Macam Mana Nak Buat Dia Faham

Saya straight to the point. Saya lelaki. Umur 33, bujang. Kerja biasa2 ja. Ada rumah, kereta dan motor. 

Lepas tolak segala komitmen, gaji saya bersih tinggal 300 ja. 300 ni la dok guna isi minyak, makan beli barang dan sebagainya. 

Kadang2 dari 300 ni ada jugak baki walaupun seringit dua.. Kadang langsung tak de.. Tapi alhamdulillah Allah masih cukupkan. 

Semuanya ok sampai satu hari berlaku satu benda yang buatkan saya terpaksa korek saving.. Hampir 40% jugak la. 

Keadaan ni agak menekan saya sampai saya berfikir banyak benda. Nak start kumpul duit balik satu hal. Then dengan kos sara hidup sekarang agak mencabar. Semua benda sangat mahal. 

300 ni untuk saya sorang mungkin cukup. Tapi kalau dah ada keluarga, pasti tak cukup. 

Pernah dengar kan orang kata, perempuan masa duduk dengan family dia ok ja. Sihat, cantik, gembira.. 

Tapi bila dah kahwin, jadi selekeh, kurus. Nak kata suami tak pandai jaga dan mungkin dia tak bahagia atau tak cukup makan. 

Benda tu la yang mengganggu saya sekarang ni. Kita ni mungkin ok ja makan roti setiap hari sebagai sarapan. Sebab tu ja yang kita mampu. 

Tapi kalau ada isteri, tak kan isteri pun nak kena makan bercatu. Sedangkan dia dah pernah makan sedap2. 

Kita nak isteri lebih bahagia lepas kahwin dengan kita. Bukan makin hidup susah dan tertekan lepas kahwin dengan kita. 

Tu belum lagi kalau dah ada anak.. Senang kata komiment tu akan jadi besar. 

So saya rasa tak bersedia nak berumah tangga sebab saya tak nak anaya isteri saya. 

Bukan tak percaya rezeki dan sebagainya. Tapi perjalanan rumah tangga sangat panjang. 7 8 tahun nanti kita pun tak tahu apa akan berlaku. Mungkin dia dah muak dengan kehidupan tu. 

Disini saya hanya persoalkan kemampuan saya semata2. Bukan pasal rezeki dan sebagainya. Sebab saya sayang dia. Saya tak nak dia rasa susah lepas hidup dengan saya. 

Sumpah, sebelum ni saya tak terfikir pasal ni.. Sebab saya fikir saya dah sediakan tempat tinggal (rumah sendiri)

Saya ada kenderaan. Saya mampu sediakan makan. Cuma macam saya kata tadi la.. Makan style saya. Ye la dengan 300 tolak minyak apa semua mungkin tinggal 200. 

Sekarang ni saya sorang ja 200 dah rasa tipis2 dah.. Even saya selalu jugak bawak bekal. So kalau dah ada family macam mana?

Oleh kerana itu, setelah saya fikir masak2.. Satu malam saya meluahkan pada dia.. Saya dah bercinta dua tahun dengan dia.. Kami ada rancang nak kahwin tahun depan. 

Tapi saya fikir lebih baik batalkan. Sekurang2nya, mungkin derita sekejap. Dari teruskan lepas tu dia stress atau sengsara selamanya. 

Sebagaimana yang saya agak, memang dia tak setuju la. Dia memang kerja. Mungkin gaji dia lagi tinggi dari saya. 

Dia cakap dia tak harap apa2 pun dari saya. 300 tu guna ja untuk saya. Sebab dia jugak ada pendapatan. Yang dia nak dari saya hanya kesetian dan kasih sayang saya. 

Dia kata saya melihat dunia perkahwinan seperti satu bisnes. Sedangkan rumah tangga about susah senang tu bersama2. 

Dia cakap tak kan la dia nak berdiam diri tengok saya makan roti hari2 sedangkan dia mampu ja belikan makanan lain untuk keluarga dia. 

Katanya saya ni overthinking. Dan macam2 lagi la. Saya cuma kata sekufu jugak penting. Saya rasa saya tak sekufu. 

Mungkin incident yang berlaku tu baru hari ni buat saya buka mata dan sedar banyak benda. 

Saya ingat ada rumah kereta dah ok ja dengan balance 300 untuk buat makan.. Tapi saya lupa isteri jugak perlu diberi hadiah.. Perlu bawak bercuti.. Perlu bawak makan kat luar. Mana cukup 300 tu. 

Saya tak pasti kedepan macam mana. Saya bercakap pasal realiti hari ini. Saya kerja swasta. Bukan kerajaan macam dia yang ada kenaikan setiap tahun.. 

Sini pun dah berapa tahun tak de kenaikan atau bonus.. Tapi nak cari kerja tempat baru pun bukan senang dapat. Tambah yang sesuai dan serasi. Bila dah ada komitemen besar, kena banyk fikir klu nak brhnti krja. 

Saya rasa dia patut cari yang ada lebihan duit banyak. Tapi dia cuma senyum sinis ja.. Dia kata saya mengukur kebahagian dengan wang. 

Lepas tu dia tanya saya, so awak rasa sekufu tu macam mana. Yang tak bekerja dan lagi susah dengan 300 awak ke. 

Entah la. Saya tak pandai berkata2 macam dia. Saya cakap pasal saya yang tak layak dan tak bersedia nak berumahtangga. Bukan pasal saya nak cari perempuan lain. 

Dan zaman sekarang duit jugak punca kebahagian. 

Sekarang ni macam mana nak buat dia faham ye??

Dia cuma tanya, habis awak nak tunggu baki duit awak berapa baru nak kahwin. Saya memang tak de jawapan. 

Sebab saya rasa saya tak layak kahwin pun. Macam saya cakap atas2 tu. Saya tak nak anaya anak orang. 

Saya tak nak dia rasa terbeban ke terhimpit ke tertekan ke dengan keadaan saya. 

Apa yang dia cakap tu nak dengar memang manis. Sangat2 indah dan manis.. Susah senang sama2 semua tu.. Tapi hakikatnya nak lalui hidup tu macam mana?

Saya rasa dia yang tak fikir kedepan dan sedang dalam mabuk cinta dengan saya.. 

Sedangkan fatzura dan fatah pun bercerai sebab tak diberi nafkah kata fazura. 

Sedangkan mereka tu pun awal2 dah rindu sangat bila pasangan pergi toilet. Now apa jadi?

Ada anak sorang, berpisah. Sedangkan fatah tu kaya ja kan. 

Ini la benda paling saya takut. Tapi bila share dengan dia. Dia cuma gelak ja. Dia cakap saya ni ahli persatuan netizen.. Kuat layan drama. 

Dia cakap kita mana tahu rumahtangg orang. So berhenti focus hidup orang dan focus pada future awak. 

Saya dah tak tahu nak explain macam mana kat dia dah. Dah dua hari saya cakap pasal ni. Dia cuma nak tahu satu ja. Saya sayang dia ke tak. 

Saya cakap sebab sayang la saya buat keputusan ni. Dia tanya saya boleh hidup ke tanpa dia. 

Saya kata tak tahu la. Mungkin awal2 susah jugak. Tapi saya kena jgak la teruskan. 

Dah itu yang terbaik. Saya kata tengok orang yang kita sayang tu bahagia la the real love. 

Dia cuma senyum ja. Dia kata bahagia saya adalah awak.. So tolong faham. 

Dah macam bagi arahan kat saya pulak. Sedangkan saya berhari2 tak dapat tidur fikirkan hal ni. 

Actually saya tak nak teruskan hubungan dah. Tu ja point saya. Saya dah mintak maaf dah sebab dua tahun bazir masa dia. 

Selalunya dia baran jugak, tapi dalam hal ni dia sangat2 tenang. 

Dia cuma cakap, macam ni la. Lepas kahwin 300 awak campur 300 duit saya, then kita uruskan kehidupan kita.. So awak dah ada 600 kan.. 

Apa benda la dia cakap ni.. Makin gila aku dengan dia.. 600 tu pun kena isi minyak apa semua. 600 beli barang rumah?

Entah lah. Saya tak boleh faham la. Dan saya malas nak tanya dia.. Sebab tak nak dia rasa memberi harapan. 

Saya masih nekad dengan kata putus saya.. Tapi dia mesej kat saya. Kalau ada reason lain, dia mungkn terima tak de jodoh. 

Tapi sekarang lepas dengar saya cakap pasal ni, dia makin sayang kat saya dan nekad nak hidup dengan saya. 

Dia cakap kalau saya tak de perasaan kat dia, dia boleh terima ja perpisahan tu. 

Tapi dia tahu saya nak pisah sebab sayang dia. Mana mungkin dia nak lepaskan laki macam saya.. Sebab dia tahu saya akan jaga dia dengan baik. 

Entah lah saya betul2 tak faham la. Nak jaga baik macam mana? Ini pasal komitemen. Bukan pasal cinta. 

Akhirnya cakap dengan perempuan tak akan menang apa2 pun. Sebab depa saja la betul.. 

Ni dia dah start hantar baju2 pengantin, butik2 pengantin ajak survey2 pakej. Saya kata saya tak de duit, saya tak nak kahwin. Dia kata tak pe. Dia ada duit. 

Ya Allah. Macam mana nak buat dia faham.. Tak kan saya kena pura2 ada perempuan lain kot. Muka saya yang lubang sana sini ni dia sorang ja nak.. . Mana mungkin perempuan lain nak. 

Ke ada perempuan dalam ni sudi berlakon jadi kekasih saya ka.. Atau ada apa cadangan tak eh. 

Sorry ayat tunggang langgang dan panjang lebar. Saya sangat2 tertekan sebenarnya.. 

– Fir (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Teruskan sahaja berkahwin dengan gadis tu, teruskan berjuang mempertahankan perkahwinan, jadi suami yang baik, jangan baran, jangan malas, kerja kuat, rancang perbelanjaan betul2 dan jangan terjebak dengan hutang. Semoga TT mendapat perkahwinan yang sakinah dan mawwadah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *