Aku Taknak Kahwin

Assalamualaikum.. Di saat aku nukilkan coretan ini, aku hanya tinggal 59 hari lagi untuk ke hari perkahwinanku.

Aku seorang perempuan, umur pertengahan 20an dan bekerja sebagai senior exec di ibu kota. Latar belakang ku, aku merupakan anak sulung perempuan tunggal dalam keluarga ku.

Jadi sepanjang aku membesar, aku sendiri melihat dan merasai jatuh bangun rumah tangga ibu bapaku dan akulah merupakan ‘ibu bapa kedua’ untuk adik adikku.

Mungkin disebabkan ini, aku agak matang jika nak dibandingkan kawan aku yang lain.

Sepanjang aku membesar, dari sekolah sampai universiti, aku ada satu benda yang selalu aku cakap kat diri sendiri ‘Aku taknak kahwin’.

Kenapa aku cakap macam tu, sebab aku rasa kahwin ni membebankan. Perit sebenarnya jadi anak sulung ni, emosi aku, trauma aku, walaupun kedua ibu bapaku bahagia je sekarang,

Cuma untuk aku sekali ‘terjebak’ masa diorang bergaduh dengan perangai adik2 aku yang bermacam ragam saat diorang membesar, aku terpaksa lalui semua emosi ‘ekstrim’ ni aku sejak aku kecik lagi.

Sampailah satu saat, aku dan tunang aku decide untuk berkahwin.

Aku kenal dia lama dah, dari zaman universiti sebagai kawan. Dia merupakan anak bongsu, lemah lembut dan memang dengar kata. Senang cakap, memang total opposite dengan aku.

Aku pernah cakap dengan dia dulu, aku taknak kahwin, dia terkejut, kenapa, aku ceritalah apa yang aku rasa, bukan senang nak menggalas tanggungjawab jadi isteri, dan ibu nanti.

Dia cakap dengan aku, kita tak boleh berpaksikan trauma yang lalu untuk hidup masa akan datang. Betul jugak.

Mungkin disebabkan tunang aku ni lemah lembut, aku selalu tone down kalau dia nasihat.

Kalau kitaorang gaduh, dia akan selalu intiate untuk discuss dan cari punca kenapa aku meletup. Dari aku yang macam hantu pun akan dengar kata dari cara dia handle situasi kami.

Dan end up, aku selalu akan tone down, dari sini aku kadang2 rasa, mungkin aku perlukan seseorang yang boleh guide aku? Hm.

Dan sebab nilah aku decide untuk kahwin, cuma aku masih ragu2 betul ke aku boleh galas tanggungjawab ni.

Mungkin sebab latar belakang aku membsar begini, aku merupakan perempuan yang high dominant, very independant, nak uruskan kehidupan sendiri, semua aku boleh buat tanpa bantuan.

Aku memang tak pernah nak harapkan siapa2 kalau buat kerja. Kalau aku boleh, kenapa aku kena berkahwin?

Aku selalu tertanya, kenapa Allah suruh kita kahwin, jangan cakap sebab nak anak please, aku cuba cari2 jawapan ni. Cari2 Allah cakap dalam quran sebab ‘ you’ll find peace’ aku tak faham, peace apa. Huhu aku masih keliru.

Allah jugak cakap dalam quran, Allah galakkan kita berkahwin, jika miskin, Allah akan luaskan rezeki kita. Tapi kenapa Allah suruh kita kahwin? Aku nak tau sebab dia. Aku tak jumpa jawapan lagi.

Aku harap korang boleh share jawapan dan tenangkan hati aku yang rungsing ni..

– Nana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Saya 64 hari lagi menuju pernikahan, doakan saya dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yg baik, dan dikurniakan pernikahan yg sakinah, mawaddah, & warahmah. Alhamdulillah.

    1. Kita mulakan dgn niat dulu, sis nak nikah kerana apa? Sebaik2nya kita brnikah kerana Allah.
    Allah Maha Kekal, insya allah pernikahan itu akan berkekalan dlm rahmat dan berkat.

    2. Nak tahu kita dpt ka tidak utk menggalas tanggungjawab lepas kahwin nanti, kita kena tahu apakah tanggungjawab2nya itu. Bila dh tahu, baru tak payah(susah). Sebab kejahilan kita yg selalu menyusahkan diri. Masih sempat lagi nak ngaji bab pernikahan ni. Sekaligus dgn ngaji ni, kita dpt tahu mcm mana nak kawal emosi kita.

    3. Jalan pernikahan ni adalah jalan Rasulullah SAW. Rasulullah pun bernikah, jadi kita sebagai umatnya bila dh sampai waktunya dan cukup syaratnya, bernikahlah, kerana ianya sunnah.

    4. Syaitan akan cuba sedaya upaya supaya kita tak jadi nikah. Jadi apa2 pun sepanjang perjalanan menuju pernikahan tu, dekatkan diri lagi dgn Allah, wirid kena jaga untuk perlindungan diri kita drpd syaitonnirrojim, dan lakukan solat sunat taubat.

    Itu jer lah kot yg dpt saya share kan. Barakallahu fi kum. Masha allah tabarakallah.

  2. Nana, berkahwin tu salah satu sunnah nabi kita. Apa saja yg nabi buat adalah perintah Allah. Kau tak percaya janji Allah? Tak payah lah layan logic akal kau, sebab banyak perintah Allah & Rasul tak tercapai dek akal manusia. Muhasabah diri dan mohonlah ampun dr Allah. Kau buat je suruhan Allah, dan nanti kau tau jawapan nya.

  3. Kalau anda lepas kan peluang ini… saya rasa, anda tidak akan jumpa lagi peluang mcm ini lagi… sampai ketikanya bila umur menjangkau ke 50, pasti akan wujud penyesalan jika dilepaskan peluang ini… terpulang pada awaklah… sebanyak mana pun nasihat saya, keputusan muktamadnya terletak di tangan awak sendiri.

  4. Kenapa Allah dh tunjukkan jodoh awak tu siapa, awak x nak kawin plak? Sedangkn ramai org kt luar sana, bergelut dgn perasaan sendiri akibat payah sgt nk ‘lekat’ jodoh. Berkawan sekejap dh putus, jumpa yg hati dh suka, si dia pulak terus terang hanya berkawan. Berkahwin, lambet…..lg. Tp awak dh nk hampir tarikh hari bahagia, xnak kawin dh knp? Jgn takut, jgn risau konon xdpt jalankn tgjwb sbg isteri, sb tengok pengalaman org lain mcm berat. Sebetulnya, setiap rumahtangga, rezeki tu masing2 yg rasa. Mmg xsama, mgkin akn ada dugaan, ‘ribut’ & jg ‘petir’, cuma mgkin dentuman tu kuat/ tidak je la

  5. Kahwin buat kita kenal diri sendiri. Tak lari drpd masalah.. hadap masalah. Dpt nmpk pain parents.

    Semoga Allah swt mudahkan urusan awak sis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *