Pernah tak korang rasa nak give up bila tiap usaha korang berakhir dengan kegagalan.
Hai, aku X. Aku jenis suka struggle dalam semua benda yang aku buat. Aku yakin, kalau aku usaha pasti Allah akan permudahkan urusan aku dan beri apa yang aku mahukan.
Kadang aku sedih. Aku usaha sungguh2 sampai member aku kagum dengan aku. Tapi pengakhiran adalah kegagalan.
Kadang member2 aku sampai tanya kat aku, weh aku nampak kot kau struggle tapi asal result kau macam tu je. Kadang aku tak tahu nak jawab apa, aku hanya mampu ketawa.
Aku tahu ada sebab kenapa Allah tak bagi. Cuma bila dah kerap sangat usaha aku berakhir dengan kegagalan aku rasa macam lost hope.
Tiap kali aku nak start balik, aku dah fikir yang aku akan berakhir dengan kegagalan. Dia macam trauma.
Samalah macam bab jodoh. Aku usaha, aku setia, aku doa sungguh2 untuk orang yang aku sayang, aku buat dua tiga keje sebab nak kahwin dengan orang tu. Tapi last2 semua tinggalkan aku.
Dah tujuh kali benda yang sama jadi. Tapi untuk kali yang pertama hingga ke-6 aku boleh terima. Aku tahu aku yang tak cukup baik untuk dorang.
Orang yang bersama dengan dorang sekarang ni mungkin lebih sesuai untuk bersama dorang. Aku yakin Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.
Tapi bila kali ke-7 benda yang sama jadi, aku lost hope. Sebab yang kali ke-7 ni aku dapat tahu dia suka sesama jenis. Sedih sangat.
Aku jumpa orang yang baru dan aku gelar dia sebagai lapan. Lapan, alhamdulillah baik dan tak buat aku risau. Cuma lapan ni kuat berahsia mungkin sebab dia masih tak berapa yakin dengan aku.
Tapi aku dah trauma. Walaupun aku dengan lapan masih elok je berkawan, mindset aku automatic kata dahlah kau tak payah try dah. Mesti last2 dia tinggalkan kau jugak sama macam yang lain.
Aku jadi takut nak usaha lagi. Aku takut benda sama jadi. Aku dah tak kuat untuk kecewa.
Aku macam nak rehat dari benda2 macam ni. Senang cerita nak me time, healing, tinggalkan lapan. Tapi aku rasa kejam sebab lapan sekarang tengah sakit. Aku tahu dia perlukan support.
Aku tahu lapan rasa happy bila aku support dia, dia rasa lebih semangat untuk buat treatment dan sembuh. Tapi aku rasa support yang aku bagi kat dia tu palsu. Aku buat sebab aku kesian.
Aku suka je kat lapan, tapi aku tak berani nak pergi lebih. Aku tahu lapan serius dengan aku. Hati aku dah tawar untuk bercinta. Aku dah tak percaya benda2 macam ni. Semuanya tipu.
Aku tak tahu apa yang aku nak buat sekarang ni. Bagi korang macam mana?
– X (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Jgn pernah “putus asa”.., tu je nasihat aku.. kau pon x tau kali yg ke berapa ko akn ‘berjaya’.. walsu dlm apa hal sekali pon.. dlu org slalu bg semangat dgn cth : Thomas Edison, ketika cuba mencipta ‘mentol’ yg kita gunakan pd hari ni.. cba bayangkn, klaw dia ‘give up’ pd kali yg ke-8 mcm ko, (atau suma org gitu), agaknya mngkin kah kita masih mnggunakan ‘pelita’ hingga ke hari ni..? (Sorry, gurau jek..) cth lg satu, klaw la Rasulullah SAW tu “give up” mse org2 kafir Quraish tu dok ‘provoke’ baginda semasa menyampaikan Islam kpd bangsa Arab pd ketika tu, bgaimna islam dpt tersebar ke seluruh dunia sehingga hari ini..??? Memangla situasi nya amat berbeza dgn situasi kita pd hari ini, tp konsepnya tetap sama; iaitu “JANGAN BERPUTUS ASA”.. maaf klaw still x dpt buat u ubah fikiran, lastly, pernah tengok x gambar ‘kartun’ animasi yg gambar dia gali tnh, dah dekat dgn ‘harta karun’ yg berpeti2 tu, tp dia buat kputusan utk ‘give up’, so x merasa la emas2 tu.. whereas org yg x pernah kensl erti ‘putus asa’, insha Allah akhirnya akn dpt juga yg dia ‘idamkan’, walau pon agak ‘terlewat’.. so, dpt sstu x kawan..? Wallahu a’lam bissawab.. hanya diri sendiri yg bisa jawab.. 🫶🏽
Dik,kau tak ready lagi nak ada komitmen.Kalau ready kau takkan rasa terpaksa.Better be honest & sembuhkan diri kau dulu. Kalau tak kau hanya akan lukakan diri kau & lapan lebih dalam.
Ambik masa kau dan tak perlu tergesa-gesa.
Sebagai lelaki, adik masih ada banyak pilihan. Cuma apa yang saya nampak kurang di sini ialah keberanian untuk buat langkah pertama.
Jika kamu yakin dia boleh jadi suri hati kamu, maka cepat2 confirm. Jangan biar situasi tergantung.
Ada atau tiada pasangan, hidup kita tetap perlu diteruskan. Kekalkan diri dengan aura positif, insya Allah akan menarik orang yang positif.
Semoga dipermudahkan urusan