‘Kak Lang’ Ketawakan Aku

Assalamualaikum para pembaca… aku Mimi… aku nak berkongsi kisah seram yang aku alami ketika belajar di sebuah institusi pengajian di Selangor. 

Kisah aku bermula ketika tahun akhir di institusi tersebut. Ketika itu aku perlu menghadiri sebuah program kebajikan untuk memenuhi jam kredit pengajian. Program tersebut kami lakukan di morib.

Perjalanan ke sana mengambil masa 1 jam lebih dari kampus kami. Oleh itu kami perlu datang awal berkumpul. Aku menyewa di luar kampus kerana aku merupakan pelajar tahun akhir. 

Pagi itu, aku berjalan kaki berseorangan ke kampus kerana tiada rakan serumah yang terlibat dalam program ini.

Untuk pengetahuan semua, program csr ini kami yang sama course pengajian akan dipisah-pisahkan dan dibentuk menjadi group yang baharu bersama student yang berlainan course. 

Aku berjalan kaki hampir 800 meter dari pintu masuk institusi (pondok guard) ke tempat kami berkumpul.

Sepanjang perjalanan, aku perlu melalui sebuah tasik, paking kenderaan dan beberapa banggunan fakulti pengajian. 

Memandangkan program diadakan pada hari sabtu dan awal pagi, tiada kenderaan keluar dan masuk dari kampus tersebut. 

Sedang aku berjalan di sebuah koridor banggunan fakulti, bulu romaku tiba-tiba meremang. Biasanya koridor ni akan dibuka lampu, tapi pagi tu ditutup sepanjang koridor sama seperti banggunan berhadapan.

Antara koridor aku berjalan dengan koridor bertentang terdapat taman mini (air pancut, kerusi, pokok-pokok hiasan). Landskap ini menjadi signature bagi institusi kami. 

Sewaktu melalui koriodr yang gelap ini, aku beranikan diri dengan ditemani cahaya bulan penuh. Aku merentasi beberapa pohon buluh hiasan yang agak menyeramkan.

Sedang aku menyelusurinya, teringat pula cerita rakan yang mana dia pernah ternampak sesuatu di situ.

Rakanku ini ada saka. Katanya ketika dia melalui pohon buluh ini sakanya bertindak balas dengan entiti yang ada di pohon tersebut. Entiti yang dijumpainya ialah ‘abang cong’ (pocong). 

Aku teruskan berjalan walaupun perasaan takut dan meremang semakin kuat. Dalam hati berkata “kau jangan keluar depan aku, aku tak nak tengok kau”. 

Tiba-tiba aku terdengar bunyi suara ketawa kecil tapi suara itu tak berapa jelas. 

Aku tak hiraukan dan anggap itu hanya perasaan sahaja. Aku cepatkan langkah untuk sampai ke hujung koridor.

Selang beberapa langkah, kemudian suara tu bunyi lagi dan kali ni agak kuat dan jelas kedengaran. Ketawa kali ni seperti mengilai bunyinya.

Dalam hati terdetik “janganlah kau ketawa-ketawa, aku takut ni”. Aku kuatkan semangat teruskan berjalan dan lajukan langkah. 

Entah kenapa pagi tu lama pulak rasa berjalan di koridor ni. Selalunya kejap je berjalan di sini waktu siang. Koridor ni aku selalu berjalan dengan kawan-kawan untuk pergi makan lepas kelas.

Setiba di tengah-tengah koridor ni, sku nekad untuk berhenti berjalan dan pusing ke arah suara yang bunyi sekian kalinya. 

Aku baru perasan setentang dengan tempat aku berdiri tu adalah dewan kuliah yang mana rakanku (rakan lain) pernah ternampak sosok di situ keitka baru pulang dari ulangkaji pelajaran hujung minggu.

Banggunan ini sunyi ketika malam kerana banggunan pentadbiran. 

Suara yang aku dengar tadi turut berhenti setentang dengan aku dan ketawa sakali lagi. Rasa seram tiba-tiba semakin kuat aku rasa.

Aku tak endahkan suara tu dan teruskan berjalan ke hujung koridor. Tak sabar rasa nak tahu siapa pemilik suara ketawa yang mengiringi aku ni. 

Akhirnya sampai juga di hujung koridor ni. Aku beranikan diri toleh sekali lagi ke arah suara tu. Aku berani pusing kali ni sebab tempat aku berdiri ni adalah jalan sehala untuk kenderaan. 

Korang dapat teka tak suara sape yang ketawa mengilai-ngilai seperti ‘kak lang’ sepanjang aku berjalan di koridor tu?

Sebenarnya suara tu adalah datang dari pekerja cleaner yang baru nak masuk kerja dan menghala ke tempat sama dengan aku tuju. 

– Mimi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

    • hehe….ye diorang semua clearner…sya jalan belakang diorang lepas tu…sya nak ke cafe tempat berkumpul…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *