Aku Pencari Kerja

Aku seorang wanita yang berumur 34 tahun pada masa ini. Dalam 34 tahun ni macam-macam kerja telah aku cari. Tapi.. buntu.

Lepas tamat diploma. Aku bekerja sebagai jurujual dekat mall. Masa tu aku just main-main. Luangkan masa ada dengan cari duit la. Tapi takda target pon.

Dalam 3 bulan kerja situ aku dapat kerja sebagai pekerja sambilan harian (PSH) di LHDN. Dekat mana aku tak nak cerita. Tapi aku nak korang tahu aku dah pernah berkhidmat dekat situ. Aku masuk sana sebab masa tu tengah sibuk pasal BR1M.

PSH ni dia akan renew setiap setahun ikut bajet dari kerajaan juga. Kalau ada lagi bajet sambung la kontrak setahun. Gaji dibayar mengikut hari. Kau datang maknanya adalah gaji kau untuk hari tu. RM68.00 sehari masa mula masuk.

Lepas 2 3 tahun jadi RM72.00 tak silap aku. Tiada cuti tahunan, Tak ada cuti sakit. Tak ada panel klinik. 6 tahun aku bertahan dekat LHDN. Aku rasa mcm menyesal stay lama dekat situ.

Aku bukan tak minta tempat lain. Adalah company swasta tawar aku kerja tempat dorang. Tapi laluan kerjaya aku ni selalu di ganggu dengan orang tua ku. Dorang cakap buat apa kerja swasta. Kerja sekarang lagi bagus. Dalam bidang semi dimana kerajaan+swasta masa tu LHDN ni.

Aku di momok dengan macam-macam cerita sehingga aku takot amik keputusan untuk keluar dari LHDN. Tapi akhirnya aku berjaya jugak keluar selepas aku berkahwin.

Suami aku bantu aku naikkan kepercayaan aku untuk keluar dari situ. Aku bantu suami yang bekerja sendiri pada waktu itu. Sebagai kontaktor yang buat tender dengan TNB.

Alhamdulillah gaji lebih besar sikit. Kerja sendiri jadi masa pon sendiri. Cuma kerja berpanas kurang masa sikit sebab busy. Tapi aku suka. Bebas.

Namun siapa jangka. Suami dan aku hilang kerja apabila COVID melanda dunia. Masa ni hitam masa depan aku rasa. Gelap. Aku rasa sgt bersalah tinggalkan LHDN. Aku rasa aku silap langkah.

Tapi aku tetap teruskan hidup. Bantu bapa mertua untuk meletakkan Jelly Kelapa ke kedai-kedai kecil untuk mendapat pendapatan untuk bantu suami tampung kehidupan dekat bandar.

Bapa mertua bagi upah RM500 untuk sebulan aku menghantar Jelly kelapa tu. Duit itu guna untuk bayar sewa rumah yang RM650 pada masa tu. Seratus lebih tu suami yang akan tambah dengan hasil pencarian dia bekerja sebagai LALA MOVE driver.

Syukur kami ada 4×4 yang boleh tambah pendapatan masa tu. Selama waktu tu takda waktu kami tak makan. Syukur sangat. Allah maha Mengasihani. Namun aku tak boleh stay untuk pekerjaan ni. Aku labur duit KWSP masa tu yang boleh keluar masa COVID untuk beli laptop.

Niat siap-siap dah untuk cari kerja masa beli laptop ni. Ada kosong je aku apply. Untuk suami jugak. Apply macam-macam. Tak terkira. Banyak juga yang panggil termasuklah dari kerajaan. Namun buntu.

Suami aku, aku applykan juga kerajaan. Alhamdulillah. Sekali je. Namun proses dari interview hingga lah pengambilan ambil masa setahun. Jadi dalam setahun tu dia teruskan buat job lala dia. Aku pulak. Ada kilang berdekatan rumah panggil untuk kerja.

Tapi aku disahkan hamil anak pertama setelah 7 tahun perkahwinan. Ya. Aku salah seorang pejuang TTC.

Masa covid aku hampir nak tamatkan perjuangan aku ulang alik hospital sebab rasa tak mampu dah dari segi kewangan. Nak buat IVF lagi la bagai mimpi yang tak kan jadi nyata waktu tu.

Namun siapa sangka. Aturan Allah itulah yang terbaik. Tapi pada waktu tu. Aku nangis bila tahu aku hamil. Menangis sedih kerana aku tak ada duit pada masa tu.

Aku jauh pikir bagaimana nak bagi anak aku makan nanti kalau aku masih tak ada kerja dan kilang yang nak terima aku pada mula tu terus reject aku untuk kerja kerana aku hamil.

Aku menangis. Hati aku tak gembira padahal itu adalah perkara paling aku nantikan. ANAK. 7 tahun aku tunggu. Suami macam biasa dia pujuk jugak. Dia kata pada aku pasti ada rezeki untuk anak. Alhamdulillah suami dapat kerja dalam kerajaan dalam jawatan tetap.

Aku kandungan dalam 4 bulan aku dapat tawaran jugak. Dalam kerajaan juga. Tetapi Kontrak. Lebih baik dari PSH. Syukur sangat-sangat dapat. Itu pon aku rahsiakan kehamilan aku waktu tu.

Nasib badan aku chubby. Jadi aku tak nampak seperti pregnant. Pakai baju kurung pon dah sendat waktu tu. Gagah menapak pergi interview. Dan aku bukan terus dapat ya. Aku email kepada jabatan tersebut. Aku rayu. Serayu-rayunya untuk terima aku bekerja.

Dalam email tu aku nyatakan kesungguhan aku dan aku mohon aku diterima sebagai tukang cuci pon tak mengapa. Asalkan aku ada pendapatan.

Aku tak tahu siapa yang baca email aku tu. Siapa yang terima aku pakda waktu tu. Aku di ambil untuk bekerja dan aku sangat bersyukur waktu tu.

Aku janji aku akan buat terbaik pada diri aku dan aku nak buktikan orang yang pilih aku pada waktu tu. Beliau tak kan rasa sedikit penyesalah sebab pilih aku.

Dan sekarang aku masih lagi pada jawatan dan tempat yang sama. 3 tahun berlalu. Aku di anugerahkan sebagai Pekerja Cemerlang pada tahun ke 3 ni. Syukur tak terkira.

Tapi ada penyesalan juga aku pada jawatan sekarang. Sebagai staff kontrak. Aku cuba jadi telus. Hadir kerja awal. Perangai staf tetap kadang-kadang buat aku naik darah. Kerja semua aku buat termasuklah kerja mereka dan mereka yang dapat nama.

Aku kadang-kadang tak paham. Pergi kerja, main game, main tiktok dan sebagainya. Sedangkan kerja berlambak-lambak ada. Kalaulah aku bos.. eeee… geram.

Seandainya mereka tahu. Betapa sukarnya nak cari kerja. Betapa sukar nye nak duduk tempat mereka sekarang ni. Betapa ramainya orang dekat luar nak jawatan yang mereka sandang ni. Pasti meraka tahu nak buat kerja.

Dan aku plak dalam buat kerja sekarang aku cari juga kerja tetap lain. Dan dalam usia sekarang. Aku masih terus berjuang. Cari kerja tetap. Dan aku juga bercadang untuk melanjutkan pelajaran.

Semoga ada sinar untuk aku dapat kerja tetap dan mohon pembaca dan pendengar untuk doakan saya agar terus sukses dalam bidang yang saya gemari..

Dan jika tuan/puan ada kerja, A\ada rumah, ada makan. Jangan lupa untuk bersyukur atas segala nikmat yang di beri. Semoga kita semua terus ikhlas dalam mencari mata pencarian untuk keluarga. Aamiin. Sekian.

– Rotimah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Kepada kak Rotimah, terima kasih atas penulisannya membuatkan saya bersyukur, teruskan perjuangan akak. Doakan saya mendapat kerja tetap jugak ;)

  2. “pergi kerja, main game, main tiktok dan sebagainya, sedangkan kerja berlambak lambak ada” percayalah hidup mereka tidak berkat. keep going sis.. tidak pernah terlambat utk sesuatu perkara sehinggalah tiada rezaki lg utk kita di dunia ni.

  3. Mencari kerja yg sesuai mngkin susah juga pada masa skrg, tp apa yg penting, mahu brkerja, x kirala apa jua bidangnya, kerana kemahiran boleh dipelajari, pengalaman bole dicari, tp klaw kehendak x brp ‘ikhlas’ utk menjalankn kerja dgn baik, itu yg susahnya.. ada seorang kenalan saya pon spt ‘pencari kerja’ ni jugak.., dari dulu bertukar2 kerja, cuma bezanya, dia bnyak mncuba d pejabat “swasta”, ada juga di pej. Kerajaan, bezanya d krjn, jwatan x tetap (kontrak), sementara di swasta tetap n gaji tinggi ckit dr krjn, tapi kta nya ‘cabaran’ di swasta adalah lbh mencabar, dgn bos yg ‘chengeh’ dan kerja berkira (mesti ikut peraturan), ‘politik opis ‘pon x kurang hebatnya, berbanding dgn krjn.. apa2 pon, sya nasihatkn kenalan sya tu (& org lain juga), agar ikhlaskan hati dlm bkerja, buat kerja sungguh2 & jgn tinggalkn yg wajib (solat), insha Allah, rezeki yg dpt tu berkat dan dpt beri manfaat kpd org lain, esp. kluarga sendiri.. walllahua’lam bissawab.. wslm.

  4. Faham perasaan memberontak kena buat kerja org lain tapi kredit tak dapat kat kita. Tgh hadap jgk tapi company swasta. Culture dekat sini sbb kau terpaling senior, paling lama kerja sini.. auto bos pandang kau paling pandai buat kerja. Padahal bila tanya itu ini satu habuk tak tahu. Sumpah annoying. Org lain yg berhempas pulas.. dgn dia2 dpt kredit dgn increment.

    Tgh cari kerja lain jgk. Tapi semua tak nak ambik kerja bila tau kita ada anak kecik. Nanti selalu cuti la kalau anak sakit/appointment. Kena travel jauh. So skrg belajar berdamai.. selalu pujuk hati ni. Kerja yg kita buat tu untuk polish skill kita jgk.. pulun selagi kudrat ada.. buat sungguh2 supaya gaji berkat. Sungguh2 tu.. kalau org nk cari pasal dgn kerja/blame kita.. kita boleh counter/ justify balik. Last sekali doa dan pegang Allah nampak usaha kita. Ada ganjaran untuk itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *