Salah Bual Ke Apa III

Untuk part I, (https://iiumc.com/salah-bual-ke-apa/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/salah-bual-ke-apa-ii/).

Assalamualaikum semua. Aina lagi kat sini. Dah dua confession aku tulis kat sini. Salah bual ke apa I dan II.

Aku ni sebenarnya dah lama nak menulis lagi sebab dah rasa syok kan bercerita meluah. Lepastu dapat respons yang membina pula tu. Dari komen korang aku dah rasa terurus sikit mental aku walaupun hidup aku masih sama. Terima kasih.

Sebenarnya tujuan utama aku tulis confession ketiga ni sebab nak jawab komen yang tanya umur aku berapa. Mungkin ayat aku agak berbelit pada confession lepas dan faktor anak aku yang ramai buatkan ada yang teka aku 40 an tapi ayat aku menulis macam orang muda.

Well, dalaman kita sentiasa muda tak kira umur kita berapa kan. Aku pertengahan 30an. Jauh lagi nak capai 40. Aku kahwin awal masa tengah belajar. Aku tamatkan degree dengan anak sorang dukung kat tangan dan sorang dalam perut.

Aku ingat nak cerita macamana kami jumpa tapi aku taknak kawan kawan aku tahu aku siapa since ramai kawan aku follower tegar page ni. Sebab aku sorang ja dalam batch aku yang beranak satu sebelum genggam ijazah. Kisah kami jumpa pun ramai kawan yang tahu.

Tapi cerita dia masa sebelum kahwin lain ya selepas dah kahwin. So adik adik sebelum kahwin doa sahajalah sebab alam selepas perkahwinan mungkin kurang indah atau lebih indah dari yang dibayangkan. Rezeki masing masing.

Aku ni tak ada cerita terbaru tapi ada la cerita lama yang terasa nak kongsi. Sebab ada komen yang beritahu macamana boleh bertahan lama sedangkan keadaan macam ni. Ada komen dari website iium bukan dari page facebook memang suruh aku cerai sahaja.

Kalau korang nak tahu aku ni dah 2 ke 3 kali almost nak cerai. Korang ingat aku ni baik sangat ke. Aku ni entah apa apa juga. Ada juga baran dia walaupun bukan dari aku yang mula.

Awal awal kahwin hempas hempas barang juga. Tapi aku tak hempas la. Dia. Aku kan takde duit gila aku nak hempas harta orang. Sini aku tak faham orang yang jenis hempas barang, last last beli jugak barang sama. Ba wau dal wau ha kan.

Tapi tak lama scene hempas barang. Sebab rugi duit. Menyesal tak buat dah. Kali pertama nak cerai punca kecil sahaja, masa tu masih muda. Baru anak dua. Baru habis belajar baru nak start hidup sekali. Silap cakap sikit ja, aku menjawab. Dia baling barang sikit lagi nak kena anak kedua aku yang baby baru belajar meniarap. Aku jerit dia jerit balik kat suruh aku keluar.

Malam dia tido, aku dah packing baju, esok dia pergi kerja aku keluar betul2. Seminggu dia cari aku jumpa pujuk ambil aku balik. Ma abah adik beradik semua taktahu. Tu last dia baling barang. Tahu serik kalau kena anak haritu jam tu jugak aku cekik esok dia masuk kubur lusa aku kena tahan reman. Padan muka dua dua.

Kali kedua lepas dia posting tempat baru, baru pindah rumah masih lagi anak dua masa itu tapi dah besar dah cerdik dah sikit.

Lepas pindah, tekanan tempat kerja memang teruk. Asal balik rumah je lepas geram kat aku. Masa tu dua anak aku tak sekolah lagi. Memang lasak kaw kaw. Menyepah sampai tahap aku tak larat nak kemas. Susu aku letak tinggi pun diorang boleh ambik buat main.

Suami aku naik angin haritu dia cakap dia penat kerja susu dia beli mahal mahal boleh anak buat tumpah. Aku pun sedih anak buat macam tu kesian suami aku.

Aku masa tu terasa la juga sebab aku tak boleh bantu. Sepatutnya aku jaga la apa yang suami aku dah provide. Tapi ni luar jangkaan aku. Aku pun tak expect diorang boleh panjat kabinet tinggi. Tak lah tinggi mana tapi pakai kerusi sampai ja anak sulung aku tu.

Masa awal pindah tu silap sikit je memang aku kena marah. Aku tahu dia stress tempat kerja. Aku penat sama dengan anak kat rumah.

Bila dia balik aku tak pernah bercerita pasal aktiviti aku dengan anak anak sebab aku taknak kena soal aku taknak kena pick up salah aku. Kang salah cakap kang, dia tak suka, dia akan stress. Aku dengar je lah stress tempat kerja dia.

Last last dia cakap aku boleh dengar saja, membantu memang tak lah. Aku bukan taknak respons, aku takut. Adoi la. Ade jugak aku pergi mintak kerja kat tempat dia. Jadi tukang bancuh kopi pun takpelah boleh bancuh kopi untuk dia.

Lama lama kan, aku pun hilang sabar satu hari tu. Bila dia persoal aku tak membantu dia dari segi ekonomi mahupun mental dia. Dia cakap kalau duk sorang tak penat macam ni. Aku yang dirasuk syaitan ni tanya dia nak rasa jadi bujang balik ke? Dia pun dah tumbuh tanduk syaitan jawab kalau dah ready nak pergi pejabat agama jomlah.

Aku pakai tak jawab banyak, aku masuk bilik aku makeup lawa lawa pakai baju kurung paling cantik aku keluar cakap jom. Muka dia macam terkejut habis ingat aku tak berani. Masa tu sebenarnya dia balik nak makan tengahari. Tapi nyempat je dia bedal dulu nasi 2 pinggan. Geram aku.

Kenangan hari tu kan, aku cakap kat dia kita naik motor lah sayang bawak adik b bawak along. Cepat sikit kita setel. Pastu kami keluar, dia depan aku belakang, pastu kan aku rasa berangin ja kepala aku bila nak keluar simpang taman, wei aku lupa pakai helmet.

Aku patah balik dia follow. Ingat aku tak jadi kot, kemon lah ini Aina teruk juga perangai. Eh bangangnya aku rasa patah balik ambil helmet. Yang dia pun ikut je aku.

Dah sampai tengah jalan silap jalan pula dia bawa aku, kan kami tak biasa lagi jalan sebab baru pindah, berhenti tepi jalan tengok maps sesama nak pergi mahkamah. Siap bincang jalan mana paling dekat.

Sampai sana boleh ja terus isi borang tapi katanya kena jumpa ustaz dulu ada tarikh sekian sekian. Balik tu singgah makan aiskrim bawak anak anak. Masa tu aku fikir layankan jelah nanti tak jumpa dah dia kan nak cerai.

Balik rumah tu sayu hati aku tau lepas dapat tarikh jumpa ustaz tu. Aku taknak cerai. Apa aku buat maaf ye aku cakap kat sini. Hari hari kat rumah aku pakai bra dengan seluar pendek skirt pendek sahaja tapi aku lalu je depan dia. Aku lalu g dapur aku lalu kat ruang tamu. Saja saja lalu. Dia tak pandang pun aku terhina pula rasa.

Tapi aku masak dia makan, baju kerja dia tunggu aku iron baru pakai. Tapi kami first time tak bercakap. Seminggu lepas tu dia cakap b taknak proceed. Jom kita pergi zoo bawa along adik. Aku pun tak tanya kenapa sebab aku pun memang tak nak cerai haha. Maka tengok lah kami menatang menatang kat zoo.

Elok lepas tu kami dapat anak ketiga. Hidup la macam biasa. Ade bahagia ada gaduh gaduh juga. Dia ada juga cerita rupanya dia pergi sorang jumpa ustaz tu sebelum tarikh kami patut jumpa pastu dia cuma cakap sayang tau tak ustaz cakap b ni gila kalau nak cerai.

Dan aku tak tanya langsung apa dia cakap dengan ustaz tu dan lepas daripada haritu kami tak sebut langsung perkataan cerai sampailah lah 3 tahun lepas.

Kali ni jadi masa pindah juga. Tapi pindah rumah. Kalini rezeki pindah rumah yang besar. Penat tau pindah rumah. Ada sahaja tak kena pasal rumah, dia la yang suka complain, dia kan suka bercakap.

Aku jenis masalah apa apa setel senyap senyap dulu tak boleh baru cerita. Dia marah dia naik angin sebab kali ni alasan dia aku belakang kan dia. Ada kerosakan dalam rumah aku cuba repair tapi makin teruk. Dah teruk pandai pula panggil dia.

Memang betullah dia naik angin. Tapi mulut dia tu ya rabbi. Sedih tau apa dia cakap. Kali ni aku mengaku aku betul bodoh. Bodoh dan baik ada beza ya. Kau ingat kau baik sebab taknak susahkan suami tapi apa yang kau buat tu bodoh sebab makin susah kan suami. Ambil lah pengajaran dari cerita aku ni.

Okay back to the story, masa dia marah tu aku sedih. Aku cakap b stop kejap b. Dah b. Sampai sini la kita b. Sayang taknak dah b. Sakit b. Kata kata b. Tu aku takat cakap b. Kalau aku cakap perkataan penuh bukan baby bukan hubby dah masa tu. Takut perkataan lain.

Pastu aku cakap la nanti sayang urus semua orientasi anak untuk tukar sekolah. Sayang nak balik kampung. Dia jawab bukan orientasi, dokumentasi lah bodoh. Terus dia keluar rumah. Aku yang dalam rumah gelak guling guling. Aku syak dia pun tergelak sebab dia keluar cepat cepat macam nak tergelak.

Dua jam lepas tu dia call aku. B taknak cerai. Sayang fikirlah anak anak. Aku cakap sayang dah fikir panjang ni. Dia cakap tolong lah fikir panjanggggg lagi. Sayang sekarang ni fikir tak cukup panjang.

Pastu ada deep talk la sikit. Tapi dia macam biasa takkan mengaku salah dia cakap kasar dengan aku. Aku yang kena tazkirah tapi masa tazkirah tu dia cakap lembut lembut la.

Dah lepas tu cukup anak aku jadi 6 orang. Aku pun fikir panjang panjang aku takmau dah gaduh dengan dia pasal doktor haritu atau apa apa sahaja. Lagipun last kami gaduh tu perkataan dia dah tak ada yang pelik pelik menusuk kalbu. Atau pun aku ni dah lali dah.

Sekarang ni pun sebenarnya dia tengah sentap dengan aku tampamham aku. Itu hari aku pergi kenduri ada makcik tegur aku ingat aku ni anak abang dia. Kira macam anak saudara dia. Dia cakap la dia dah ada uban tapi aku orang ingat anak dara lagi. Haih aku pun pening la. Tak layan salah nak layan salah.

Aku ni muka gaya memang gaya 30 an ja, memang muka mak orang la aku rasa cuma badan aku tak berubah dari zaman anak dara. Berat aku 45 tinggi 158 boleh agak aku besar mana kan. Dia pun badan elok ja hensem ja cuma tu la ade uban sikit je dah terasa tua. Beza umur aku dengan dia 4 tahun dia lagi tua.

Ade sesiapa boleh bagi tips kurangkan uban atau melambatkan pertumbuhan uban maybe dari segi pemakanan ke vitamin tambahan ke sebab nak warnakan hitam memang haram kan. Terima kasih.

– Aina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *