Ko-kurikulum & Merit

Ko kurikulum sekolah dan merit.

Anak aku tingkatan 4 tahun ni. Sekolah yang agak terkenal kat area Petaling Jaya. Ramai anak orang have have kat sekolah dia.

Performance sekolah anak aku ok, akademik ok, aktiviti ko-ku pon ok. Boleh join aktiviti wakil sekolah, pegi sana sini join competition.

Adat pertandingan la, ada menang, ada tak menang. Biasa laa tu.

Banyak jugak laa dia join sebab nak kumpul markah ko-ku. Nanti nak submit UPU banyak laa sikit meritnya.

Sekolah anak aku ni bagus, banyak initiatif organise aktiviti untuk murid join kumpul markah ko-ku.

Even ada aktiviti dan pertandingan luar negara. Sekali pergi 8-10 hari, modal paling kurang RM8000.

Aku terkilan. Anak aku talented, sangat berusaha untuk join pertandingan local, beria join aktiviti, buat latihan untuk kumpul markah ko-ku.

Tapi siapa yang join aktiviti ke luar negara ni, tak kira menang atau kalah, markah ko-ku diaorang terus melonjak.

Maka ramai juga laa murid yang tak pernah pon join aktiviti local tapi sebab ada duit, join aktiviti luar negara.

Aktiviti luar negara tu tak semestinya pertandingan, ada juga aktiviti cultural exchange. Maknanya kau bayar, fly, join aktiviti kat sana, balik, dapat markah ko-ku.

Kiranya, tak kira la ko talented or paling berusaha, kalau kau tak ada duit, markah ko-ku akan hanya ditakuk itu.

Anak aku demotivated, macam dah tak bersemangat nak join pertandingan dah sebab dia kata macam sia-sia je.

Ada betul jugak, banyak mana laa pertandingan or aktiviti yang dia boleh join.

Even aktiviti local, masih kena keluarkan modal. Registration fees, lodging, transportation etc. Paling paling pon RM200.

Nak join sukan kat luar? Modal memang banyak la.

Even nak main badminton, training session, trainer lagi. Timing dah tentu tentu bukan time sekolah. Tu belum kira nak beli racket, kasut semua.

Aku bukan berkira tapi aku tak mampu nak sediakan duit lebih untuk extra ko-ku aktiviti luar sekolah.

Korang ada idea tak macam mana nak naikkan markah merit ko-ku?

Nak fight untuk ubah sistem pon memang tak guna la sebab tahun depan anak aku dah nak slow down sikit, focus SPM.

Oh fyi, anak aku pon tengah cuba nak dapatkan top positions dalam kelab dan persatuan. Korang doakan la ye..

– Mommy Tia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *