Pengalaman Hampir Menjadi Mangsa Scam

Assalamualaikum semua. Ini sekadar perkongsian pengalaman hampir menjadi mangsa scam. Maaf membahasakan diri sebagai aku.

Bila tengok berita tentang mangsa scam yang habis duit simpanan dalam jumlah yang banyak yang sepatutnya digunakan lepas pencen, aku teringat pengalaman aku sendiri yang hampir jadi mangsa. Bezanya kaedah penipuan sahaja.

Lebih kurang 18 tahun lalu, aku telah membeli rumah kedua di negeri kelahiran guna loan syarikat.

Masa tu rumah pertama yang terletak di Selangor dah habis dibayar (tiada hutang dengan syarikat). Guna loan syarikat juga untuk pembiayaan perumahan. Lepas tu aku berhenti kerja dengan syarikat tersebut.

Lepas tu aku pulang ke negeri kelahiran. Disebabkan tiada lagi gaji bulanan aku terpaksa jual rumah pertama untuk langsaikan hutang dengan syarikat tersebut.

Aku bukan lagi staf syarikat, jadi bayaran bulanan dah jadi macam pinjaman dengan bank komersial sebab kadar faedah dah berubah selepas tempoh 1 tahun daripada tarikh berhenti.

Pembeli rumah pertama (di Selangor) dapat pinjaman daripada sebuah bank tempatan. Pembeli dapat pinjaman 90% daripada harga rumah. 10% pembeli bayar ‘cash’.

Aku dapat 10% cash. Masalahnya yang 90% lagi tu aku tak dapat dengan mudah.

Aku tak tahu tentang bank lain atau atas alasan apa, polisi ke, prosedur ke, duit yang 90% telah dipegang oleh ‘trustee’ yang merupakan sebuah firma guaman.

Dari sinilah bermulanya perjuangan untuk mendapatkan 90% tu. Berkali kali telefon peguam in charge untuk dapatkan duit tapi pelbagai alasan diberi dalam tempoh beberapa bulan rasanya.

Tiba² tercetus idea untuk buat report polis. Boleh jadi setelah solat hajat dan minta mak doakan, Allah bagi idea untuk selesaikan masalah.

Semasa membuat report di balai polis, aku terkejut rupa-rupanya ramai orang jadi mangsa macam aku. Malah menurut pegawai polis tersebut (jabatan jenayah komersial), ada yang langsung tak dapat duit.

Setelah pegawai polis call peguam tu, dia janji nak bayar. Sekali lagi aku terkejut. Mula-mula gembira dapat cheque daripada peguam. Bila tengok tarikh cheque, rupanya postdated. Kena tunggu lagi untuk depositkan cheque.

Pada pendapat aku, tiada keperluan untuk peguam tu pegang 90% duit hasil jualan rumah.

Aku sebagai penjual rumah yang terpaksa hadapi masalah menunggu duit dalam tempoh yang lama sedangkan bayaran hutang dengan syarikat bertambah dari bulan ke bulan.

Harga rumah kedua lebih tinggi daripada harga jualan rumah pertama. Jadi aku terpaksa keluarkan juga duit daripada akaun 2 KWSP.

Proses yang mudah je, kena ada bukti penjualan rumah pertama (DOA). Syarat untuk keluarkan duit akaun 2 mestilah untuk membeli rumah pertama.

Itu je lah pengalaman yang bagi aku menakutkan juga. Alhamdulillah akhirnya dapat 90% dan dapat selesaikan hutang dengan syarikat tersebut.

– Tuo ghedo doh (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *