Isu Nafkah

Hi semua. Saya Julia dan telah mendirikan rumah tangga selama setahun setengah. Disini saya ingin meluahkan apa yang terbuku didada sebagai seorang isteri.

Saya menjadi seorang suri rumah setelah setahun berkahwin kerana mengikut suami berpindah di ibu kota. Suami bekerja sebagai engineer dengan gaji melebihi 6K setiap bulan.

Isu disini ialah suami berasa tidak ada keperluan untuk memberi nafkah duit bulanan kepada saya kerana dia telah menyediakan tempat tinggal, makanan, dan dua helai pakaian selama berkahwin.

Untuknya saya bagi taat kepada dia kerana dia telah bagi nafkah yang cukup kepada saya.

Sebelum menjadi suri rumah saya masih mempunyai duit sendiri jadi saya sering menggunakan duit saya untuk membeli barang peribadi dan barang rumah.

Namun setelah kahwin, saya menjadi tunggul yang hanya perlu meminta izin dan prihatin suami untuk membeli barang yang saya perlukan.

Saya berasa kecil hati kerana suami mempunyai gaji yang agak tinggi dan hanya membelanjakan separuh dari gajinya untuk semua perbelanjaan rumah dan masih mempunyai baki separuh untuk simpanan.

Apabila saya timbulkan isu nafkah, dia terus menegaskan yang dia memang dah mengikut cara islam. Tidak ada keperluan untuk memberi nafkah wang peribadi kepada saya.

Saya sangat menjaga wang suami, bahkan jika saya teringin makan sesuatu saya hanya mendiamkan diri tanpa meminta dari suami kerana saya tidak mahu menyusahkannya walaupun saya tahu dia berduit dan mempunyai simpanan yang agak banyak.

Sebelum berkahwin suami minta saya untuk berkongsi bil sewa rumah kerana saya masih bekerja.

Setelah kahwin suami membayar semua2 bil dan perbelanjaan rumah. Cuma itulah saya kecewa kerana suami sangat berjimat dengan saya dan tidak mementingkan saya.

Suami pernah bagi duit ditangan setelah saya meminta darinya untuk membeli barang dapur yang tidak cukup (tidak lebih 5x), saya menganggap baki setelah membeli barang dapur itu merupakan duit nafkah saya.

Namun suami berterusan meminta saya membayar barang rumah yang lain dengan baki duit itu. Saya mula berkira dan mengatakan itu duit nafkah saya.

Suami bertegas mengatakan semua nafkah tempat tinggal dan makanan semua dia sediakan. Sudah cukup nafkah mengikut islam. Dia kata saya berkira kerana saya mintak dia mengganti balik duit tersebut.

Saya tidak tahu macam mana untuk fahamkan dia yang saya juga memerlukan duit nafkah untuk kegunaan sendiri.

Dia lebih dari mampu. Ye dari hukum islam dia sudah bagi cukup. Namun sebagai isteri saya terasa kerana dia berkira dan sangat berjimat dengan saya, hingga merasa saya tidak layak untuk mendapat nafkah peribadi.

Kami masih belum mempunyai anak. Saya takut untuk mempunyai anak dengannya kerana sifat kedekut dia. Saya sehingga pernah terdetik untuk mencari kerja dan meninggalkannya dengan sikap sedemikian.

Jika saya mempunyai masalah kewangan saya tidak pernah meminta darinya, malah saya akan meminjam duit dari keluarga saya walaupun keluarga saya tidak berharta macam suami saya.

– Julia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Adukan sikap suami ke pejabat agama. Bukan untuk bercerai je kita cari pejabat agama. Ada masalah rumahtangga, sila runuk pakar yg ada kat sana. Jgn pergi sendiri2, cerita dulu dgn org yg boleh awak percaya, boleh sinpan rahsia,, tp ahli keluarga. Ajak dia temankn jg ke pejabat agama tu. Semoga ada penyelesaian ttg nafkah buat suami bila pihak jabatan agama hubungi dia untuk dijelaskan ttg betapa suri rumahtangga jg perlu ada ‘duit’ dlm tangan utk keperluan peribadi dia sendiri.

  2. kenapa la nak kedekut dgn isteri, bukan ke isteri berkongsi hidup dgn suami, isteri yg menguruskan rumah dan anak2 (bila dh ada anak nanti) bagi je la klu nk makan, duit poket kena la bagi, kot2 sesak nk beli atau bayar apa2, saya sendiri cukup hairan dgn para suami2 yg kedekut terlalu berkira dgn anak isteri sendiri, zaman la ni, bukan sekadar makan, tapi mcm2 dn semuanya perlukan duit, antara punca rezeki kenjadi sempit bila ada sifat kedekut… terutama dgn isteri, anak2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *