Suami Ketagih Porn

Assalamualaikum dan selamat pagi (aku taip story aku pukul 4 pagi). Aku nak berkongsi kisah hidup aku walaupun aku tak pandai sangat nak karang ayat tapi aku cuba sehabis baik.

Aku, Kemboja (nama samaran). umur 26 tahun, suami aku 27 tahun. Suami seorang penjawat awam di sektor kerajaan. Aku pulak seorang housewife buat masa sekarang dan aku plan nak cari kerja pada waktu yang terdekat ini.

Kami telah mendirikan rumahtangga selama setahun lebih tapi belum dikurniakan anak.

Pada awal perkahwinan dulu aku sangat mengharapkan malaikat kecil hadir dalam rahim aku. Pada waktu ini aku sudah tak mengharapkan apa-apa kerana kesal dengan perbuatan suami.

Suami aku sangat ‘tersangatlah’ baik melayan aku di rumah. Kerja-kerja rumah juga dia turut bantu misalnya tolong basuh pinggan, basuh kain, bantu lipat kain dan semua kerja-kerja yang aku suruh dia pasti akan buat dan tak marah. Baju kerja dia aku akan iron setiap malam.

Suami juga tak berkira bab makan walaupun aku nak makan apa sekalipun. Hujung minggu suami suka bawa aku pergi jalan-jalan. Dia sanggup tak keluar dengan kawan dia semata-mata sebab nak teman aku pada hujung minggu.

Kalau hari bekerja suami tak kisah kalau aku cakap aku penat nak masak dan ajak makan luar. Bab nafkah suami memang top dan dia menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami.

Langit tak selalunya cerah, inilah masalah dalam rumahtangga aku sejak awal perkahwinan kami hingga kini. Aku seorang yang suka check fon suami dari A sampai Z.

Masa pertunangan dulu aku tak pernah check fon sebab kami jarang jumpa dan aku tak sempat nak check dia punya fon. Aku tak syak apa-apa yang negatif terhadap suami aku disebabkan dia sentiasa update aktiviti dia melalui whatsapp aku yang boleh dikatakan 24 jam.

Maka terkantoilah pada usia perkahwinan kami yang tak mencecah sebulan lagi. Inai dijari juga masih belum hilang dengan sempurna. Suami suka follow perempuan seksi dalam tt, ig dan suka save gambar dan video perempuan seksi.

Aku marah suami dan aku mengamuk. Dia janji tak akan mengulanginya lagi tapi janji dicapati. Aku nampak perubahannya dia dah tak save dan like gambar perempuan seksi. Aku ingatkan dia dah berubah rupanya tak.

Suami rupanya terlibat dengan video pornografi dan aku check google history boleh dikatakan dia layan semua benda tu ditempat kerja dia. Kerja dia ada banyak waktu terluang dan dekat rumah juga ada waktu aku tidur dia akan layan pornografi.

Aku tak tahu apa yang dia suka sangat tengok pornografi. Aku ada nampak perubahan dia, kat rumah dia dah kurang tengok pornografi.

Kami asyik gaduh hal ini je dalam rumahtangga kami. Alhamdulillah yang lain semua okay termasuklah family in law, masalah ekonomi pon kami tak diuji.

Aku dah penat menangis dan mohon bantuan daripada Allah S.W.T dan waktu dia tidur aku akan gosokkan rambut suami dan tiupkan surah Al-Fatihah supaya suami berubah.

Ada tak ayat yang khusus untuk lembutkan hati suami? Aku buntu, aku tak ada tempat meluah masalah aku sebab aku tak nak buka aib suami.

Aku boleh dikatakan stress dan serabut memikirkan masalah rumahtangga aku. Dan aku pernah berfikir nak bercerai,

Dan pernah sekali kami hampir bercerai disebabkan aku meraung teresak-esak tapi aku cuba tenangkan diri dan suami supaya berfikir dengan waras sebab tempoh perkahwinan kami masih setahun jagung.

Baru-baru ini terkantoi suami rupanya main michat belakang aku. Sumpah aku tak sangka rupanya dia main michat untuk chat-chat lucah dengan betina dalam tu. Suami download michat waktu kerja, balik kerja dia akan uninstall.

Aku tak tahu kenapa Allah gerakkan hati aku untuk cuba download michat dalam fon dia sebab aku nak check dia terlibat ke tak tapi aku kecewa sekali lagi!!!

Dah siap download, masuk chat-chat lucah yang tak sempat suami reply sebab dia dah uninstall sebelum balik rumah.

Tapi kalini aku dah tak nangis dan tak meraung macam dulu lagi. Aku nak tengok sejauh mana pembohongan suami aku.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Segala bukti aku dah simpan secara rapi sekiranya aku dah tak tahan nak hadap.

Hal macam ini merupakan masalah yang remeh ke? Aku serabut kepala otak dan asyik memikirkan suami buat apa kat tempat kerja

Aku berfikir apa guna ada yang halal tapi masih cari yang haram. Apa patut aku buat? Bertahan atau berpisah?

– Kemboja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *