Penat Untuk Redha & Sabar

Aku tahu di akhir cerita aku yang kena kecam. Mungkin sebab orang kata biarlah dia nak bantu keluarga. Sebab itu aku tak bercerita dengan kenalan. Sebab aku tahu, ayat tu yang akan aku dengar.

Aku cuba untuk ikhlaskan, aku cuba untuk redha.

Aku sedang hamil anak kedua setelah anak sulung 4 tahun.

5 tahun yang lepas masa aku tengah mengandungkan anak sulung, segala peralatan, persediaan, kelengkapan aku yang beli dan sediakan. Suami aku cuma bayarkan bill hospital kerajaan yang tak sampai RM30 pun untuk aku dan baby.

Sesungguhnya ketika tu aku redha sebab kami tinggal di bandar metropolitan yang sewa rumah je dah mencecah RM1K. Gaji seisi rumah bila digabungkan cumalah RM4k.

Jadi sebagai isteri yang memahami aku sangat redha dan ikhlaskan apatah lagi suami aku seorang yang rajin dan ringan tulang untuk buat hal rumah.

Masa berlalu, kami berpindah ke selatan semenanjung, dekat dengan ahli keluarga. Gaji kami juga tidaklah senang tapi selesa untuk keluarga kecil kami. Gaji seisi rumah kini mencecah RM6k. Agak selesa kerana sewa rumah di pinggir kota kami mampu dapat RM500 sebulan.

Kalau dulu agak susah untuk menabung dan berjalan, kini masing2 boleh menabung. Komitmen juga bertambah, taska, kereta dan sebagainya. Simpanan kami berdua, hanya diri sendiri yang tahu. Jumlah & goal tidak kami ceritakan sebab masing2 ada impian.

Dan kini aku mengandung anak kedua. Aku berharap suami aku ada kesedaran untuk berkongsi kos bersalin.

Apa yang masih bersisa ketika anak sulung, kami guna pakai untuk anak kedua. Aku suruh dia spend RM100 sebulan sahaja bermula dari kandungan aku 6 bulan tapi nampak dia kelihatan berat.

Aku bukan tak mampu, memang aku mampu. Tapi aku pun nak rasa dia “involve” dalam pregnancy kali ni. Tapi bila nampak dia berat nak turutkan permintaan aku, aku mula redha dan sedapkan hati.

Nafkah yang dia bagi aku bahagi dua untuk aku dan separuh lagi buat beli barang baby. Sekadar untuk merasa “suami bagi duit beli barang baby”.

Aku redha sebab semua kerja rumah sekarang suami yang buat. Nafkah wajib masih bawah tanggungan suami. Aku cuma bayar Cway, taska anak, bil telefon dan kereta aku.

Yang buat aku terkilan, telan air liur pun terasa pahit, baru2 ni adik iparku kahwin. Sebagai orang kampung dan majlis anak bongsu perempuan pula, memang besar dan meriah. Gotong royong, atau dipanggil Rewang di tempat kami bermula 2 hari sebelum majlis besar.

Mulanya adik ipar aku tak nak majlis sebab dia jaga bajet. Dia akan berpindah duduk di Sarawak dan katanya sewa sana sangat mahal.

Memang ada sesi bergaduh sebab si pengantin mahu nikah je. Tapi ibu ayah mertua berkeras mahukan majlis besaran. Bayangkan 10 khemah berpasang, masak untuk tetamu 1500 orang.

Homestay di booking 7 buah untuk menampung sedara mara dan kawan yang jauh untuk 3 malam. Kuda kepang, pelamin, goodies yang mewah. Masa majlis bermacam stall makanan. Apam balik,cendol, laksa, dessert table dengan 8-10 jenis kuih, air

Disebabkan si pengantin tadi berkeras tak mahukan majlis sebab sangat menjaga bajet dan tak akan jemput kawan mereka, ibu ayah mertua minta setiap anak untuk sponsor RM5k. Suami aku ada 3 beradik saja termasuk si pengantin.

Ye RM5k suami aku bagi kepada keluarganya untuk majlis adik dia. Aku terkejut dengan jumlah tersebut tapi aku diamkan sebab aku faham mungkin niat nak berbakti kepada keluarga, nak membantu keluarga. RM5k disumbang dengan sumbangan tenaga merewang.

Aku cuba untuk terima hakikat. Dia berat untuk mengeluarkan duit untuk keluarga yang dibina hanya untuk keluarga yang dia datang.

Kemuncak aku jadi geram, sehari sebelum majlis aku dapat tahu dia bagi lagi extra RM2k untuk majlis tersebut.

Aku memang sangat marah sebab, dua minggu sebelum tu adalah hari cikgu taska keluarkan invois untuk yuran tahunan dan pendaftaran tahun baru yang total RM1.5k yang mana jadi mahal kerana anak aku dah dikategori “pre-school”.

Aku minta dia bayar sebab yuran bulanan sebanyak RM600 aku yang selalu bayar. Macam biasa aku nak ada fatherly involvement. tapi hampeh. dia bagi alasan dah banyak berhabis untuk majlis adiknya. Dan sekali lagi aku redha masa tu.

Tapi bila dapat tahu dia hulur another extra of 2k sebab pelamin yang adiknya mintak terlalu kayangan agaknya aku jadi hilang akal. Aku tak boleh brain. Lepas kejadian tu 5 hari aku tak bertegur. Pelamin adik lagi penting daripada tempat untuk anak menimba ilmu?

Jadi aku merancang untuk “balas dendam”. Aku akan bersalin akhir tahun ni. Biasa akhir tahun suami akan dapat gaji 13. Aku merancang untuk book “CL” peribadi bukan under company yang aku dah survey RM2k untuk 9 hari termasuk makan pantang. Aku nak dia yang bayarkan.

Aku juga dah plan lepas ni ada barang yang aku perlukan, aku tak lagu meminta, aku cuma nak order dan bayar guna 7E, tinggal bagi dia code. Kalau dia tak mahu bayar, aku dah plan nak bagi ke ibu dia suruh ibunya yang bayar.

Anak kedua pun aku nak hantar taska walaupun suami suruh hantar pengasuh rumah. Dan aku nak dia yang bayar yuran pendaftaran dan bulanan.

Bila nampak macam jahat dan nak kesian, aku nak tanamkan dalam otak aku, ni tanggungjawab dia.

Aku rasa sabar dan redha aku dah cukup. Aku penat.

– Elite (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. aku yg bc pn geram…utk ank isteri sndiri brkira…tp bila belah dia…haihhh mmg ade yea suami yg jenis mcm nie…

  2. baca tak habis sebab geram. si bodoh tu patut utamakan anak isteri. tambahan isteri nak bersalin yang kedua. untuk adiknya, amboi banyak pula duit boleh bagi

  3. Kebajikan anak-anak Memang tanggungjawab suami untuk uruskan perbelanjaan supaya tak ada isu mengungkit di masa depan. Jika sekali sekala isteri nak tolong bayarkan dalam keadaan hati redho, barulah si suami boleh terima bantuan si isteri.
    Dan sebagai suami jangan pula mengerah atau memaksa istri bayar half-half. Dalam Islam tak ada budaya half-half ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *