Hargai Diri Sendiri

Assalamualaikum pembaca semua. Terlebih dahulu aku ingin memohon maaf sekiranya susunan cerita ini kurang kemas. Inilah ceritaku, pengalamanku dan hidupku.

Aku seorang perempuan yang diceraikan suami ketika hidupnya sudah selesa. Ku namakan sebagai “AF”. Diceraikan kerana orang ketiga yang ku namakan sebagai “Vie”.

Vie hadir dalam kehidupan kami ketika aku merasa rumahtangga kami baik-baik sahaja. Aku seorang yang berkerjaya biasa-biasa saja dan aku punyai hobi berniaga homemade bakery.

Tuntutan tugas AF memerlukan aku melakukan semua hal rumahtangga dan urusan nak-anak bersendirian kerana kerja AF yang memerlukan bertugas luar kawasan. Kami dikurniakan ank 3 orang yang sedang bersekolah dan masing-masing berjarak 2 tahun.

Ketika saat Vie hadir seolah-olah memberi nafas cinta baru buat AF.

Owh ya ini bukan kali pertama ya AF menghibur hati dengan bermain cinta di luar. Sepanjang 10 tahun usia perkahwinan aku banyak bersabar dengan perangai AF yang kaki perempuan. Pantang dia ke mana ada saja kenalan yang dia simpan untuk simpanannya.

Dari status perempuan bujang, isteri orang semua dia langgar. Bermesej lucah itu biasa. Bergurau senda berlebihan juga biasa bagi dirinya. Tipulah aku tak meletup. Bahkan dengan teman baik aku sendiri pon dia pernah bermain cinta dan mengodanya.

Sehinggalah dia bertemu Vie dan menjadikan hubungannya serius dengan Vie. Namun ketika itu aku lambat menghidu perbuatannya. Tuntutan tugas aku dan kehidupan aku dengan anak-anak kadang kala menjadi kan aku “burn out”. Kerana segalanya aku urus sendiri.

Aku tak mampu dah mengawal emosi tatkala kepenatan menjadi “People pleasing” dalam rumahtangga sendiri. Aku menuntut dan mengajak AF cuti memandangkan cuti sekolah dan raya cina.

Pada mulanya dia setuju. Tetapi berubah fikiran. Aku merajuk dan ketika ini lah dia meletakkan semua penyebab bercerai kepadaku. Sedangkan sedang elok dia gembira bertugas luar kawasan di bawah bayu sambil berjumpa kekasih hati. Ibarat menyelam sambil minum air.

Aku diceraikan kononnya ingin ketenangan dan kedamaian lagi pula aku tidak memberi kenyamanan kepadanya. Katanya lagi aku isteri yang tidak menyejukkan hati kepada dia. Seboleh mungkin dia sembunyikan kecurangan yang dia lakukan. Katanya bukan sebab orang ketiga.

Tapi Allah itu Maha Adil. Aku jumpa bukti semua perbuatannya di belakang aku. Termasuk lah segala fitnah dan cerita yang direka demi mendapat sokongan dari perempuan lain.

Rupanya namaku sudah buruk di setiap ceritanya. Patutlah kelam kabut sangat kalau aku pegang phone dia. Tapi dia lupa. Allah itu ada. Allah melihat setiap perbuatan makhluknya.

Ketika melalui episod perceraian ini. Bohong lah aku tak sedih. Tapi Allah sebaik-baik penolong. Aku berbalik semula kepada Allah supaya beri aku kekuatan untuk lalui apa jua takdir yang sedang berjalan untuk ku.

Akhirnya aku redha atas kehendakNya kerana aku tahu inilah jalan terbaik untuk ku. Tak guna aku bersuami “sampah” yang hanya gunakan aku demi kepentingan diri sendiri.

Aku katakan kepada Vie terima kasih sebab pungut dan kutip sampah aku. Aku sedekahkan AF kepada dia. Nak sangat. Ambil lah. Aku tak nak berebut sampah. Kerana sudah tiba saatnya aku pikir diri dan hati aku sendiri.

Untuk apa kita berkorban macam-macam tapi akhirnya segalanya sia-sia. Segala tanggungjawab dan segala komitmen kewangan akubserah semula kepada AF dan aku tarik segala bentuk bantuan kewangan demi membantu dan meringankan beban kewangan AF kononnya.

Kepada AF aku melangkah pergi dengan yakin dan bergaya. Tidak sekali aku menoleh untuk pusing ke belakang lagi. Anak-anak mungkin keliru saat ini. Tapi aku berdoa mereka akan faham apa yang berlaku satu hari nanti bila mereka telah dewasa dan membesar menjadi manusia hebat.

Ku sangka dia puas lah apa yang dia idamkan dah tercapai pon. Namun rupanya mencari-cari kelemahan aku pula selepas bercerai. Ada saja benda yang dia tidak puas hati. Ada saja kritikan dan gangguan dari. Bermacam provokasi dia buat kepadaku.

Bila aku melawan dikatanya aku perempuan gila. Sekarang ni aku tak paham. Siapa yang gila sebenarnya.. AF yang menganggu ketenangan aku. Aku pula dikatakan gila bila aku defend diri. Last2 aku malas layan drama dia. Aku abaikan dan aku block segalanya.

Owh ya dia seorang manusia yang sangat “negative thinking”. Sehinggalah sesuatu menimpa kepada keluarga dia. Itu pon masih tidak sedar lagi.

Pada saat ini. Aku tak marah langsung pada Vie tapi aku kesian. Kesian sebab Vie percaya segala manipulasi dari AF.

Sampai di sini saja coretanku untuk kali ini.

Love your self.

– Mawar Putih (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *