Aku pun memang berhati-hati selepas pengalaman-pengalaman lampau.

Semoga ada rezeki jumpa yang match dengan kelebihan dan kekurangan aku dan boleh sama-sama cipta bahagia sampai syurga. Aamiin.

Kawan aku tu pun berharap kali ni sampai ke pelaminan. Aku aamiinkan je. Kalau tak jadi yang ini, kita usaha lagi. Manatau Allah nak bagi yang betul-betul terbaik. Kan?

Aku harap yang melalui kisah macam aku, jangan putus asa dan jangan jangan jangan juga settle for less. Tangkap muat je janji kahwin. Kalau nampak redflag, just go. Dont stay.

Dalam masa yang sama, banyak-banyak berdoa dan bergantung kepada Allah. Allah yang pegang hati. Jangan lupa perbaiki diri juga. Dalam taaruf jagalah hati dan jagalah batas-batasnya.

Jika ada pesanan untuk aku dari pembaca semua, aku sangat alu-alukan. Maaf panjang sangat. Sekian. Assalamualaikum…

– Bongsu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *